Friday, April 27, 2007

Don't eat on your bed.

Don't eat on your bed. If possible, don't ever bring any food to your
bedroom.


INCIDENT 1
A little boy died because surgeons found ants in his brain!
Apparently this boy had fell asleep with some sweets in his mouth or
with some sweet stuff beside him. Ants soon got to him and some ants in
fact crawled into his ear which somehow managed to go to his brain. When
he woke up, he did not realize that ants had gone to his head. After
that, he
constantly complains about itchiness around his face. His mother
brought him to see a doctor but the doctor could not figure out what
was wrong with him. He took an X-ray of the boy and to his horror, he
found a group of live ants in his skull.
Since the ants are still alive, the doctor could not operate on him
because the ants are constantly moving about. The boy at last died.

So please be careful when leaving food stuff beside your bed or when
eating in bed. This might attract ants. Most importantly, NEVER eat a
sweet before going to bed. You might fall asleep and suffer same fate as
the little boy.

INCIDENT 2
Another similar incident happened in the hospital in Taiwan . This man
was warded in the hospital and was constantly warned by the nurses
not to leave food stuff by his bedside for there are ants about. He
did not heed their advice. Ants finally got to him. His family
members said that the man constantly complained about headaches. He
died and a post mortem or autopsy was done on him. Doctors found a
group of live ants in his head. Apparently, the ants had been eating
bits of his brain.

Urghhhhhhh!!! So dear friends, better be safe than sorry!! NEVER
leave food stuff beside your bed side when you go to sleep!!!!

Share wallpaper!!



Terima kasih kepada sahabat baru saya yang sudi berkongsi wallpaper dengan saya!! Dan saya juga ingin berkongsi wallpaper yang sama bersama rakan-rakan sekalian.


Note : sy sedang gunakan wallpaper yang pertama ;)

Planet baru: Pakar kaji kewujudan makhluk


GENEVA 26 April – Kumpulan astronomi Eropah yang mengumumkan penemuan planet baru seakan-akan bumi kelmarin, yang berpotensi menyokong kehidupan, mahu menumpukan perhatiannya pada sasaran lebih besar iaitu mengesan tanda-tanda kewujudan makhluk.

Ketua kumpulan itu, Michel Mayor meramalkan para penyelidik akan menemui tanda-tanda kewujudan makhluk dalam tempoh kurang dua dekad, sekiranya makhluk itu wujud di planet yang dilabelkan sebagai ‘super bumi’.

“Hanya satu perkara yang boleh kita lakukan. Kita boleh gunakan sains.

“Kita boleh melakukan eksperimen. Kita mempunyai metodologi, kemampuan untuk melakukannya. Jadi mari melakukannya,” kata Mayor, seorang ahli sains dari Universiti Geneva di sini, semalam.

Mayor yang diberi penghargaan pada tahun 1995 atas penemuan planet-planet pertama di luar sistem solar, berkata, sebagai seorang ahli sains, beliau tidak begitu pasti tentang kewujudan bentuk kehidupan yang lain di universe.

“Tetapi, secara peribadi, saya berasa selesa dengan idea wujudnya kehidupan di luar sana,” kata Mayor, 65, dalam satu temu ramah melalui telefon dengan AP.

Pakar-pakar astronomi terkemuka menyifatkan penemuan planet baru itu sebagai satu langkah penting dalam usaha mencari kehidupan di universe.

Planet itu, yang diberi nama kod Gliese 581 c, mungkin boleh menyokong kehidupan, dengan saiznya yang lebih kurang sama seperti bumi, suhunya yang sederhana dan mungkin mempunyai air dalam bentuk cecair.

Planet itu juga terletak, dalam istilah galaksi, berhampiran bumi, dengan jarak antara kedua-dua planet itu dianggarkan kira-kira 193 trilion kilometer.

Mayor bagaimanapun berkata, banyak lagi persoalan yang perlu dijawab berhubung dengan Gliese 581 c, yang ditemui melalui teleskop di Balai Cerap Selatan Eropah di La Silla, Chile.

Teleskop itu, yang mana Mayor turut membantu dalam melakarkan reka bentuknya, mempunyai peralatan khas yang memecahkan cahaya untuk mencari getaran dalam jarak gelombang yang berbeza-beza yang mendedahkan kemungkinan wujudnya dunia lain.

“Peralatan itu mempunyai kadar ketepatan yang tinggi,” kata Mayor sambil menambah bahawa diameter Gliese 581 c dan komponen udaranya tidak diketahui

artikel asal

Thursday, April 26, 2007

Warisan...

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Hmm...dah lama saya mencari lirik lagu ni. Teringat masa kat asrama dulu setiap hari sabtu ada riadah...masa perhimpunan tu kena nyanyikan lagu warisan. Ramai-ramai nyanyi. Semua warga asrama nyanyikan lagu yang sama. Selepas menyanyi baru boleh mulakan riadah. Memacam permainan..ada yang kena dengar tazkirah dan sebagainya. Rindunya kenangan tu!!!

Mana perginya kawan-kawan dulu?Firdaus...Ardia Farizan..Roharlina...Suria..Fairah..Yam..dan ramai lagi. Rindu kat semua....

'Ya Allah engkau tetapkanlah hati kami...dengan iman dan taqwa dariMu' ameen ya rabb!!


Note : Penang with love...

Hukum Menonton Wayang!!

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
"Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud"

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jom pergi Pesta Buku!


Note : Jom reramai... :)

Wednesday, April 25, 2007

Ayat-ayat AlQuran untuk diamalkan!





AYAT2 AL QURAN UNTUK DIAMALKAN


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah

Hmmm...ayat-ayat alQuran itu memang penawar. Cuma, diharap kita tidak menumpu kepada sesetengah ayat alQuran sahaja sebagai amalan. Jadikan juga membaca keseluruhan ayat alQuran itu sebagai amalan. Setiapnya ada kelebihan. Semoga ia menjadi amalan kita bersama...ameen ya rabb!!

bola....



Tido bola...makan bola...semua bola hehehe

Hari ni terasa nak posting citer pasal bola...hehehe
Sebenarnya takde apa pun, cuma kat ofis ni selalu menyakat sorang kakak yang memang fanatik bola. Sanggup bangun awal pagi untuk tengok bola. EPL!!

Tabik spring la kat kak A tu!!!
Yang jadi isu sebab saya penyokong setia (setia ke?) MU atau Manchester United...dan kak A tu penyokong setia Chelsea...hehehe

Saya dan bola...
  1. Saya hanya tengok bola kalau tiada pilihan lain atau meneman ayah menyaksikan perlawanan.
  2. Hanya tengok di waktu-waktu biasa saja.(tidak termasuk waktu luar biasa, waktu awal pagi tu takla).
  3. Tak suka tengok team malaysia main.
  4. Masa world cup bebarula ni, ada gak tgk waktu luar biasa hehehehe
  5. Takla minat sangat sebenarnya..
Takde masalah pun rasanya tengok bola dan minat bola...tambahan sekarang ni semakin ramai pompuan minat bola. Cuma, ditekankan saya hanya suka-suka je. Bukan fanatik. Kalau ada pilihan lain memang saya lebih suka tengok rancangan lain berbanding bola, tapi kalau balik kampung ayah kat depan ajak teman tengok bola mak kat dalam bilik ajak teman tengok drama hehehehe.



Note : lagi kenal pemain luar dr pemain dalam...hehehe :D

Tuesday, April 24, 2007

Arowana


Pagi ni, tetiba telefon berbunyi...'mak'. Ait apasal mak telefon..memang jarang mak atau ayah telefon kecuali ada hal. Sebab selalunya saya yang akan menelefon diorang.

Mak : Mak nak sampaikan berita sedih ni.
saya : Kenapa? (berdebar jugak)
Mak : Ikan kelisa kamu baru je mati, mengelupur dan mati.
saya : La...ye ke?
Mak : Mana mak tau. Ayah kata nak kebumi sebelum zohor nanti.

Sempat jugak mak dan ayah buat lawak walau dalam sdih2 tu. Secara jujurnya memang saya sedih. Sebab saya melihat ikan tu membesar. Dan ikan itu ayah hadiahkan kepada saya. Kenangan dengan kelisa itu memang banyak. Dan terlalu sempurna kelisa itu di mata saya!!

-----------------------------------------------------------------------------------------
Arowanas, also known as aruanas or arawanas are freshwater bony fish of the family Osteoglossidae, sometimes known as "bony tongues." In this family of fishes, the head is bony and the elongate body is covered by large, heavy scales, with a mosaic pattern of canals. The dorsal and the anal fins have soft rays and are long based, while the pectoral and ventral fins are small. The name 'bony tongues' is derived from a toothed bone on the floor of the mouth, the 'tongue', equipped with teeth that bite against teeth on the roof of the mouth. The fish can obtain oxygen from air by sucking it into the swim bladder, which is lined with capillaries like lung tissue. The arapaima is an "obligatory air breather".



Note : tiada yang kekal abadi.

Monday, April 23, 2007

Mencari penyelesaian masalah!

Apa yang akan anda lakukan bila terasa diri lemah? terasa diri tidak bermaya...melakukan sebarang kerja tetapa hati entah ke mana.

Apa yang sepatutnya kita lakukan?
  1. Menjerit
  2. Shopping/window shopping
  3. Jalan-jalan cari makan
  4. Telefon semua kawan-kawan
  5. Makan dan makan dan makan
  6. Menangis
  7. Tengok tv
  8. Pergi Zoo
  9. Tengok wayang
  10. Tido
  11. etc
Setiap orang ada masalah, dan masalah itu bukanlah jalan tanda pengakhiran hidup kita. Ketahuilah pasti ada orang lain yang lebih besar masalah dan dugaannya daripada kita.

Tips untuk dikongsi bersama bila mempunyai masalah
  1. Sentiasa fikirkan bahawa masalah itu datang bersama kemanisan di akhirnya.
  2. Sentiasa fikirkan bahawa sudah pasti ada orang lain yang lebih hebat dugaannya dari kita. Kalau kita kehilangan orang tersayang, fikirkan pasti ada orang yang mungkin kehilangan bukan sorang, tetapi dua atau tiga orang tersayang dalam masa yang sama.
  3. Lihat pemandangan, kehijauan alam...untuk tenangkan diri kita.
  4. Doa bebanyak...kerana Allah itu Maha Mendengar segala doa.
Bagi saya pula, ada sedikit tambahan..saya kalau ada masalah lebih suka menelefon@berjumpa dengan mak ayah saya. Mungkin masalah tidak diceritakan kepada mereka, tetapi melihat wajah mereka dapat menenangkan fikiran saya. Oleh sebab itu saya cuba jadikan kebiasaan menghubungi mereka selalu. Adakalanya setiap hari. Bercerita dan bergelak ketawa...mendengar cerita dan bercerita dengan mak dan ayah.

Dan yang paling utama....dekati diri padaNya. Kerana hanya Dia yang mampu membantu dan menyelesaikan masalah kita. Berdoa berdoa dan terus berdoa....kerana Allah itu Maha Mengetahui segalanya.



Note : doa doa dan doa.....semoga diberi olehNya kepada kita kekuatan dan penyelesaian.

Subhanallah



















Cerita hujung minggu!

Alhamdulillah cerita hujung minggu kali ini berlalu dengan jayanya. Berkat kesabaran dan ketekunan menghasilkan kejayaan. J

Hari sabtu, selepas menghantar Cik M ke Pertama Kompleks (sepatutnya Cik M diturunkan kat Pudu, tapi kerana atas pertukaran tempat di saat-saat akhir Cik M diturunkan di traffic light berhampiran Pertama. Tugas seterusnya ialah saya dan Cik Aina mencari tempat untuk kami habiskan sepetang Sabtu. Cadangan demi cadangan dibuat dan akhirnya MyDin Subang Jaya menjadi destinasi kami. Saya berpura-pura mengetahui jalan ke sana walau hakikatnya tidak 100% yakin. Hasil pencarian dan hampir-hampir sesat jalan ops…bukan sesat Cuma mengambil jalan jauh ke sana akhirnya kami sampai juga ke MyDin Subang Jaya. Dan alhamdulillah berjaya mengkagumkan Cik Aina yang tidak pernah pergi ke sana. Itu kali kedua saya ke sana setelah kali pertama hanya mengikut yong dan lope. Ronda-ronda sehingga hampir pukul 4 di sana. Bijak juga saya menggunakan duit yang sedia ada dengan membeli barang-barang keperluan.

Pukul 5 petang saya sampai di rumah, manakala Cik Aina meneruskan perjalanan ke rumahnya di Kajang. Selepas solat Asar, saya memulakan operasi mengemas bilik yang memang merupakan rutin jika saya ada di rumah pada hujung minggu. Semua gara-gara untuk elak tidur selepas Asar. Selepas Isyak pula, saya menghabiskan masa menonton vcd pilihan. Dalam erti kata lain, hari sabtu saya berjaya ditempuh dengan jaya.

Ahad pula menjelma, perancangan untuk keluar bersama Cik Zira dibatalkan atas persetujuan bersama. Pagi ahad seperti biasa saya lebih gemar menonton tv cerita kartun.

9am : Oggy and Cockcroaches

9.30am : Spongebob Squarepants

10 am : Totally spies

10.30am : Mr Bean

11am : Barbie Fairytopia: Magic of The Rainbow


Hmm...apapun, masa terisi cuma terasa kekurangan sesuatu...apa ye?


Note : something to share with?

Friday, April 20, 2007

Kemas kini tarikh!


May
26 - Walimah Razimah.
27 - Walimah Doc Nur.

June
2 - Cik A bertunang.
Norita Yusoh bertunang.
Walimah Syida(officemate).
Walimah Nurul Zafifah.
Walimah Syahidah Azman.
Walimah seorang cousin sebelah n9.
9 - Walimah Yusri (officemate).

Padatnya jadual tarikh saya semenjak kebelakangan ini. Paling menakutkan, pada tarikh 2/6 nanti. Agaknya bagaimana untuk saya bahagikan masa menghadiri walimah2 berkenaan. Cik A bertunang di Kajang, Norita bertunang di Jengka 14, Pahang , Syida kenduri di Ampang, Pipah kenduri kat temerloh, syidah Azman walimah di Ipoh dan kalau sepupu saya kawin pada tarikh yang sama...sudah pasti kenduri itu di N9. Sebenarnya saya masih tidak pasti tarikhnya, dan yang pasti mak ayah saya di perak akan turun ke n9 jika tiada halangan. Dan yang lebih pasti, ke mana mak ayah saya pergi sudah pasti kami adik beradik akan turut serta sekali memeriahkan lagi.

Hari ini hari terakhir cik nur exam, dan mungkin lepas jumaat ayah dan tazwat akan mengambil nur dan barang2nya di KMPK. Mak masih di melaka menjaga wan.


Note : rindu pada semua...

Thursday, April 19, 2007

cerita cerita

Alhamdulillah...baru je siap buat system untuk data entry...warna hijau, kuning dan oren. Masa buat yang biru sebelum ni memang terkial-kial jugak, tp alhamdulillah...alah bisa tegal biasa. Tapi paling kesian kat kengkawan ofis yang nak kena siapkan data entry tu secepat mungkin before Isnin. Biru dan hijau agak rumit...sebab sebanyak 28 pgs perlu di isi. Tapi, bagi kuning dan oren sebanyak 8 pgs je. So, tak la banyak mana kan?

Hmm...entah kenapa dua tiga hari ni kat rumah selalu sangat tertido waktu membaca. Dugaan betul...!! Nampaknya malam ni dgn malam esok kena la struggle bebetul...wish me luck k!! ameen ya rabb!!


Note : possible is nothing!


Wednesday, April 18, 2007

Kisah Yin!


Pada 31 March lepas kita dikejutkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak di SOGO. Saya mula perasan kisah itu selepas beberapa hari ia berlaku. Dan alhamdulillah dengan izin Allah Yin telah ditemukan semula dengan keluarga kesayangannya. Terima kasih kepada pasangan Myanmar tersebut walau tiada siapa tahu apa sebenar maksud dan niat pasangan berkenaan.

Di awal kehilangan Yin saya hampir mengatakan agak mustahil untuk Yin ditemukan kembali. Tetapi, tiada yang mustahil sekiranya Allah telah mentakdirkan Yin dijumpai kembali. Perasaan gembira dan bersyukur sudah pasti bagi ibu dan bapa Yin. Malah rakyat Malaysia juga mendoakan untuk mereka.

Pada Sabtu lepas saya di bumi Melaka kerana ingin menziarah nenek saya di sana...berita mengenai Yin dipulangkan kembali kepada ibu dan bapanya saya lihat di Buletin Utama malam berkenaan. Entah kenapa waktu itu saya telah mengemukakan teori bahawa pasangan Myanmar itu mempunyai niat jahat. Dan teori saya dibuktikan benar ketika saya melihat Buletin Utama pada hari Isnin. Mungkin teori saya silap...tapi, teori saya juga berdasarkan logik dan pengamatan seorang insan daif.

Posting kali ini bukanlah untuk menyatakan siapa salah dan siapa benar...dan bukan untuk menghukum sesiapa. Cuma, pesanan kepada semua...bagi mereka yang bergelar ibu dan bapa, jaga anak-anak anda baik2. Kita tidak tahu niat jahat orang lain. Dan tidak mustahil perkara buruk terjadi kepada kita. Apapun syukur kita kepada Allah kerana memakbulkan doa-doa kita. Cuma, bagi yang bersalah diharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera agar tiada lagi berlaku di masa hadapan.


Note : anak adalah harta ibu dan bapa...

Monday, April 16, 2007

Iklan..

Bagi mereka yang berminat..boleh email or sms saya.

Alhamdulillah...


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya.
Terima kasih kepada semua sahabat yang tak lupa send sms, saudara mara yang called, saudara mara yang hadir. Dan kepada semua yang melibatkan diri secara langsung atau tidak pada 12 April lepas. Takziah juga kepada Cik M kerana terlibat di dalam kemalangan pada 11 April, sabarlah pasti ada hikmah atas segaalanya.

Note : kita hanya mampu merancang, namun perancangan Allah Maha Hebat..

Wednesday, April 11, 2007

Esok..12 April 2007!

Bila tidur sudah tak lena..
Bila makan sudah tiada selera..
Bila kerja hati tiada bersama...

Itu semua adalah simptom yang dikenal pasti...simptom nak balik kampung hehehe...Setiap hari menghitung hari nak balik KD. Penantian itu satu penyiksaan kan?

InsyaAllah hari ni keje separuh hari sahaja, dan paling lewat tengahhari nanti saya akan ke Subang rumah yong. Balik KD bersama diorang. Lope pun cuti hari ni...perasaan berdebar-debar tok sah nak cakap. Setiap hari tangan seram sejuk semacam je..Biarlah hari khamis esok berlalu dengan cepat....

Ada dua peristiwa berlaku esok. 12 April 2007 atau 12/04/07...pertama merupakan hari lahir seorang insan istimewa dan hari istimewa untuk saya dan dia. Paling sedih, yang pasti cik nur tak dapat turut serta...kerana ada peperiksaan akhir bermula tarikh yang sama. Dan kemungkinan besar nyahli tak dapat balik kerana suaminya ada hal.

Kesian mak, setiap hari telefon pasti ada saja cerita yang diceritakan. Mak mengadu sakit kaki, penat...semua kerana persediaan hari esok. Semalam mak dah beli daging 4 kg untuk dibuat rendang...dan hari ni ikut kata emak, dah bermula acara masak-masak. Kesian mak dan ayah...kerana saya tidak ada bersama untuk turut serta menjadi orang kuat mereka. Terima kasih mak dan ayah....terima kasih tazwat sebab membantu mak dan ayah. Terima kasih mak ani dan lee menolong mak dan ayah. Tak lupa kepada makwe, enda dan cik ha juga. Yang pasti ramai lagi yang turut serta untuk menjayakan hari esok...!!! Terima kasih kepada semua..

Rasa terharu pula atas sokongan semua...terima kasih.
Tolong doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar..
Tolong doakan semoga dipermudahkan segala urusan....ameen ya rabb!!!

Saya akan bercuti sehingga Jumaat, dan jika ada kesempatan mungkin saya akan mencoret di waktu cuti. Jika tidak, kita jumpa pada hari Isnin.

Maaf saya untuk ruhid, kerana masih tak sempat email kepada beliau...Saya terkejar-kejar kerja yang perlu disiapkan. Maaf!!


Note : suarahati....

Monday, April 09, 2007

What did i do today?

Cerita hujung minggu!

Hari ni badan rasa sakit2 je...sebab beriadah dengan exstreme kemain semalam. Berkejar-kejaran, main nyorok2, turun naik lift, berjalan ke tempat penginapan semuanya gara-gara menjaga dua orang anak kecil. hehehehehe

Sabtu malam, atas jasa baik Cik Aina...selepas hantar Cik M ke puduraya dan solat di Masjid Negara. Cik Aina menghantar ke jalan TAR, ke hotel penginapan yong and family. Swiss Hotel. Sampai2 sana, lepas letak barang..g makan malam dan jalan2 kat petaling street. Tugas dah bermula, mendukung Zafran dan memimpin Zikril..budak2 tu dah tak nak kat mak bapak diorang kalau ada mak sedara kesayangan diorang ni.hehehe

Malam tu tido dengan nyenyak sekali. Awal pagi dah breakfast di restoran President, makan roti canai..sambil menyuapkan dua beradik tu. Pastu, balik semula ke hotel...pkl 10 lebih baru keluar menuju ke Semua House.

Tugas menjaga dua beradik tu memang mencabar...tambahan si zafran yang masih kecil dan tak makan saman. Di U5 tu, tugas memang mencabar...menjaga dan memerhati zafran dan zikril..bila diorang dah penat dan bosan, bawa diorang makan ais krim dan hotdog kat food court bawah tu. Masa tu terasa macam IT (ibu tunggal) lak hehehehe jatuh saham masa tu, yela..sambil suap zafran, perhatikan zikril....bertiga je kat meja makan tu. hehehehe

Yong hantar ke rumah sewa dalam 7 lebih, diorang tumpang solat sekali...pas isyak, terus tido. Badan still sakit2 lagi ni...semua penangan jaga budak dua org tu hehehe


Note : rasa sakit2 bdn mcm main badminton kat taman u dulu hehehehe

You may be a victim of software counterfeiting.

Microsoft has finally activated the most aggressive part of their Windows Genuine Advantage program -- active notifications.

After downloading the latest Windows updates, if your Windows cd-key doesn't validate against Microsoft's online database of cd-keys, you may be greeted with this unpleasant five-second mandatory delay dialog at the login page:

This copy of Windows is not genuine. You may be a victim of software counterfeiting. This copy of Windows is not genuine and is not eligible to receive the full range of upgrades and product support from Microsoft.

On top of that, you get a repeating balloon notification that nags you periodically while you use the operating system:

You may be a victim of software counterfeiting. This copy of Windows is not genuine. Click this balloon to resolve now.

The warnings also get more dire as time progresses:

This copy of Windows is not genuine and you have not resolved the issue. This computer is no longer eligible to receive select security upgrades from Microsoft. To protect your computer, you must click Get Genuine now.

The language here is a little misleading. Microsoft is socially obligated to provide critical security updates to pirated machines. Otherwise those vulnerable machines will eventually be compromised and potentially used in denial of service attacks and other nefarious schemes. Microsoft does provide so-called "critical" updates to all Windows machines, regardless of whether or not they're genuine.

This is all courtesy of the mandatory "Windows Genuine Advantage Notification" service that is being delivered now through Windows Update. This isn't just a service you can disable, or a process you can kill in task manager, either. You'll have to install some kind of questionable third-party hack to get around it.

I suppose it's only malware if you're a pirate. What's a poor, beleaguered user to do? Microsoft offers five options:

  1. Purchase a valid Windows XP cd-key online from Microsoft.
  2. If you can produce high-quality counterfeit media, along with a proof of purchase, you can get a free replacement key from Microsoft.
  3. Contact your reseller for redress.
  4. Purchase Windows XP from a local OEM reseller.
  5. Purchase Windows XP at a retail location.

Notice the word "Purchase" appears in three of those five options. There's almost no way to finagle a free cd-key out of this.


Note : tgh cari solution



Wednesday, April 04, 2007

Israel!

Hari esok siapa yang tahu?

Seperti yang pernah di war-warkan sebelum ini, bermula April memang terasa kesibukannya. Tambahan pula akan masuk suku tahun yang kedua. Sedar tak sedar hari ini sudah 4 April, terasaa cepat sangat masa berlalu. Umur memang dah semakin meningkat. Masih ingat lagi Cikgu Ros, masa bersekolah tadika kat Palong 3 Negeri Sembilan. Apa khabar agaknya Cikgu Ros? Masih kah dia ingat kepada saya? Kawan-kawan sekolah rendah di n9, secara jujur saya terpaksa mengaku saya tak ingat seorang pun. Agaknya kalau jumpa dan berselisih memang tak perasan.

Tambahan pula, hanya 2 tahun bersekolah rendah di sana sebelum berpindah ke Pahang. Di Pahang, memang saya masih ingat, Rozita, Norita, Mazwan, Hamidah, Jannah, Ummi Hajah, Auzan (musuh ketat zaman kanak2), Mahadir, Salimi, Shariff, Azman, Amran, Shukri, Abdullah, Azri Kamal, Khadijah dan Sabrina serta ramai lagi merupakan kawan-kawan masa sekolah rendah.

Di awal menengah rendah pula, manakan lupa Ainul, Amelia, Mazlinda, Suriza, Liza Ismail, Arwazah, Nazir, Idin, Azrul, Awiv, dan ramai lagi. Mana mungkin lupakan kak Asmah, kak Shahrina, MB (Mozza Burger), GB (geng Bengkek), dan ramai kak-kak lain.

Ketika menengah atas pula, tak pernah sekali lupakan Firdaus A Hussain, Fairah, Nini, Ardia Farizan, kak Nita, kak Wan, kak Shima, kak Nawar, kak Rozila, kak Zam, Aida Junita, Sharina Azura, Sarina Wahida, Shikin, Sabrina, Ros dan ramai lagi.

Di KPM, manakan mungkin lupa pada Imah, Zarina, Zamrina, Ogy, Farah, Liza, Pipah, Lida, Dokdang(fizah), Mar, Acu, dan ramai lagi.

Semua kenangan lama masih segar di ingatan. Masih ingat kenangan gaduh2 dengan Azri Kamal waktu kelas tambahan, campur tangan Auzan dalam kelas, kena kacau, kena ngorat, terima surat cinta, di sekat di tengah jalan masa balik dan pergi sekolah. Dan macam-macam lagi kenangan di sekolah rendah, menengah dan masa belajar.

Hari esok siapa yang tahu? Mungkin masa dulu kawan rapat, kini menjadi renggang dan mungkin menjadi musuh. Siapa tahu dulu hanya kawan-kawan biasa, tapi kini menjadi teman rapat dan sahabat baik.

Ye, hari esok siapa yang tahu. Mustahil kita dapat beri jaminan akan apa yang berlaku pada hari esok kita. Mungkin kita menjalani rutin yang sama setiap hari sebagai contoh setiap hari pergi kerja, tetapi cara kita memenuhi hari kita itu pasti ada perbezaan. Tiada duplikasi di dalam kehidupan kita. Dan kita tak mampu menjangka apa yang berlaku pada masa akan datang.

Tiada lain yang saya doakan semoga segala apa yang saya rancangkan berlaku mengikut perancangan Allah kerana Allah Maha Merancang dan Maha Mengetahui Segalanya. Kekadang takut juga, bila bertanya pada diri Adakah hari esok untuk saya???


Note : semoga segala yang terbaik untuk kita semua...ameen ya rabb!!

Tuesday, April 03, 2007

Hari Database


Hari ini adalah hari membuat database sedunia hehehe
Dari pagi tadi dah mula, sehingga saat ini sudah berjaya menyiapkan satu database for SS2R sekarang tgh buat database for SS3M, dan ada dua lagi database yang menanti untuk disiapkan.

so, tak sempat nak taip dan mengarang blog! :)

Ayat Seribu Dinar..

Ayatnya :-

Terjemahannya..

[65.2]..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

[65.3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Amalan Minum Air Panas

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....


Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya..
Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!


Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

Note: Plagiat from email...Thanks to sender!

Monday, April 02, 2007

behind the word!


Do you really understand
what is behind the word FAMILY?
It gives me a shock when I
know the answer.
So long I never realize I
don't know the real meaning of FAMILY.....

Here Is The Answer..........
(F)ather
(A)nd
(M)other
(I)
(L)ove
(Y)ou

Why does a man want to have WIFE
Because:
(W)ashing
(I)roning
(F)ood
(E)ntertainment

Why does a woman want to have a
HUSBAND? Because:
(H)ousing
(U)nderstanding
(S)haring
(B)uying
(A)nd
(N)ever
(D)emanding

Do you know that a simple
HELLO can be a sweet one?
Especially from your love one. (I mean
not only from the boyfriend/girlfriend).

The word HELLO means:
(H)ow are you?
(E)verything all right?
(L)ike to hear from you
(L)ove to see you soon!
(O)bviously, I miss you ..

Note : macam-macam..hehehe dulu sy ada dapat bentuk slideshow, sekarang ni bentuk artikel pulak..tp maksudnya sama sahaja :) pikir2 balik, ada kebenaran..di sebalik kebetulan itu!