Wednesday, February 27, 2008

Senyum itu penawar!!!

Penawar Penyakit!!

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.



Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kawan-kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pula cukup sekedar nya sahaja ok.

Doa untuk sahabat!!!


Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu..Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..


Nota : Bersyukurlah kita jika mempunyai sahabat yang baik...susah dan senang bersama, tawa dan duka juga tidak dibiarkan kita sendirian.

Monday, February 25, 2008

Posting ke-556


Salam ya salam..

Ini merupakan posting yang ke-556. Saya pun tak percaya, dah banyak rupanya saya post kat blog ni. :D Semuanya adalah hasil usaha sejak Januari 2005. Walau pada mulanya blog ini asalnya adalah syok sendiri sahaja.

Terima kasih kepada semua, yang sudi memberi komen dan menziarah ke blog ini. Harapan saya semoga kehadiran blog ini dapat memberi sedikit sebanyak input kepada anda semua.

Bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia blog, jangan mudah putus asa dan cepat jemu. Berlari juga asalnya dari selangkah. Teruskan usaha anda!!!

Maaf kerana tiada kesempatan untuk saya mengubah interface blog ini. Cuma, sempat untuk posting artikel sahaja. Apapun, jadikan blog ini sebagai satu wadah perjuangan kita. Semoga kita semua mendapat manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain.

Akhir kata, semoga segala amalan kita dipandang dan diterima oleh Allah sebagai amal baik kita sama ada yang kita sedari ataupun tidak. ameen ya rabb!!!

20 things you didn’t know

1. Singapore is the most expensive place on earth to own a car?
2. Singapore is one of two cities in the world with a tropical rainforest?
3. A day on Mars is about half an hour longer than a day on Earth?
4. Russia’s president Putin has worked in the KGB’s foreign intelligence service?
5. A rollercoaster has no engine?
6. About 10% of all human beings ever born are alive at this very moment?
7. One in every foru Americans Has appeared on Television?
8. About 80% of women wear the wrong size bra?
9. Sri Lanka has the highest number of snakebite deaths in the world?
10. Ethiopia will be celebrating millennium in September 2007?
11. The first print ad for Johnnie Walker appeared in 1883?
12. A puma has about 75% killing efficiency?
13. Uganda has the source of River Nile?
14. About 80% of your poo is water?
15. Sri Lanka has the world’s highest number of public holidays?
16. 70% of all Land Rovers ever made are estimated to still be on the road?
17. The Pima tribe in Arizona has the highest rate of diabetes in the world?
18. It takes around 10 litres of milk to make 1kg of cheese?
19. More people get killed by dogs than by sharks?
20. You swallow about a quart of snot everyday?

Source: The World Wide Web!

BEZA MENTEGA DAN MARJERIN


Salam ya salam...

Sedikit info menarik untuk dikongsi dengan semua...

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama.

Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia
adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans.
Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya.

Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah
berkurang.

Thursday, February 21, 2008

You are never alone

You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last
You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode

So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.

You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (Allah is there)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

You are never alone (you are never never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.


Note : Saya suka lagu-lagu zain bikha.

Macam-macam ada.

Salam ya salam..

Apa khabar semua? Saya alhamdulillah sihat. Syukur sangat masih diberi peluang olehNya untuk kita teruskan hidup ini. Syukur sangat sebab masih diberi kesempatan olehNya untuk kita menambah amal ibadah. Membetulkan mana yang lompong, mana yang kurang dan sebagainya.

Rasa nak menulis tu membuak-buak. Tapi, bila tang nak karang cerpen takde idea pulak. Bila nak post artikel kat blog ni, insyaAllah ada kesempatan akan saya post kan. Macam-macam nak saya ceritakan kat sini, tapi tak tahulah jika saya sempat menaipkannya. Atau sekadar disimpaan di salam hati.


Kurus

Ini bukan kali pertama...dan bukan seorang...tapi dah dua tiga orang menegur saya semakin kurus. Tang mana yang kurus??? Tak nampak pulak. Kenapa kurus?? Saya pun takde jawapan untuk soalan itu. Bila tanya Aisyah dia tak perasan pulak. Tapi, ikut kata Suria dan Kak Fauziah sebaliknya pulak.

Pelbagai anggapan keluar dari mulut mereka. Apapun, yang pasti...selera makan saya masih ada, saya masih mampu tidur walaupun adakalanya kurang lena. Saya masih mampu pergi kerja walau di arah ke sana dan ke sini. Saya masih boleh bergaul dengan teman rumah dan teman kerja seperti biasa.


Ngantuk

Hmmmm susahnya nak bangun pagi tadi. Rasa macam nak letak batang mancis kat mata ni. Tapi, alhamdulillah dekat ofis tak mengantuk, sebabnya kerja banyak nak kena selesaikan sebelum esok. Esok nak g JBPM.

Air mata

Orang kata wanita dan air mata tak boleh dipisahkan. Tapi, saya tak setuju. Cuma, kebelakangan ni hati dan perasaan saya amat sensitif. Menangis??? sama sekali tidak.

Kekangan masa

Kekangan masa menjarakkan saya dengan semua!!!!!

RIndu

Ye....saya rindu pada semua!!!!



Nota : macam-macam perasaan dalam hati ni.

Difference between COMPLETE & FINISH.

Just want to share something interesting with all of u!!!


People say there is no difference between COMPLETE & FINISH.

But there is a difference.

When you love the right one you are COMPLETE.

&

When you love the wrong one you are FINISHED! :-)



Note : smile........u in candid camera!!!

Wednesday, February 20, 2008

Sabar..sabar dan sabar...

Salam ya salam...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Lamanya rasa tak update blog ni. Banyak hari juga rasanya. Sebab-sebabnya :
  1. Dah berhari tak masuk ofis.
  2. Dapat online, tp tak dapat nak access page blog.
  3. Tak berkesempatan.

Hmmm....terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi menjengah walau mungkin sekadar sekali lalu. Maaf sebab mungkin menghampakan anda sekalian kerana tiada artikel terkini yang dapat saya post kan. Maaf!!!!

Banyak hari berlalu, banyak juga perkara yang berlaku dalam tempoh masa berkenaan. Sehinggakan antaranya, saya tak sedar bahawa dah hampir hujung bulan yuran parking tak berbayar (sebab jarang masuk ofis). Malah, kereta pun dah lama tak berbasuh...kat luar memang kotor, tp dlm kete bersih..tak percaya sila tanya Aisyah hehehe Lama gak tak g subang, ziarah anak-anak kat sana.

Apapun yang berlaku, ada cerita sedih ada duka...ada cerita gembira diselangi tawa...semuanya sebagai pelengkap kehidupan ini.

Cuma, sedikit nasihat untuk diri dan teman-teman semua. Jika ada masalah jangan pendam sorang-sorang. Mungkin ada baiknya kita berkongsi dengan pasangan kita, atau mungkin sahabat yang kita percayai. Jangan lupa kita masih ada ramai insan yang sayangkan kita, dan yang pasti jangan sesekali lupa kita masih ada DIA.

'tidaklah dinamakan beriman jika kita tidak diuji'

Sabar...sabar...dan sabar...insyaAllah pasti akan kita temui kemanisan bersabar itu. Cuma, sentiasalah yakin dan bersangka baik kepada Allah. Nescaya segalanya akan berlaku seperti yang kita sangkakan. YAKIN!!!!!

Cuma, kita cek balik diri kita..mungkin ada dosa di mana-mana...mungkin dosa dengan Allah itu sendiri, atau pun mungkin dengan ibu atau bapa kita atau dengan pasangan kita sendiri. Ataupun tak mustahil juga ada dosa dengan sesama manusia.



Note : setiap orang diuji oleh Allah...sabarlah hati...sabarlah diri!!!

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama
setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat
memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18
darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan
menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wa Allahu a'lam...

Thursday, February 14, 2008

Subhanallah - Kisah Susu Ibu!!

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Mutiara Kata


firman Allah "dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam itu kebanyakkan dari jin dan manusia...mereka mempunyai hati..tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat2 Allah...dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakan untuk melihat tanda2 kekuasaan allah...dan mereka mempunyai telinga tapi mereka tidak mempergunakan untuk mendengar ayat2 Allah..mereka ini umpama binatang ternakan...bahkan mereka lebih sesat lagi.mereka inilah orang yang lalai "


Salam ya salam

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya..syukur di atas segalanya. Di saat saya membaca maksud firman Allah di atas saya berasa tak keruan. Gelisah.

Ulasan :

Isi neraka terdiri daripada jin dan manusia??? Mereka punyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah. Mereka punyai mata tapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka punyai telinga tapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Ya Allah takutnya!!!

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan manusia-manusia yang punyai hati, mata dan telinga seperti itu. Ameen ya rabb!!

Tuesday, February 12, 2008

Thanks to Deck!!!

Jutaan terima kasih kepada En MM, kerana bersusah payah mengambil gambar kami berdua pada 22 dan 29 Disember 2007 lepas.




Walaupun ada banyak cerita di sebalik cerita. Proses yang panjang bagi mendapatkan gambar kenangan kami. :D

Anyway, thanks for Deck for susah payah. :)

Cerita dan cerita...tentang CNY!


Hmm...hari ini hari ke-2 bekerja selepas bercuti selama 4 hari. Bestnya cuti kali ni, sebabnya dapat menghabiskan masa dengan insan-insan tersayang. Walau penat ke hulu dan ke hilir tapi rasanya berbaloi dan semua terbayar dengan melihat wajah-wajah insan yang penting di dalam hidup ini.

Rabu - 6/2

Bermula dengan hari Rabu, saya melangkah ke Subang untuk tidur kat sana. Demi menyambut mak ayah dan dear yang akan tiba pada hari esok. Ketibaan saya disambut oleh zikril dan zafran dengan teriakan dan jeritan keriangan. Dah berminggu tak ke Subang memaksa mereka bertindak sedemikian.

Khamis - 7/2

Lewat petang baru dear sampai, bertolak dari KT. Dapat dirasakan penatnya badan, memandu lebih 7 jam. Hampir 6.30 ptg saya dan dear bergerak ke Kota Damansara untuk dating. Dah lama kami tak jumpa. Kami pulang ke Subang semula ketika jam melangkah pukul 12.20 pagi. Mak ayah dah sampai, dan sewaktu kami kat Subang diorang dah tido. Hanya sempat bersalam dan bertanya khabar.

Jumaat - 8/2

Bertolak ke Pahang pukul 10.30 pagi. 2 kereta. Tetiba ayah plan nak menziarah sahabat lamanya di Pulau Tawar, Jerantut. Kami makan tengah hari kat sana. Sampai di rumah mertua pukul 5 ptg. Alhamdulillah, untuk pulang kali pertama selepas kenduri kali ini ditemani oleh mak dan ayah kerana nak pergi kenduri anak sahabat baik ayah pada hari esok. Hilang juga kegugupan kerana mak dan ayah ada sebagai kekuatan. Walaupun saya dapat merasakan keluarga mertua saya OK. :D

Sabtu - 9/2

Kami semua pergi ke kenduri. Ayah dan mak jejak kasih pula dengan kawan-kawan lama. Sebetulnya hampir 14 tahun kami sekeluarga tinggal di Pahang menjadikan terlalu banyak kenangan dan kawan-kawan di sini. Di tambah pula, saya sendiri ditakdirkan bertemu jodoh dengan orang Pahang. Maka, satu kelebihan buat saya dan keluarga untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan lama.

Mak dan ayah balik Perak selepas makan kenduri.

Ahad - 10/2

Saya dan dear pulang ke KL. Balik Subang. Sempat juga singgah kat Serendah menziarah kakak ipar.


Kesimpulannya, masa memang terisi. Menjadi seorang isteri, anak dan menantu sekaligus. Pulang ke Pahang memang penuh dengan cerita...kerana mengimbau kembali kenangan saya sewaktu tinggal di sana. Tidak banyak yang berubah, cuma mungkin masa yang membezakan corak kehidupan seseorang. Dulu kecil, sekarang dah besar. ;D

Ikhlas kerana Allah

Imam Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan dari Syufai al-Ashbahi bahawa suatu ketika, ia masuk ke kota Madinah. Di sana, ia melihat ada seseorang yang sedang dikerumuni oleh banyak orang.
Syufai bertanya, “Siapakah orang itu?"
Mereka menjawab, “Abu Hurairah.”
Syufai berkata, “Aku segera mendekatinya dan duduk di hadapannya.”

Saat itu, Abu Hurairah masih sibuk menyampaikan hadith kepada orang ramai yang mengelilinginya. Setelah selesai mengajar dan semua orang telah pergi, aku berkata kepadanya, “Aku memohon kepadamu dengan sebenar-benarnya, sampaikanlah kepadaku sebuah hadith yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang mudah kuhafal dan kufahami."

Abu Hurairah berkata, “Baiklah, aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw dan mudah untuk kau hafal dan kau fahami.”

Tiba-tiba, Abu Hurairah terisak-isak sehingga nyaris pengsan. Tidak lama kemudian, Abu Hurairah sedar kembali seraya berkata, “Aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw di rumah ini, dan ketika itu hanya ada kami berdua,” Kemudian Abu Hurairah terisak-isak lagi, dan setelah sedar kembali, ia mennyusap wajahnya, lalu berkata, “Aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw. Ketika itu, hanya aku dan beliau yang berada di rumah ini.”

Abu Hurairah terisak-isak lagih, lalu setelah sedar, ia mengusap wajahnya dan berkata, “Baiklah, aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw dan saat itu hanya aku dan beliau yang berada di rumah ini.” Abu Hurairah terisak-isak lebih keras, lalu tubuhnya terkulai pengsan. Aku menyandarkan tubuhnya kepada tubuhku dalam waktu yang cukup lama.
Setelah sedar kembali, Abu Hurairah berkata, “Rasulullah saw berkata kepadaku bahawa apabila hari kiamat tiba, Allah akan turun untuk menemui hamba-hamba- Nya untuk mengadili mereka. Saat itu, setiap makhluk tertunduk pasrah.Orang pertama yang dipanggil oleh Allah adalah orang yang menguasai Al-Quran, orang yang terbunuh dalam perang dijalan Allah, dan orang yang kaya raya.“

Allah bertanya kepada orang yang menguasai Al-Quran, “Bukankah Aku telah mengajarkan kepadamu Al-Quran yang diturunkan kepada RasulKu?”
Ia menjawab, “Benar, wahai Tuhanku.”
Allah bertanya lagi, “Apa yang kamu lakukan dengan apa yang telah Kuajarkan kepadamu itu?”
Ia menjawab, “Aku membacanya sepanjang siang dan malam.”
Allah befirman, “Kamu berbohong.”
Malaikat pun menimpali, “Kamu berbohong.”
Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dengan bacaanmu itu, adalah agar kamu dikenal sebagai pembaca (penghafal) Al-Quran. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan."

Lalu orang yang kaya raya dipanggil. Allah bertanya kepadanya, “Bukankah Aku telah membuat hidupmu senang, sehingga kamu tidak memerlukan bantuan dari sesiapa pun?”
Ia menjawab, “Benar, wahai Tuhanku.”
Allah bertanya lagi, “Apa yang kamu lakukan dengan harta yang telah Aku berikan kepadamu?”
Ia menjawab, “Aku menggunakannya untuk menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim) dan bersedekah”
Allah befirman, “Kamu berbohong.”
Malaikat pun menimpali, “Kamu berbohong.”
Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dengan perbuatanmu itu, adalah agar kamu dikenal sebagai orang yang dermawan. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan."

Lalu orang yang terbunuh dalam perang di jalan Allah dipanggil. Allah bertanya kepadanya, “Kenapa kamu terbunuh?”
Ia menjawab, “Aku diperintahkan agar berjihad dijalanMu, maku aku pun ikut berjihad hingga terbunuh.
Allah befirman, “Kamu berbohong.”
Malaikat pun menimpali, “Kamu berbohong.”
Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dari pengorbanan itu adalah agar kamu dikenal sebagai seorang yang gagah berani. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan."

Kemudian Rasulullah saw menepuk lutuku seraya bersabda, “Hai Abu Hurairah, mereka bertiga adalah makhluk Allah yang pertama dijerumuskan ke dalam neraka pada hari Kiamat."

(Dipetik dari Sunan Tirmidzi, tahqiq: Ahmad Syakir, no. Hadith 2382. Abu Isa at-tarmidzi berkata, “Hadith ini adalah hadith Hasan Gharib.”)

Wednesday, February 06, 2008

Bagaimana Cemerlang Dengan Doa?


DALAM surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah (SWT) berfirman, "Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu. "

Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan Nabi SAW mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.

Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, "Mintalah kepada Allah (SWT) kurniaannya. Sesungguhnya Allah (SWT) menyukai permohonan (dari hambanya)."

Adab-Adab Berdoa

Doa yang diterima oleh Allah (SWT) ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah (SWT).

Antara adab-adab itu ialah:

1. Memilih waktu yang mulia.

Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis Nabi SAW, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.

2. Merendahkan diri kepada Allah (SWT) dan khusyuk.

Dalam surah Al-A'raf ayat 55 Allah (SWT) berfirman, "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut." Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, "Berdoalah kepada Allah (SWT) dengan keyakinan bahawa Allah (SWT) akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah (SWT) tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai."

3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi.
Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah (SWT). Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah
(SWT) berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, "Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah (SWT) dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya). "

4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima.

Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, "Berdoalah kepada Allah (SWT) dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima."
5. Tidak tergesa-gesa.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Nabi SAW bersabda, "Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, `Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan' ." Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah (SWT) kerana Allah (SWT) saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah (SWT), atau dipalingkan Allah (SWT) satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan. "

6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah (SWT) dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW.

7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan.

Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, "Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali."
Punca Doa Tertolak

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah (SWT) itu suci bersih dan Allah (SWT) tidak menerima kecuali yang suci bersih jua". Dan sesungguhnya Allah (SWT) mengarah orang-orang mukmin dengan sesuatu yang perlu juga dilakukan oleh rasul-rasul. Allah (SWT) berfirman, `Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.'

Allah (SWT) juga berfirman, `Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.' Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah (SWT) dengan berkata `Ya Rab, ya Rab' sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya? Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah (SWT).

Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah (SWT). Beliau berkata,

"Pertama, kamu mengenal Allah (SWT) tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah (SWT) tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya."

(Dari buku `Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)

Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin (M. B. Ch. B. Universiti Alexandria)

Cuti putus cinta????

Dunia ni dah semakin pelik. hehehehe kelakar pulak baca. Tapi itulah yang terjadi.



Saturday, February 02, 2008

Saksikan Siang Dan Malam Ciptaan Ilahi

THIS PHOTO IS ABSOLUTELY BEAUTIFUL. BE SURE TO READ THE TEXT BELOW TO HAVE A BETTER UNDERSTANDING OF WHAT YOU ARE VIEWING. IT IS HISTORIC TOO AS THIS IS THE LAST MISSION FOR COLUMBIA...

The photograph attached was taken by the crew on board the Columbia
during its last mission, on a cloudless day. The picture is of Europe and Africa when the sun is setting. Half of the picture is in night. The bright dots you see are the cities' lights.

The top part of Africa (whitish) is the Sahara Desert.

Note that the lights are already on in Holland, Paris , and Barcelona, and that's it's still daylight in Dublin, London, Lisbon, and Madrid.

The sun is still shining on the Strait of Gibraltar.
The Mediterranean Sea is already in darkness.

In the middle of the Atlantic Ocean you can see the Azores Islands;
below them to the right are the Madeira Islands; a bit below are the Canary Islands; and further South, close to the farthest western point of Africa, are the Cape Verde Islands.

Note that the Sahara is huge and can be seen clearly both during day time and night time.

To the left, on top, is Greenland , totally frozen.

We witness the greatness of Allah.

Friday, February 01, 2008

Hari Lahir Ayah!



Selamat Hari Lahir Ayah!!!!!


Mulanya saya bercadang untuk telefon seawal subuh tadi, tapi terlupa kerana bertangguh. Akhirnya pukul 8 lebih tadi baru sempat menelefon ayah. Wardah doakan semoga ayah sentiasa beroleh nikmat kesihatan yang berpanjangan...semoga diberkati umur dan usia...semoga sentiasa dipermudahkan urusan olehNya...semoga segala yang terbaik untuk ayah dan mak...
ameen ya rabb!!!