Friday, December 29, 2006
Bengkel UML
Penceramah jemputan dari UNITEN, En Azlan..teori+praktikal terus bengkel ari ni.
Satu je isu ari ni...boleh ke balik 5.30...sebab nak keja ke subang pas ni. huhuhuhu malam ni nak balik KD. tak sabar nak balik sebenarnya...dah berhari2 takde selera makan....ditambah dengan keseorangan perempuan kat ofis...so, terbantut selera nak makan.
Eh, citer pasal balik pulak...bengkel UML ni akan diterapkan dalam syarikat untuk penggunaan UML pasni. Nampak mudah, sebab guna software RS..Rational Rose.
Note : hati dah kat rumah dah ni hehehehehe
Thursday, December 28, 2006
Selamat Bejuang Aisah!!
Bersendirian..menerima hukuman meninggalkan kau sendiri hehhehee
teringat lak lagu Dato' CT...
Bukan nak nyanyi sebenarnya cuma nak cerita kesedihan rasa hati...selama ni berdua kini seorang...pergi kerja seorang, makan seorang, balik seorang...dan yang pasti apapun SEORANG.
Selamat berjuang cikgu Aisah (zikril yg panggil cikgu, secara tak langsung terikut gak).
SEmalam bermula la espisod seorang...satu-satunya pompuan di company!! hebat tak?? best ke dikelilingi lelaki-lelaki?? ada best ada tak best...rasa janggal la jugak...tapi nak tak nak perjuangan diri sendiri perlu diteruskan...berbakti kepada syarikat kesayangan!!
Didoakan semoga Aisah memulakan episod barunya di tempat baru dengan lebih ceria dan berjaya. ameen ya rabb!!
Cerita kat dia...dia tanya kenapa sedih sangat?Saya hanya menjawab...siapa yang kehilangan memang terasa sedihnya. :(
Note : patah tumbuh hilang berganti...tp tak sama dengan yg dah patah..
Wednesday, December 27, 2006
Tuesday, December 26, 2006
Siti Hajar dan Asmadi - 23 Disember!
Kami mendoakan agar dikau bahagia..
Dapat zuriat dan meramaikan umat Muhammad...
Tahniah kepada Siti Hajar dan Asmadi..!!!
Semoga perkahwinan berkekalan ke akhir hayat..ameen ya rabb!!
---------------------------------------------------------------------
Perjalanan dimulakan seawal jam 9am, sabtu...saya, kak ju, aishah dan zira..kami mengambil jalan lama..ikut jalan ulu yam. Alhamdulillah sampai ke rumah pengantin pada pukul 11 lebih. Banyak jugak kisah kelakar di rumah pengantin...hanya kami berempat je yang tahu hehehe
Apapun, thanks kak ju...sedap kek tu!!
Thanks aishah dan zira...
Note : musim orang kawin sekarang..
Friday, December 22, 2006
Doa untuk ibu dan bapa...
""Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMU kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman
kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Englau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku
berjaya kini,
keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah
mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
AMIN.."
Biography of H.E. Dr. Ahmadi Nejad, Honourable President of Islamic Republic of Iran
Dr. Mahmoud Ahmadi Nejad was born in october 28,1956 in the village of Aradan in the city of Garmsar. He moved and stayed in Tehran together with his family while he was still one-year old and completed his primary as well as his low and high secondary education there. In 1975, he successfully passed the university entrance exam with high marks and started his academic studies on the subject of civil engineering in the Science and Technology University in Tehran.
In 1986, he continued his studies at MS level in the same university. In 1989, he became a member of the Board of Civil Engineering Faculty of the Science and Technology University. In 1997, he managed to obtain his Ph.D. on transportation engineering and planning from the Science and Technology University.
Dr. Ahmadi Nejad is familiar with English language. During the years when he was teaching in the university, he wrote many scientific papers and engaged in scientific research in various fields. During the same period, he also supervised the theses of tens of students at MS and Ph.D. levels on different subjects of civil engineering, road and transportation as well as construction management.
While still a student, Dr. Ahmadi Nejad engaged in political activities by attending religious and political meetings before the Islamic Revolution. With the victory of the Islamic Revolution, he became a founder and also a member of the Islamic Association of Students in the Science and Technology University. During the war imposed on Iran, Dr. Ahmadi Nejad was actively present as a member of the volunteer forces (Basij) in different parts and divisions of the battlefronts particularly in the war engineering division until the end of the war.
Dr. Ahmadi Nejad is married and has three children- two sons and one daughter.
Career Background:
- Governor of Maku
- Governor of Khoy
- Advisor to the Governor General of Kordistan Province
- Advisor for cultural affairs to the Minister of Culture and Higher Education (1993)
- Governor General of Ardabil Province (1993-1997)
- Member of the Board of Civil Engineering Faculty of the Science and Technology University (since 1989 till present date)
- Tehran Mayor (2003-2005)
- He was elected by the Iranian people as the President during the 9th presidential election on June 24, 2005.
In addition to his academic and scientific pursuits as well as his executive positions, Dr. Ahmadi Nejad has engaged in the following careers and activities as well:
- Journalism; writing various political, social, cultural and economic articles,
- In the same career, he also held the position of managing director of Hamshahri newspaper and launched various affiliated periodicals including Neighborhood Hamshahri published and distributed in 22 areas of the city of Tehran, Hamshahri for Passengers, Diplomatic Hamshahri, Youth Hamshahri, Monthly Hamshahri and also extra pages attached to the Hamshahri newspaper for thinkers, students, etc.
- Founding and working as a member of Iran Tunnel Society,
- Working as a member of Iran Civil Engineering Society,
- Working as a member of the first central council of the Islamic Association of Students in the Science and Technology University,
- Working as a member of the first central council of the Union of Islamic Associations of University and Higher Education Institutes in Iran.
Note : His birthday..same with me!! hehehe I really adore him...
coret corat.
Alhamdulillah syukur pada Allah di atas segalanya..
Sebelum terlupa nak ucap tahniah kat firuz...sebab dapat rezeki untuk tunaika haji pada kali ni. Alhamdulillah. Didoakan semoga sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah..ameen! Jangan lupa doakan akak kat sini k!! bila agaknya dapat g haji...??? Ya Allah...rindunya padaMu...
Semalam...tak dapat tidur. Hari ni tak pasal-pasal rasa mata mcm berpasir je. Tak tau kenapa tak dapat tidur..menguap dah banyak kali. Mengantuk memang teramat sangat...tapi, tak leh nak lena. Takkan sebab buka pose semalam minum nescafe kot?? tapi memang tersiksa tak leh nak tido...banyak sangat pk kot? ke terlebih caffein?
Anyway, thanks to cik nur...cause be there when i need u!! When i need someone to share with..love u my sis!!
Note : we never be alone...Allah with us always!!! believe it!
Thursday, December 21, 2006
SMS
Kini, menghantar sms merupakan satu kemestian bagi semua pengguna telefon. Mengikut tinjauan bebaru ni, berjuta-juta syarikat telekomunikasi untung hanya dengan sms. Belum masuk call lagi tu. Tak kisah la sms tu 1 sen ke, 5 sen ke...atau pun ber sen-sen. Khidmat ini tetap akan digunakan oleh pengguna telefon.
Kekadang sebagai pengguna telefon saya terasa bosan juga kalau tidak menerima sms. Secara jujurnya, saya jarang menerima sms satu hari lebih-lebih waktu keje. Takde siapa nak antar sms pun. Kredit pun tak gerak sangat sekarang ni. takpela, ekonomi pun kurang mengizinkan.
Apapun, tangan ni memang berat nak antar sms dulu kat orang...tapi, membalas insyaAllah. Harap2 semua kawan-kawan faham :) . SMS ni pun sebagai tanda ingatan jugak kan??nak call tak mampu, jadi sms sebagai penghubung... :)
Note : kekadang dapat sms yg memang short sampai tak faham..pening gak baca hehehe
Wednesday, December 20, 2006
ayat keramat?
Alkisahnya begini...
Ada seorang manager kat ofis ni, tiap2 hari mengungkapkan..pasal suruh jadi menantu dia. huhuhu ari ni dia suruh saya panggil dia papa la. Alasannya sebab anak-anak dia panggil dia papa :) anak dia panggil papa tp apa kaitan dengan saya?
Semalam dia ckp, 'thn depan saya minang awak' ...menakutkan betul la. Yela, tiap-tiap hari dia cakap..tp, takkan nak elakkan diri dr dia kot? dah memang akan jumpa tiap2 hari kat ofis...
Note : tak nak la jadi menantu dia..
Tuesday, December 19, 2006
Sg Gabai..
Apapun, rasanya tu la 1st and last g Sg Gabai tu..sebab macam tak best je. Kerana ramai kemain orang kat situ. Semua tengok kami macam tak pernah tengok orang. Tapi, biasala kan...kena la akui anak gadis ni memang tak lari dari pandangan orang. 'wanita tu kan fitnah'.
sabda Nabi " dunia adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah
“Aku telah (sering) menyaksikan hiasan dan aku juga telah (banyak) menjumpai musuh, maka aku tidak pernah melihat musuh yang lebih besar daripada wanita” Saidina Ali
cantik wanita kerana kejernihan wajah,manis wanita kerana senyuman indah,ayu wanita kerana kesederhanaan,hebat wanita kerana kesabaran dan mulia wanita kerana keimanan yg teguh
Monday, December 18, 2006
Nasibah dan Nadzri
Selamat Pengantin Baru buat Nasibah dan Nadzri..pada 16 Dec 2006!!
Semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat..ameen ya rabb!!
Sabtu, 16 Dec 2006.
Saya, Aisyah, Ira dan Miza telah mencemar duli ke majlis perkahwinan seorang sahabat di Kajang. Perjalanan dimulakan dengan singgah ke Jusco, Balakong untuk membeli hadiah pengantin. Sebanyak dua hadiah telah dibeli....untuk Nasibah dan juga walimah cik siti Hajar mingu depan. Punyalah ramai orang kat Jusco, sehingga hilang mood nak membeli barang-barang lain.
Kemarahan membuak-buak setelah kami semua tak jumpa jalan ke rumah pengantin. Maaf kepada Aisyah, Ira dan Miza..kerana kesilapan pemandu yang memang selalu silap jalan. hehehe lastly, berkat sokongan semua kami jumpa juga jalan dan rumah pengantin..
Balik kenduri kami berempat singgah ke Sg Gabai untuk menikmati keindahan sungai. Tetapi, kami dikacau oleh mamat-mamat di sana yang terlalu terkejut melihat pengunjung sungai berkenaan memakai baju kurung dan sopan-sopan belaka. Sempat juga mereka menujukan sebuah lagu kepada kami berempat. Popular sekejab hehehehe
Perjalanan pulang, singgah sebentar makan cendol dan bihun sup di tepi jalan...kemudian antar aisyah balik kat taman Midah.
Perjalanan yg seronok dan memenatkan hehehe
Note : jauh berjalan luas pengalaman... :)
Thursday, December 14, 2006
Korean Drama -Wedding
"Wedding" is one of those rare stories that provide a glimpse into the "lived-happily-ever-after" life of a newlywed couple. A daughter of a rich family and a music college graduate, Se-na (played by Jang Nara) works as a house manager at a theater and is one day introduced to Seung-woo (played by Ryoo Shi-won) a diplomat. Soon, the two tie the knot only because they "fit" each other but as time goes by, they clash over virtually every issue due to their widely different backgrounds and life values. The marital discord grows as Yun-soo (played by Myung Se-bin), Seung-woo's childhood sweetheart came into picture. But watching Seung-woo grow aloof from her, Se-na on the contrary starts feeling attracted to him and decides to do her utmost to captivate his heart for good.
---------------------------------------------------
Rupanya semalam last episode cerita wedding. Teringat dialog Yong masa kat rumah dia hari Isnin lepas
Yong :'Siapa ajar kamu tengok cerita korea ni?'. Tergelak kecil je la saya sambil menjawab
Saya : 'Budak-budak rumah tengok, pastu wardah tertengok la jugak. Tapi, cerita dia best'. Kenapa saya katakan best?? Watak utama lelaki tu, Seung-Woo terlalu menjaga perkahwinan yang didirikannya dengan Se-na. Walau pelbagai konflik mereka hadapi dan hampir-hampir mengundang perceraian. Tetapi rumah tangga mereka dapat diselamatkan akhirnya. Ada beberapa pengajaran dapat saya simpulkan kat sini.
1. Rumahtangga itu satu ikatan yang suci, cuba selesaikan masalah sekiranya timbul.
2. Maafkan kesalah pasangan.
3. Tidak rugi salah seorang mengalah sekiranya ada perbalahan.
4. Lupakan kisah silam pasangan kita.
5. Hadapi hari mendatang dengan semangat bersama pasangan anda.
6. etc.
Banyak lagi sebenarnya, walaupun ianya cerita korea tapi banyak nilai murni dapat dilihat dalam drama ini. Sebagai contoh, adat sopan terlalu banyak diserapkan dalam cerita korea. Hormat menghormati. Melayan tetamu dengan baik. Apapun, drama ni memang banyak pengajarannya. Tak salah kita menonton cerita pukul 7malam, pastikan tunaikan kewajipan kepadaNya bila sampai masanya. Jangan abaikan solat. Jaga solat.
Hm..malas dah nak tengok cerita korea pukul 7 lepas ni. Tak nak ketagih dah hehehehe
Note : berhibur tak salah...kerana hiburan itu indah..cuma, jangan sampai lagha :)
Wednesday, December 13, 2006
Doa'
Kerajaan Cina pun larang berpakaian seksi
Apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan undang-undang mereka yang berpakaian seksi , ramailah yang melatah. Mempertahankan has asasi , kebebasan seorang wanita. Begitulah serong pandangan masyakarat kita, apabila orang Islam yang membuat peraturan yang menghentam orang Islam juga.
Tapi kenapa pada tahun 2004 , kerajaan Cina juga mengeluarkan undang-undang berpakaian seksi, media Malaysia tak melatah, media dunia tak melatah ?
Agaknya kalau kerajaan Cina mengenakan hukum potong tangan mereka yang mencuri mungkin media akan senyap. Orang Islam akan senyap, orang Melayu akan senyap.
Berikut laporan mengenai undang-undang pakaian seksi di Cina. Siapa yang ada masa, bolehlah tolong terjemahkan, dan suruh orang Melayu Islam yang melatah tadi baca.
Kalau nak ikut undang-undang kakitangan kerajaan Cina ini, mereka tidak dibenarkan berpakaian ketat sepertimana juga wanita Melayu sekarang ini yang bertudung, tapi berpakaian baju serta seluar ketat yang menampakkan susuk badan mereka.
Kalau berani persilakanlah mereka yang membela wanita berpakaian seksi ini membuat bantahan kepada kerajaan Cina pula.
click here
China bans 'sexy' female attire
Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.
Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.
They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".
The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.
The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.
Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".
'Elegant'
The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.
"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.
"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.
"When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images."
Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women.
"The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said.
Tuesday, December 12, 2006
Takziah!!!
1. Takziah buat Sihazalwa kerana ibunya telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 8 Dis 2006.
2. Takziah buat Arifah dan angah Duan kerana ibu dan bapanya telah meninggal pada minggu lepas (tak tau tarikh sebenar, mertua angah Duan).
3. Takziah buat Mak mah dan Ayah Abas kerana adik mak mah meninggal dunia bebaru ni...
Syurga itu benar..neraka itu benar..mati itu benar...dan apabila telah sampai ajal seseorang umat manusia itu, Allah tidak akan melambatkannya walau sesaat.
Wallahua'lam
Note : Semoga Allah merahmati dan mencucuri nikmat dan rahmat kepada roh-roh si mati. Ameen ya rabb!!
Flowers Are Red
Munsyid : Dawud Wharnsby Ali
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"
Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"
This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
Thursday, December 07, 2006
Memberi tanpa mengharapkan balasan???
Memberi tanpa mengharapkan balasan??? Sudah pasti semestinya ialah ALLAH..kerana Dia memberi tanpa bersyarat kepada kita. Tak kiralah kita ni, baik ke..tidak ke...selalu ikut suruhanNya ke...langgar suruhanNya ke..dan tak kiralah kita ni Islam atau tidak. Betapa Maha Pemurah nya Allah yang Esa itu. Tiada siapa dapat menyangkal!!!
Cuma, adakah kita sebagai manusia mengharapkan sesuatu dr apa yg kita berikan?? Angkat tangan??? Geleng kepala?? :)
situasi 1:
Ahmad tinggal menyewa bersama rakan-rakannya. Acapkali tugas-tugas membersihkan rumah merupakan tugas yang dilakukan oleh Ahmad tanpa disuruh. Ahmad tidak sesekali merungut dengan apa yg dia lakukan.
situasi 2:
Zeta berkerja di Syarikat A, selalu pulang lewat dan datang kerja awal. Selama bertahun-tahun kerja di Syarikat A, tangga gaji Zeta tidak pernah sekali naik walau sedikit pun.
situasi 3:
Aminah, seorang ibu kepada 3 orang anak. Tugas memasak dan mengemas rumah memang akan dilakukan oleh Aminah walaupun setelah pulang dari kerja dalam keadaan penat. Tidak sedikit pun Aminah dibantu oleh suami atau anak-anaknya.
situasi 4:
Zura seorang yang murah senyuman. Di hati kecilnya sentiasa mengharapkan senyuman balasan dari insan yang diberikan senyuman oleh Zura.
Tiga situasi saya bawakan untuk kita berfikir bersama. Sejauh mana Ahmad mampu melakukan kerja tanpa mengharapkan balasan? walaupun mungkin sekadar sedikit penghargaan terima kasih daripada kawan serumahnya. Tidak tercuitkah di hati Ahmad sedikit pun? Sejauh mana Zeta sanggup bertahan kerja di Syarikat A, sedangkan pengurusan syarikat tidak sedikit pun menghargai kerja dan jasa yang dilakukan olehnya. Tidak pernahkah Zeta terfikir untuk mencari kerja di tempat lain yang lebih memberikan bayaran pernghargaan setimpal kepadanya? Sejauh manakah Aminah sanggup melakukan semua kerja itu seorang diri?
Sebagai manusia biasa sememangnya kita mengharapkan balasan dari apa yg kita lakukan. Kita lebih mengharapkan agar apa yang kita lakukan dihargai oleh insan sekeliling kita. Mungkin ucapan terima kasih dan maaf serta sentuhan yang nampak remeh itu lebih bermakna bagi 3 situasi yang saya bawakan tadi.
Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa prihatin dengan insan sekeliling kita..keluarga, kawan-kawan, suami, isteri, orang bawahan kita..insan tersayang kita...atau sesiapa saja. Murahkan senyuman...walaupun nampak mudah tapi perlaksanaan nya amatlah sukar.
Ucapkanlah terima kasih...maaf...berikan sentuhan (kepada yg dibenarkan je hehehe)..ianya penting kerana kita hanya manusia biasa yang sentiasa mengharapkan sesuatu kepada orang lain.
Note : kekadang orang tak senyum kat kita balik..rasa geram gak hehehehe
Wednesday, December 06, 2006
counter visitor
Apapun, kita tunggu dan lihat. Terima kasih sekali lagi kepada semua yg sudi luangkan masa untuk membaca coretan, artikel, atau apa jua yang di post kan di sini.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Note:
To Dr Umar Zada : Thanks a lot for being my good friend...and also thanks a lots for eveything. Really sorry...cause I cant be as what u want. U deserve better!!! I'll always pray for u...and dont forget to contact me if u coming to malaysia :)
Tuesday, December 05, 2006
Cinta tanpa SYARAT...
(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
Ameen.
Hari ini dalam SEJARAH..
Memang tak sangka, naik motor dengan Cik Aisyah ke office hehehe
Jadi minah rempit la pulak ari tu. hehehehe pergi 2 lebih sampai lepas magrib. Balik tu singgah pasar malam...dan kemudian berjaya memaksa Cikgu Aisyah lepak kat rumah tu dulu baru dia balik.
Tapi hakikatnya ni kali kedua naik motor..pertama dengan Cik Murni ke putrajaya pakai motor Hanafiah. huhuhu ketaq gak kepala lutut. Tapi, alhamdulillah selamat sampai.
Entah kenapa rasa macam tak selamat je naik motor hehehe mungkin sebab motor tayar dia dua kot?? hehehe sedangkan kete tayar dia empat..so nampak lebih stabil sikit. hehehe
Apapun, jgn tak percaya saya pandai bawa motor...cuma lesen je takde. Tapi kenapa ramai tak percaya ek??? Ramai tak percaya kebolehanku membawa motor hehehehe takpela, bagus gak...takla susah2 nak kena bawak nanti hehehe
Note : best gak naik skuter Aisyah..sempat gak bawa keliling rumah tu hehehehe
Saturday, December 02, 2006
something..
TOday..saturday 2nd Dec 2006.
I dont have any plan for today and tomorrow. Maybe just stay at home..watching tv, reading book, and playing some game on my notebook. Ops...forgetting to write I have to finish my last touch for MMS (meeting mangement meeting). Yesterday, kak nora coming here and make review for that system. Alhamdulillah onlu a little bit task remain.
Hmm...miss my mom and dad. Also all my sisters and brother. I have plan to go home maybe next week(except lope have to go to Bahrain, so I have to go to Subang).
................................................................................
Note : miss old thing..
Friday, December 01, 2006
Hanya kerak nasi untuk MAK
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah
beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah
mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga
bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang
nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut
memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak
kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta
untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain
rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu
melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya
yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak
lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak
ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak
kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan
bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng
mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya
pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng
mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak
sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan
apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang
ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum
makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah
nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa
begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak
makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .
Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut
kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa
ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak
rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam
kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun
masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal
mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku
saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah
kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN
Note : Seorang emak memang akan berkorban segalanya untuk anak-anaknya...besarnya pengorbanan mak kita. Cuba renungkan semula...sesama renungkan untuk kembali muhasabah diri. Rindu kat mak.... :)
Thursday, November 30, 2006
Bulan haji..
Alhamdulillah pakcik saya Mohd Azmi b Hj Abd Kahar dan isteri Noraini bt Mohd Aman telah selamat tiba ke bumi Makkah pada 25 November 2006.
Malam 24 nov tu saya dan keluarga pergi menghantar pakcik ke Kelana Jaya. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. Melihat ribuan manusia di perkarangan kompleks tabung haji tu terasa berdebar-debar hati ni. lebih rasa berdebar bila pihak tabung haji memasang 'Labbaikallah humma labbaik..labbaikala syarikalak kalabbai..innal hamda wan ni'mata la kawal mulk la syarikalah' terasa meremang bulu roma...mendengar seruan haji itu.
InsyaAllah ada rezeki teringin untuk ke sana...menunaikan fardhu haji.
Note : untuk lihat lebih gambar sila Klik
7102 km...
Ni servis kedua...servis kat Balakong.
Perasaan lepas servis? Rasa lebih semangat dan berkeyakinan...dah lama tangguh nak servis tu. Alhamdulillah hari ni dapat. InsyaAllah next servis next year, tp kete tu cepat sangat melebihi km nya. Yela kuat berjalan...utara..selatan..timur semua dia g.
Note : semoga Allah permudahkan segala urusan..ameen!!
Wednesday, November 29, 2006
sesat jalan...semakin tau jalan ????
Kalau sesat jalan...semakin tau jalan...? Itu pun betul.. :)
Tak pass lagi jalan kat lembah kelang ni, tahu jalan-jalan tertentu je...tu pun kalau ada perubahan kat memana kelam kabut jugak la rasanya.
Sebenarnya sy kurang suka guna istilah SESAT...sebalik suka guna perkataan AMBIK JALAN JAUH..beza ke sama??? Sebabnya, sesat tu memang tak jumpa jalan..cuma ambik jalan jauh tu...last memang akan sampai cuma ambik risiko ikut jalan jauh je...ambik risiko tu sebab terikut jalan jauh...tersilap simpang ke, tersilap pandang ke...etc .
Dia selalu cakap..tekad biar betul hehehehe saya kalau memandu memang tekad...ada baik dan buruknya jugak. Akan cari sampai jumpa...rasa nak menjerit dalam kereta pun ada jugak...apapun, alhamdulillah byk jugak dah tau jalan...cuma, seperti biasa...kurang suka berjalan-jalan kalau takde hal. Paling jauh travel SORANG, balik KD ari tu..tp kena marah sebab drive malam...terbaru ambik jalan jauh ialah Isnin bebaru ni...nak g subang tak sesat..tp nak balik dari subang ke taman desa tu yg sesat hehehehe sorry ek BFX3184 yg follow kat belakang :p
Apapun, kena berani...dan sentiasa bersedia...petrol kena sentiasa ada...kereta dalam keadaan baik...pulus juga kena ada...jalan-jalan dan ambik jalan jauh takde pulus tak best jugak!!! :)
Note : selalu kena marah sebab selalu ambik jalan jauh..bukan sengaja, tak sengaja ambik jalan jauh sebenarnya hehehe
2 keputusan...
Ni tengah ngantuk sebenarnya..nak sambung program rasa ngantuk plak, so better naip kat blog sat. Menulis dan menaip ni memang la satu hobi yg tak dapat dipisahkan..kalau dulu diari selalu jd teman sepanjang masa, sekarang nak menulis pun tulisan dah tak selawan dulu (perasan kan diri sikit ...). So, menaip adalah salah satu cara untuk meluahkan perasaan ni.
InsyaAllah serba sedikit boleh la dikongsi bersama semua sahabat2...thanks kepada semua yg sudi luangkan masa untuk berziarah kat sini. Maaf pada kengkawan yg setia menanti saya online di YM (ada ke ek???heheheh)...cth, kak non, hajar, kak seri, deck81, kak wan, zira, M, dan semua..maaf ek, tak sempat nak online...bukan tak leh online cuma, kekadang konsentrasi teralih bila chat kat YM. tapi, insyaAllah bebila bebetul free sy akan online gak.
Menaip? dah lama jugak tak buat cerpen..ikut permintaan, kalau diperlukan baru buat...hehehe sori ek kak linda, selalu antar artikel and cerpen on time..or lewat sehari. hehehehe
Menaip adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress...alhamdulillah cara ni dapat jugak kurangkan stress serba sedikit. Kenapa...tak percaya? sila cuba!!!
Apapun, jangan lupa..bulatkan pergantungan padaNya..yup...Allah knows eveything...know the best for us....
Note : jgn jadi manusia yg masa susah, miskin, ditimpa musibah je mengadu padaNya...barulah Allah tak lupakan kita dalam apa jua keadaan kita... :) ingatan bersama!!
Tuesday, November 28, 2006
adakah cinta perlukan sebab????
Saya letakkan msg tu kat gmail chat sya...dan mendapat respond dr beberapa orang respondan
Puan Angah : cinta tanpa sbb lbh tulus dan ikhlas. why? cuz bile semua tu dah takde nnti cinta pun hilang..
Cik M : emmmm..
Cik Eila : ya dan tidak. kekdang cinta perlukan sebab..kekadang tak.
En Wahid : Yup.
Hmm..pendapat saya....cinta memang perlukan sebab. Dan kita cintakan orang atau sesuatu tu pun memang bersebab. Sebagai contoh, isteri cintakan suami kerana suami itu adalah suaminya, yang akan menjaganya, menangungnya anak beranak dan merupakan tempat isteri bergantung. Suami cintakan isteri kerana isteri adalah isterinya, insan yg menjaga makan pakainya, menjadi tempat mengadu di kala ada masalah. Anak cintakan ibubapa keran ibubapa itulah yg mendidik, menjaga dan tempat bermanja. Kekasih cintakan kekasihnya kerana pandai mengambil hati, selalu beri hadiah, menyayanginya, tempat dia mengadu dan bercerita. Seorang pekerja cintakan kerjanya kerana kerja itu bergaji. dan sebagainya.....
Cuba bayangkan seandainya seorang suami melayan isteri dengan buruk, ibubapa suka mendera anak-anaknya, seoarang kekasih curang kepada kekasihnya, majikan menganiaya pekerjanya. Adakah cinta itu masih ada?
Jawapannya, pasti cinta yg sebelum ini besar dah semakin mengecil dan mengecil dan dalam satu jangka masa ianya akan hilang dan pergi begitu sahaja. Betul tak? Raise ur hand if u agree with me??? hehehe
Jadi kesimpulan yg dapat sy buat..cinta memang memerlukan sebab. Sebab itulah menjadikan kita semakin cintakan sesuatu atau seseorang. Menjadikan kita lebih menghargai dan dihargai...
seandainya sebab2 itu hilang??? Sekiranya sebab itu hilang...to be continued!!!
Note : hargaila sesuatu yg kita miliki... :)
Monday, November 27, 2006
tak leh tido
tido kat sentul lagi...kat kg bandar dalam...rumah nyah. tp entah kenapa tak leh tido..banyak sangat perkara yg bermain kat fikiran ni....sampaikan setiap jam terjaga dan masih terngiang-ngiang benda yg difikirkan...
NATIJAHNYA...
ngantukla.....mata ni rasa berpasir semacam je...
Tapi, disebabkan ramai kemain yg ada kat ofis ari ni...staf johor, penang semua turun sini..so, rasa takla sunyi dan melayan perasaan sangat...
Tapi, tadi keluar dari surau kena kacau kat bebudak lelaki tu..ketuanya Ust Haslin, diikuti dgn Ust Hafiz, Ust Azni, Ust Mahadi...sampai ke pintu lift diorang kacau. Tapi, diorang kacau silap orang...hehehehe
Note: insan yg tak suka tunjukkan perasaan...itulah saya...so kesian la sape yg kacau!!!
Friday, November 24, 2006
Meeting Management System
yang jadi lamanya..sebab nak kena setting server pc ni dulu...yela kira bermula dari zero la...setting design...cek semula...dan tambah req tu...huhuhu
sekarang ni dah 60-70%...
hope sangat next week dah settle semua...
doakan ek...
Note : susah tul...
Thursday, November 23, 2006
ingatan bersama!
Janganlah kerana kelebihannya....
Kerana mungkin dengan satu kelemahan...
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman....
Janganlah kerana kebaikannya....
Kerana mungkin dengan satu keburukan...
Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan sahabat yang satu...
Janganlah kerana ilmunya....
Kerana apabila dia buntu....
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman...
Janganlah kerana sifat cerianya...
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan...
Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat...
Terimalah dia seadanya....
Kerana dia seorang sahabat...
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna...
Kerana kau juga tidak sempurna...
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..........
Salam ukhwah fillah abadan abada!!!
Friday, November 17, 2006
selalunya....
Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkeliru.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
Dan selalunya orang yang kita sayang,suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan....
Selamat Cuti Sekolah.
Tp, bila dah cuti tu...rasa tak best la pulak..tak dapat jumpa kawan-kawan...cikgu, belajar...hehehe biasala tu kan?
Selamat bercuti buat semua warga sekolah..tak kira la guru ke pelajar ke...hehehe...manfaatkan masa yg ada sebaiknya..
Note : Adik paling kecil pun dah F5...
Monday, November 13, 2006
luahan lagi...
rasa macam nak menjerit pun ada..
rasa nak ketawa....tu takde...
tapi tetiba rasa kosong je....rasa macam keseorangan je..
masa-masa macam ni la selalu teringat pesan mak...
'selalu-selalu ngaji Quran...solat jangan tinggal'
Alhamdulillah selalu ingat pesan mak...dan Alhamdulillah walaupun lautan itu airnya masin, namun ikan-ikan di lautan itu tidak masin. InsyaAllah selagi bumi di pijak di situ Islam dijunjung....
Hmm....bila jiwa rasa kosong, terasa benar diri ini keseorangan...tapi sedar Allah takkan tinggalkan kita keseorangan...sebab 'WE NEVER BE ALONE'......
u are Allah..u are always there..
when I need u to cry and share..
Allah The Great...Allah huakbar!!!
Betul kita tak boleh terlalu berharap kepada orang...terlalu menyayangi orang...sebab mereka juga manusia biasa macam kita. Mereka juga lemah macam kita...turut merasa keseorangan seperti kita bila sampai masanya....walaupun mereka itu ada ibu bapa kita, atau pun orang yang paling kita sayang....semuanya tiada jaminan. Berharap hanya padaMu.
...............................
Dah lama tak basuh kete.....rasa malu la pulak kete kemain lawa..hehehe so, tadi awal-awal pagi lagi dah antar kete kat tempat basuh kete, pastu naik sat ofis...kemudian turun balik tunggu WPK5908.
Aragh...betul-betul rasa nak nangis......
rasa nak balik KD jumpa mak ayah...
mak ayah merupakan kekuatan diri ni.....
Note : berikan aku kekuatan Ya Allah....ameen
Wednesday, November 08, 2006
luahan hati...rutine..
Kebiasaannya awal-awal pagi...mulakan dengan bismillah hehehe seperti biasa..keluarkan notebook dari beg dia, kuarkan plug..mouse..on pc...buat air...balik dari buat air...klik password notebook ************* pastu bukak Delphi 7 and cek email scanix, pastu baru layarkan web Mozilla..tekan tab untuk gmail,tab untuk yahoomail, tab untuk friendster, pastu tab untuk blog ni.
Itulah kebiasaan yg selalu dilakukan oleh teman hehehe...semuanya berlanjutan la hampir setengah jam, dan layar Mozilla tu takkan ditutup sehinggala ke petang...sebab tu jangan terkejut kalau email cepat direply,msg di friendster cepat di jawab, dan segala bentuk email cepat di balas. Sebabnya memang sentiasa di update. Seandainya ada kelewatan tu, tak lain tak bukan ialah.....ke bz an mengatasi segalanya. Huhuhu
9 Nov 2006
Hari ni macam biasa jugak...cuma kena check code semula, atas respond2 dr client..kekadang bukan masalah sistem tp salah diorang, cuma kita kenala tahu jawapan untuk setiap soalan2 yg diorang aju kan tu.
So, hari ni nak siapkan ExamTools dan ProjectSMM tu...
Note : rasa nak larikan diri balik KD...jumpa pengarang jantung kat sana....untuk cari kekuatan diri.
Tuesday, November 07, 2006
corat-coret..
- Balik KD (always...)
- Pergi Pahang..(jalan-jalan cari makan dgn cik M, Ira, Miza...etc..dan Aina ..)
- Pergi Pantai Timur..
- Pergi rumah kak sutera, kat Temerloh..
- Pergi rumah Puan Ainul kat Pandan Jaya..
- Pergi rumah kak Wan kat Nilai..
- Pergi rumah Angah kat Bangi (kalau salah tlg betulkan ek)..
- Pergi Cameron Highland (rancang dgn Aisyah dah lama dah ni....)
- Pergi jogging on weekend...
- Pergi berkelah, air terjun...
- ...........
Tak buat apa-apa preparation pun lagi untuk IR ni..nak tak nak malam ni kena la sedia. Wish me luck k!!
InsyaAllah..untuk senarai kat atas tu akan dilaksanakan perlahan-lahan dan satu persatu...yela, banyak sangat aralnya....
Note : permudahkan segala urusanku dan keluargaku Ya Allah..ameen ya rabb
Monday, November 06, 2006
golden words..
He did pomise to go with you in every step of your life...
with Him by your side...Allah bless us..ameen!!
Tahniah!!!
ape kabar? sy alhamdulillah sihat... cume penat sgt...sana sini open house...x rehat kat umah langsung... tu la ingat nak ajak awk dtg semlm...tp x kesampaian pulak. sabtu tu kan dagang net open house, pastu, member ofis wan buat open house kat kg baru...2 buah umah pulak tu...perut ni dah x larat nak terima...dah penuh sangat...mlm tu patutnya ada 1 lagi, kwn wan mase sekolah dulu, tp dah terjelepek dah...penat...x pegi pun..
pagi ahad tu pulak wan & his scholar gang buat 'port luck' kat umah kwn dia kat sentul...so, setiap yg dtg bawak la sikit2 mknn...so byk la jadinye...
ptg tu pulak tetiba kakak saya nak celebrate birthday hafeez pulak, 13 thn...tp jemput family2 jer... sampai la maghrib, baru balik umah.. balik2 kemas rumah pulak...penatt..
arini nak dtg kje dgn penuh kemalasan...haha....
sorry la wardah, cancel lagi plan kita nak jumpe last weekend...
about 18th to 19th nnt, maybe wan x jadi pegi Damai laut tu...so, xpe la..
sorry la nyusahkan awk nak mintak teman2 sy pulak...haha....
wardah, sorry sy x penah bgtau awk...
this week is my 38th week...so, it would be anytime for me to deliver...hehe...
actually sy plan nak surprise kat awk...best la bg awk terkezut sikit....insyaAllah bile semuanye dah selamat baru la sy nak hebahkan...
but I need your doa to pray that everything would be fine...hopefully...
so, di kesempatan ni, sy nak mintak maaf byk2 kat awk kalo selama kite bersahabat ni, sy terguris hati awk, terckp ksr, ter-email benda yg x sepatutnye, ter-emosi ke...diharap our friendship ni kekal sampai bile...sampai akhir hayat la kan.
Doakan for 'both of us' ye...thanks... wahh...ni pengakuan tahap maxima ni...haha...
that why raye aritu balik pahang jer...dah maleh nak travel jejauh...bestnye dok umah family kite sendiri tp...siannn kat wan...
tu yg selalu mc / penat / ngantuk tu...hehe...
kalo nak tengok muke sy yg terbaru ....ni la dia...02/11/2006...kat ofis...farewell party utk one of our colleague...sihat tak....??..bagai dipam-pam kan!!!
hmm...kalo nak tengok yg 'live' punye muka, jemput la dtg umah....sy pun rindu nak jumpe awk ni...
Wassalam...
-----------------------------------------------------------------------------------
Tahniah puan...panggil apa ye nanti? ibu?ummi? mama?amma?? hehehe
Tak sangka betul sahabat saya bakal bergelar ibu...sy doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah...ameen!
Tak lama lagi dapat anak sedara la teman...hehehhe
Note : thanks sebab bgtau walaupun dah di saat akhir..... :p
Saturday, November 04, 2006
Last minute..
Dan Allah memang Maha Mendengar...
so, sekarang ni just get ready for SE esok dan tarikh2 keramat pada 10, 16 dan 21 november akan datang ni.
Wish me luck..
ameeen
Note: really sorry to all.................................
Friday, November 03, 2006
Gambau...WPK 5908
Thursday, November 02, 2006
citer raya....
Cerita pasal raya..alhamdulillah...best dan memang best...dapat kumpul2 dengan family...utara dan selatan....dapat rasa masakan mak...masakan..makcik...rasa rendang daging nogori yg best..g jenjalan ke utara dan selatan...melalui jalan lama...dan lebuhraya PLUS memang best...huhuhu
Citer la sikit...hari jumaat 20/10 lepas keje tu..dihantar oleh dia ke rumah yong....seronok sgt borak sampaikan terlepas simpang...sesatla kami berdua..sampai rumah yong dah pkl 8...gegas solat dan buke. Malam tu dalam pkl 11 lebih baru gerak ke KD..sampai dalam pkl 3 lebih..terus sahur...siang tula menjadi 'kerahan tenaga' mengemas lanai dan angkat barang2..buku..majalah ke stor. Alhamdulillah ada wat dgn nur.
Ahad...dlm pkl 10 lebih balik n9...sampai awal gak la...
isnin..operasi membuat rendang daging 11 kg dan lemang 4 gantang...huhuuhu penat dan memang penat hehehehe..tp seronok sebab reramai buat..anak2 makcik, dan mak mak sedara...semua bantu...
Selasa..pergi solat aidilfitri kat Masjid Kg Tengkek...dgn nur, ayah ateh dan wan. Tengahhari g beraya rumah wan2 kat borang...petang g Gemas rumah ayah abas...malam pas makan balik semula...
Rabu...bertolak balik ke perak...tp singgah di Gombak beraya di rumah mertua nyahli..Sampai2 KD penat kemain...yela operasi membasuh kain...sebab esok awal2 lagi dah nak kena g Kedah...huhuhu
Khamis...sebelum pkl 7 dah bergerak 2 kereta ke ipoh..jumpa lee kat tol jelapang...pastu gerak 3 kereta ke Juru. Untuk di jonvoi bersama pula cik ba sekeluarga. Sampai kat dgn Sg petani...wa sekeluarga pulak..dah 5 buah kete. Lupa lak..reramai ni nak g kenduri anak cu kawin kat sg petani. Setelah penat bersesat...baru la sampai di tempat yg dituju..alhamdulillah..3 lebih kuar dari tempat kenduri...g penang, beraya rumah mertua yong dulu. baru g rumah cikba...makan malam...Malam tu 11 lebih bertolak balik KD. Smpai rumah dalam 2 lebih pagi...
Jumaat....terus rasa macam tak sihat..hari ni yong sekeluarga lak balik..
Sabtu..yang pulak balik..
Ahad...dah nak balik ke KL..balik dgn nyahli....
alhamdulillah..memang best...walaupun budget lari raya bebaru ni...tp memang best dapat bersama keluarga tersayang...takpela...lagi best dapat tgk orang sekeliling kita gembira....senyuman mak ayah, adik beradik lagi besar buat kita....betul tak??/ :)
Note : still dapat duit raya...walau keluarkan duit raya lagi banyak la dr menerima hehehehe
Resepi : Kuih puteri ayu..
Lupa la pulak dah bait-bait syair...so kita cerita mcm biasa k.
Lama dah rupanya tak mencoret kat sini...balik2 dari cuti raya..sibuk ke sana ke sini..g bangi la, pandan indah, pandan jaya...dan sebagainya..terpaksa turun padang...sebab nak update system kat sana. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...sekarang tengah pening camne nak siapkan sistem IR ni...huhu rasa mcm senang..tp bila buat macam susah la pulak. Magic kan? hehehe
Nak resepi kueh tak??? hehehehe
----------------------
2 cawan tepung gandum (selepas diayak)
1 3/4 cawan gulu
4 biji telur ayam...ayam kampung pun boleh (4 cawan tu untuk satu acuan)
pastu 2 sudu..apa ntah nama dia...ni untuk penaik la..
blend daun pandan...untuk dapatkan air...bg warna...kalau nak warna hijau la...
Ok...pukul 4 biji telur tu sampai kembang....bg putis k....hehehe bg putih...pastu masukkan gula...tepung....penaik tu...dan jugak air pandan yg dah dikisar...pastu, jgn lupa kukus dulu kelapa dalam acuan puteri ayu tu..pastu baru kukus dgn tepung yg dah siap bancuhan tu.
Sekian sahaja kelas memasak ari ni.
Pasti dapat mengikat selera si dia hehehe
----------------------------------------------
Wednesday, October 18, 2006
misteri nusantara 2
Tapi ceritanya memang la jugak gempak...
Misteri tetap menjadi misteri....sehingga kini.
Note : cerita misteri ini hanya boleh dicerita menggunakan komunikasi 2 hala....untuk mengelakkan sebarang risiko...bagi sesiapa yg nak tau kena tanya sendiri!!
Tuesday, October 17, 2006
Friday, October 13, 2006
Selamat Hari Lahir Doc!
Happy Birthday to u..
Happy Birthday to doc Nur...
Happy Birthday to u..
Semoga sentiasa diberkati umur dan usiamu...
Semoga sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah..ameen!!
Note : Cannot wait ur news!!
Wednesday, October 11, 2006
rumah Che Det.
Alhamdulillah jumpa lagi kita...
Hari ni ramadhan ke-18...sedar tak sedar lagi 12 hari je kita nak meninggalkan ramadhan...sedih kan?? Bulan rahmat..bulan keampunan dah nak berlalu..
Semalam selangor cuti, so hari isnin lepas keje tu pergila ke rumah yong. Alhamdulillah berpandukan map yg Puan Ainul berikan, hanya melalui sms berjaya jugak sampai ke rumah yong di mutiara subang pada pukul 7 pm. Hampir-hampir dah nak berbuka dah waktu tu...Apapun, tahniah kat diri sendiri sebab berani mencuba...Pagi tadi bertolak dari rumah yong...dan tak sangka gak boleh tersesat sebab semalam lope tunjuk jalan tak bg perhatian sangat....tp, sebenarnya bukan tersesat lebih kepada terikut jalan jauh untuk balik ke sg besi hehehe tahniah lagi kat diri sendiri.
Ok...gambar kat atas tu bukan gambar rumah yong, tp gambar rumah che det yg kita lalu tiap2 hari untuk balik ke rumah lepas keje.
tak kenal Che Det?? sian dia, tolong jgn lupakan jasa-jasa dia kepada negara serta idea2nya yg bernas....
Apapun, memang best....lalu kat kawasan rumah che det tu tiap2 hari...hehehe
Note : mcm mimpi la kalau dapat rumah sebesar rumah2 kat situ...terfikir gak, mana diorang dapat duit ek, buat rumah besar2 ?
Friday, October 06, 2006
Doll Tomyam.
Rabu lepas, g dgn budak-budak ofis ni termasuk zira sekali berbuka kat Doll Tomyam, kenal kedai ni pun sebab g makan dgn mak uda murni dulu...tak sangka plak si Ammar tu nak bawa kat sini hehehe so g la....okla, dia ada pakej makan untuk 6 orang...thanks to ammar sebab sudi keluarkan duit separuh untuk bayar kos makan. Sebabnya nak raikan dia....
Memacam gakla kitorang makan...alamak lupa nak tangkap gambar hehehe kosnya lebih gak seratus..dalam +-RM110 la....
Lepas solat maghrib singgah tesco Kajang, beli barang...memacam gak la beli...hehehehe
Dan teramat tak sangka, berbekalkan ingatan yg tak berapa kuat ni..semalam pergi lagi berbuka puasa kat sana...dgn nyahli dan suami....hehehehe sekali sekala makan besar....alhamdulillah rezeki Allah bagi.
Note : teringin nak bawa mak ayah ciknur wat makan kat sana....
4 Dara pingitan hehehe
Huhuhu dah lama tak tangkap gambar guna kamera kesayangan tu..akhirnya tangkap gak buat julung2 kalinya...banyak lagi benda menarik tak tangkap lagi ni...
minggu lepas bersamaan 29 september..malam sabtu, lepas ambik cik murni, bawala ira dan miza jenjalan kat putrajaya..tarawikh di dalam kereta ish ish ish..
so ada la beberapa keping gambar di tangkap kat sana...dengan aksi2 yg memacam..
Note : best la sore awak M!!
Thursday, October 05, 2006
geram...
wardah...sana..
wardah...sini..
wardah sana wardah sini..
eh, macam tajuk lagu siti nurhaliza pulak...hehehe
Nama jadi sebutan bukan sebab apa, tp sebab kena kejar kat boss sebab tak siap lagi keje....tp alhamdulillah semua sibuk pasal tender..so, takdela ni sangat...tp, tension gak.....
geramnya...
Tuesday, October 03, 2006
Batang Kali...
Batang kali...terletak di hujung Selangor..dan dah nak hampir-hampir ke Perak darul Ridzuan. Kiranya kalau nak balik KD tu kena lalu batang kali jugakla hehehehe
Kisahnya, ahad lepas pergi ke Batang Kali untuk program "ERAT"...alhamdulillah semuanya berjalan lancar...berjalan seperti yang dirancang...
Note : Ya Allah...permudahkanlah urusan ku dan keluargaku....ameen!!!
Thursday, September 28, 2006
puasa..
Ada satu hari tu, lepas call mak called yong...cakap dengan zikril...
zikril : Enda, jiji nak hadiah....
enda : hait...kenapa pulak?
zikril : jiji dah puasa 3 hari...
Tula antara bait-bait perbualan dengan si zikril tu...pepandai je yong ckp dkt anak dia...kalau puasa penuh nanti opah, tok cho, enda, mak ngah, cik nur, tok....bagi hadiah. Manala budak tu tak menuntut...hehehehe takpela boleh la bagi, sebagai hadiah sebab puasa nanti. Tapi, tak taula nak bagi apa..
Memang patut la bagi ganjaran sebab baru 5 tahun dah mula puasa. Saya tak ingat apa ayah dan mak kasi masa puasa penuh 5 tahun dan 6 tahun dulu...dah lupa. Masa kecik2 puasa penuh dah besar2 ni makin tak penuh la pulak...hehehehehe
Note : ramai orang mudah lakukan ibadah puasa...tp solat susah orang nak buat...kenapa ek??
Wednesday, September 27, 2006
ahlan wasahlan ya ramadhan..
Ramadhan kali ini agak sedih la...sebab kali ni sambut ramadhan macam ala kadar je...masak untuk makan sensorang...sahur sensorang...dan solat pun sensorang...kalau ada kawan nak gak solat jemaah kat bawah tu...tp, yela kekadang rasa unsecured...turun kat bawah sensorang..takpela, semoga Allah terima jugak amalan walau dilakukan seorang.
Rasa nak sangat balik KD bulan puasa ni, yela dapat makan berjemaah..dan yg paling best solat tarawikh berjemaah huhuhu rindunya!!!!
Note : terasa kosong...mujur ada Dia..
Monday, September 25, 2006
Selamat berpuasa!!
Friday, September 22, 2006
wedding of the decade!!
Thursday, September 21, 2006
pesan mak..
Dah ada kete..jgn panjang langkah...
jangan nak keluar memalam....
jangan nak selalu dating...
kalau selalu, cepat kawin huhuhu
Bawa kete jgn nak kejar-kejar....
jangan nak berlumba....
jangan nak cepat je....huhuhuh
banyaknya pesan mak.....pesan mak tanda sayang tu...pesan mak tanda mak sudi lagi memberi pesan pada anaknya yg sorang ni hehehehe pesan mak tu tandanya mak ingat kat kita selalu. Berbakul2 pesan mak....sampai tak muat bonet kete...huhuhu
apapun, thanks mak sebab sudi berpesan..thanks jugak ayah segala nasihat...walau ayah kurang bercakap dari mak...sebab apa ayah nak ckp mak dah ckp..so tu yg kurangnya hehehehe
Note : Love u all...............
WPK5908
Hehehehe sekarang ni, dah semakin awal keluar dari rumah..kalau dulu jalan kaki tunggu bas kuar rumah 7.25am, sekarang ni 7.15 dah kuar rumah..panaskan enjin...7.35-7.40 baru gerak g LRT sg besi ambik Aisyah dan En Din.
Sekarang ni kerana WPK5908, kuar ofis 5.30...g solat Asar kat surau..pastu dalam 5.45pm gerak balik..sampai rumah pkl 6.10pm...parking dan naik rumah. hehehe sekarang ni kena kejar parking tu yg balik awal tu hehehe
Note : nothing.......
Wednesday, September 20, 2006
satu....dua...tiga...
dua hari di ofis baru..
tiga hari di ofis baru....
empat hari ofis baruuuuuuuuuuuuuuu.................
Wednesday, September 13, 2006
everything was new...
Tuesday, September 12, 2006
apa aktiviti?
bagi menjawab soalan cik M semalam...
Antara aktiviti yg telah pun dirancang...dan kertas kerja juga telah dihantar...hanya tunggu approval je dari BOD..hehehehe
Aktiviti yg dah difikirkan seorang diri..berdua...dan bertiga berempat ialah..
1-balik KD(kuala Dipang)
2-g jogging
3-g berkelah kat memana
4-g jenjalan...
5-g merapatkan silaturrahim..jumpa kawan2 lama
6-g konvoi ke utara,timur dan selatan hehehehe
7-sedang dalam perancangan
8-sda
9-sda
10-sda
Note:
Aktiviti-aktiviti ini bergantung kepada segalanya...masa,wang,tenaga,etc.... Kita hanya merancang..Allah juga yg menentukannya...ameen!
Monday, September 11, 2006
hujung minggu..
Alhamdulillah hujung minggu berlalu dengan jayanya...hihihi
Alhamdulillah masa hujung minggu juga telah berjaya di manfaatkan dengn sebaiknya...
Jumaat..
Dapat msg dari Aina..inform IR dibatalkan...so, masa tu terdetik nak g Subang or KD (kuala dipang my beloved hometown right now). Malas nak bgtau kat Yong dan mak hujung minggu ni free, sebab nanti diorang suruh balik..bukan tak nak tp, keadaan e-co-no-money ni..memang la terapaksa di tahan-tahan segalanya. sedih kan? hehehehe
Masa balik keje dalam bus dapat sms from Aina, minta temankan dia ke Shah Alam esok....teman dia servis kete....rancang kuar 9 am. So, tersetuju (dengan tak sengaja tu) hehehe
Sabtu....
Pkl 10am bergerak ke SA...dan selesai semua urusan pkl 12 lebih..dgn sesatnya lagi la dan memacam lagi hehehehe kesia driver tak leh harapkan pada core pilot, sebab memang tak tau jalan kat sini..kalau jalan kat KD tu or ke opis tu tau la hehehehe
Makan kat Anjung,Serdang. Pastu balik rumah..sampai 3 lebih...lepak2 kat rumah. dan tak sangka sangat si Aina ajak p tido kat rumah dia mlm tu...demi tak menghampakan, lepas asar g kajang, hentian kajang, pasar malam bandar baru bangi, dan destinasi seterusnya..sg ramal!!!
Ahad..
Sampai rumah pkl 9am...
Kuar semula dgn dia pkl 12pm...ke Pertama dan Sogo...
* tak sangka sangat leh jumpa kawan baik dia masa dalam LRT....keciknya dunia!!!
Balik rumah pkl 3pm...
Pastu buat keje sikit....main game...sampai 6 lebih..hehehe
Alhamdulillah masa memang terisi tanpa rasa boring minggu ni...
Nampaknya masa akan lebih terisi tak lama lagi...hehehe supriseeeeeeeee............
till meet again...
adios..
wassalam
Thursday, September 07, 2006
hari-hari :)
Ni nak cerita sikitla.. ..hehehe
Betapa canggihnya dunia hari ni...
'Esok akak bukak gerai tak?'
Tu bunyi sms yg dihantar kepada ada sorang akak gerai tu...yela, tiap2 hari beli kat dia...walaupun pose (pose belikan untuk aisyah la..kalau dia tak pose)....hehehe di zaman canggih manggih ni, leh order semua kat hujung jari je....yg penting ada pulus kan???hehehe
Tapi, ukhwah dengan akak tu dan org setempat pun makin ok la...sebab selalu bertegur sapa dan murahkan senyuman masa membeli tu hehehehe
Tapi paling best kat situ...nasi lemak dia...bihun goreng dia dan cekodok...yg lain tu bukan tak best...tapi tak pernah beli lagi...ops lupa pau pun best tau..inti dia best....Bukan apa, jenis tak suka ubah menu..kalau dah suka satu benda tu...akan makan sampai la boring hehehehe
Promote gerai akak tu, tak dapat pape pun, tp saje nak cerita...hehehe tambahan hari ni masa g gerai td, nampak cekodok...teringin...tp kalau beli pun tak leh makan hehehehe so, tak yah la kan,,just beli nasi lemak untuk aisyah je la!!!
c u soon..
Note : alhamdulillah....dah tambah kenalan!!
Wednesday, September 06, 2006
Alhamdulillah...26 ogos...
Tarikh 26 Ogos lepas memang tak leh nak dilupakan sampai bebila..hehehe satu lembaran sejarah la katakan.
Alhamdulillah akhirnya Allah dah bukakan hatinya untuk bertemu dengan keluarga sy...walaupun membincangkan soal masa depan bukan merupakan tajuk utama yg diutarakan kerana sesi perkenalan merupakan agenda utama. Really thanks to Ms Aina, kerana sudi menghantar ke Sate Kajang...and to Ms Murni kerana tak habis2 menyakat sy di rumah dan di dalam kelas. Yang paling kelakar, macam kita pulak nak jumpa mak mertua sebab seram sejuk tangan tu toksah nak cakap la....tak percaya tanya la Aina dan Murni. Diorang sebagai saksi...menyaksikan kegelabahan diri ini. Dan diorang jugakla yg tak penat2 menyakat....kena bg award kat diorang ni hehehehe anyway thanks!!!
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...dan misi utama nak kenalkan dia dengan mak ayah dah tercapai. Namun, dapat rasakan kegelabahan hati dia..apataknya 3 buah kereta dtg menyerang. Dahtu, 8 orang dewasa dan 2 orang kanak2 turut serta...hehehehe sape tak gelabah kak oiii!! huhuhu
Terima kasih jugak kat dia sebab berjaya berlagak biasa dan menjadi diri dia....thanks!!!
Terima kasih jugak sebab dia dah banyak berubah selepas bertemu dgn family sy hari tu..mungkin dia tak perasan...tp, bg orang yg mengalaminya teramatlah perasan akan perubahan ketara itu..alhamdulillah perubahan ke arah yg lebih positif.
wassalam..
Note : thanks ya Allah...Ya Allah..engkau permudahkanla segala urusan kami...ameen!!
A..Z...A...M...
Jangan terkejut...walaupun tarikh hari ini merupakan 6 september 2006, tp tak bermakna tajuk AZAM tak leh ditulis kan? hehehe
Sedar tak sedar sekarang kita dah berada di bulan Syaaban, Rejab telah berlalu beberapa hari lalu..dan insyaAllah di hujung September ni kita akan menyambut bulan Ramadhan pula. Seperti biasa, bulan rejab dan syaaban sebagai bulan untuk kita melatih diri...dan menggantikan puasa2 ramadhan lepas yg masih berbaki. Ada juga yg menjadikan dua bulan ini sebagai medan latihan untuk menempuh puasa sebulan Ramadhan nanti..ye, semoga ramadhan dapat di sambut dengan lebih bermakna dari ramadhan sebelumnya....ameen.
Azam kali ini, sy bermula pada bulan syaaban..mula untuk lebih istiqamah di dalam membaca alQuran, dan menghafal ayat2 alQuran..tambahan dah semakin banyak ayat alQuran yang sudah semakin dilupakan. huhuhu sedihnya!!!
Nak jadi lebih baik....dari sebelumnya...
ameeeeen...
Note: Semoga kita dan keluarga kita sentiasa dalam rahmat dan keampunan dari Allah..ameen
Tuesday, September 05, 2006
What Is ISLAM?
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is not for sinners, overcome it.
Islam is not a game, don't play with it.
Islam is not a mystery, behold it.
Islam is not for cowards, face it.
Islam is not for the dead, live it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is love , love it.
Note :Islam is the best way of life.....believe it or not?? believe it..
Friday, September 01, 2006
What is love..what is marriage??
This is interesting…
A student asks a teacher, "What is love?"
The teacher said, "In order to answer your question, go to the padi field and choose the biggest padi and come back. But the rule is:
You can go through them only once and cannot turn back to pick."
The student went to the field, go thru first row, he saw one big padi, but he wonders....may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one... but may be there is an even bigger one waiting for him.
Later, when he finished more than half of the padi field, he start to realise that the padi is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regreted!!!! So, he ended up went back to the teacher with empty hand.
The teacher told him, "...this is love... you keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person...."
"What is marriage then?" the student asked.
The teacher said, "In order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is:
You can go through them only once and cannot turn back to pick." The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher.
The teacher told him, "This time you bring back a corn.... you look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.... this is marriage."