Tuesday, January 24, 2006

.......hitam...



assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...alhamdulillah masih diberi Allah peluang untuk meneruskan hidup ini..menyudahkan sisa baki yg sedikit sahaja lagi ni..Alhamdulillah.

Hitam...putih........merah....kuning...biru...hijau....coklat...dan macam2 lagi la semuanya tu adalah warna yang mewarnai kehidupan seharian kita...sehinggakan ada orang mengaitkan warna dengan sifat dan peribadi seseorang...percaya atau tidak itu terpulang kepada masing2..kalau betul mungkin kebetulan...kalau tak betul jangan disalahkan...sebab pandangan manusia tak semuanya tepat...nama pun manusia...memang lemah dan alpa!

Citer pasal warna...ikut kebiasaan dan pemerhatian pada diri sendiri...selalunya kalau malam tu atau pagi tu agak moody memang warna pakaian nak g ofis agak kelam la...seperti tudung hitam, etc...hehehe bila difikir2 rasa kelakar la pulak..tp selalu macam tu...minggu ni last monday and tuesday pakai baju warna yg agak kelam...muka pun dah semacam je hehehe yela...susah sikit nak senyum...sampaikan ada gak yg tegur awat muka ni masam mencuka je?? hehehe jawapannya mudah je...nak senyum kat sape??? lainla orang senyum kat kita balik baru la senyum..ni kalau ngadap pc sensorg takkan nak senyum...karang mula la ada yg mentafsir tgh chat la...etc...manusia ni memacam kan??

Okla...memang la warna ada kaitan dengan manusia..kalau tak, takdela orang reka iklan paint...dan memacam lagi la hehehe semuanya nak kaitkan dgn kehidupan manusia...

suka sebenarnya kaji pasal manusia ni...silap teknik la pulak jadi orang komputer ni hehehehe

ok jumpa lagi..

Friday, January 20, 2006

kecantikan lelaki dan kegagahan wanita???





>

>
Kecantikan Lelaki<<

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah :-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

>>Kegagahan Wanita<<

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan
perasaan. Perempuan yang gagah, adalah :-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah
Al-Ahzab: Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam.

kawan yg baik




Assalamualaikum..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

>>>>Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang
kawan baik nya.

>>>>Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan
kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak
membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

>>>>Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik
nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

>>>>Kawan yang baik adalah orang yang selalu
menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan
dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

>>>>Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan
yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

>>>>Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya
untuk sentiasa berada disisinya.

>>>>Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya
untuk berkawan dengan kawan yang baik .

>>>>Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik
nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang
baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

>>>>Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di
dunia dan di akhirat di dalam doanya.

>>>>Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa
kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

>>>>Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik kita.

>>>>Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak
menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik
akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

>>>>Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak
memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik
kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

>>>>Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini
kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa,
bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan
pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang
baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

Thursday, January 19, 2006

Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?

"Fitrah manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai, ingin dikasihi dan mengasihi, ingin dirindui dan merindui. Dari yang si kecil sehinggalah dewasa. Semua menginginkannya. Hatta Nabi Adam a.s sendiri menginginkannya. Walau pun diberi kebijaksanaan mengenal seluruh isi bumi, dianugerahkan segala-galanya namun Nabi Adam a.s tetap terasa sepi dan sunyi.

Maka lahirlah Hawa untuknya. Begitulah juga kita, menginginkan untuk memiliki seseorang yang disayangi dan pada masa yang sama turut dicintai.

Inginkan seseorang yang memiliki ciri-ciri yang sempurna juga fitrah manusia. Menginginkan yang cantik, lawa, menarik dan mempesonakan pandangan mata. Pendek kata yang memiliki keindahan, kekayaan, kebijaksanaan, kejayaan. Semuanya menjadi pilihan. Dengan pelbagai usaha digunakan untuk mendapatkannya, hinggalah ada yang sanggup bertumpahan darah seperti Qabil dan Habil, bergadai nyawa seperti Laila dan Majnun, sehidup semati ibarat Romeo dan Juliet.

Kerana ingin memiliki kasih sayang dan kononnya demi cinta suci. Akhirnya terkubur jasad ke tanah tanpa pengakhiran yang membahagiakan. Beginikah dikatakan ingin memiliki dan dimiliki. Apa yang pasti janji cuma tinggal janji..

Agama tidak melarang seseorang menginginkan teman dalam hidupnya. Namun apakah yang kita inginkan adalah yang kita perlukan? Adakah pasti yang diingini akan kita miliki? Seseorang yang kita inginkan belum tentu yang kita perlukan, dan seseorang yang kita perlukan juga belum tentu yang kita inginkan. Jadi, mana yang akan dipilih, yang diinginkan ataukah yang diperlukan? Ikut hati tentulah yang diingini tapi tanya akal pula pastilah yang diperlukan. Alamak, akal dan hati sentiasa berperang dan bermusuhan.

Lantaran itulah Allah s.w.t turunkan Al-Quran sebagai panduan dan sunnah Rasullullah s.a.w sebagai ikutan. Kandungannya banyak memberi petunjuk jalan agar usaha dan keputusan yang kita lalui sentiasa lurus, diredhai dan penuh keberkatan.

Malangnya, ramai antara kita belajar dari artis-artis Hollywood, Bollywood dan entah apa entah wood lagi. Novel-novel, majalah-majalah cinta pula sebagai rujukan utama. Maka, lahirlah ‘sektor perkapalan’ haram yang mengemudi bahtera bersama kelasinya. Ke hulu ke hilir membelah lautan biru menuju ke destinasi bahagia, kononnya. Tapi, yakinkah kita itulah kebahagiaan, itukah yang kita inginkan dan adakah itu yang kita perlukan? Tatkala, ada di antara kita yang tidak menginginkan seseorang itu sebagai teman hidupnya namun ditakdirkan menjadi miliknya. Umpama Nabi Yusuf a.s menolak cinta Siti Zulaikha akhirnya menjadi isteri yang paling disayangi dan dikasihi. Bukan didesak oleh keinginan hati tapi kerana memerlukan insan seperti Siti Zulaikha, menjadi isteri kerana Allah.

Kini, kenyataan telah terukir. Sesuatu yang kita perlukan itulah yang kita inginkan. Maka agama itulah yang kita perlukan bukan selain darinya. Sebagaimana yang tercoret dalam hadis Rasulullah s.a.w pilihlah seseorang itu kerana kecantikannya, hartanya, keturunan dan agamanya. Maka, pilihlah agamanya insya Allah kita akan temui kebahagiaan yang sebenar, wallahua’lam..

sakit leher

assalamualaikum..

ari ini saya sakit leher..
saya sakit leher...
saya sakit...
saya sakit sebab salah tidur semalam..
dahla susah sikit ari ni...sebab saya sakit leher..
sakit leher apa ubatnya?

Hehehe...saje je buat ayat entah apa2 hehehe kalau dulu masa kat rumah salah tidur mesti mak suruh jemur bantal...pastu pukul kat leher..tp alhamdulillah pastu ok...ada pulak setengah petua hanya jemur je bantal tu...pastu ok...tak taula...tak pernah test lagi yg kedua tu..yg pertama tu selalu gak buat dulu, sebab selalu sakit leher hehehe lasak sangat la kot? no coment

Hmm..sebenarnya mood tak ok sangat..yela...ada masalah sikit..tp, dalam bz2 ok la kalau kat rumah tu mula la nak layan perasaan je...memang la manusia ni lemah...kalau melibatkan hati dan perasaan cepat je kalah. Cuma, kekadang orang nampak kita ni kuat..tapi hakikatnya kita dan Allah je yg tahu...sedih nya ingat semula...arghhhhhh

Hmm..lupakan dulu, malas nak citer..semalam present la kat boss, bayangkan sorang perempuan dikelilingi oleh 6 orang lelaki...so far alhamdulillah..cuma kena tambah skit lagi dan test apa yg patut...sian kan kat kita? hehehe

ok nak sambung buat keje...insyaAllah nanti jumpa lagi.


Wednesday, January 18, 2006

Grand Season Hotel..

assalamualaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...ye Alhamdulillah cuma semenjak dua menjak ni Allah uji dengan sakit leher...mungkin ngadap pc terlalu lama la kot? keadaan tekstur badan yg tidak betul menyebabkan jadi macam ni...takut gak kalau-kalau ada effect yg besar satu hari nanti...nampaknya kena buat sesuatu ni...bersenam?? mungkin....buat regangan...insyaAllah...ye kena buat nampaknya ni....kalau tak naya gak teman nanti hehehe

semalam.....
Balik dari keje terus ke KL Sentral...nyah, abang wildan dan ayah ambik kat situ..pstu ke rumah nyahli kat gombak...solat maghrib...gi makan...pastu gi hotel tempat ayah menginap...masa kat bilik ayah tu la lampu tak nak nyala..buat aduan kat pihak hotel..dua kali terpaksa buat report..pkl 12 lebih baru dia dtg check...kitorang dah tertidur2 kat katil hotel tu...yela, penat...pkl 12 setengah lebih (hehehe lebih kurang le) baru kuar dari hotel dan nyah antar balik...memang penat....ditambah terlihat baju dalam baldi tunggu untuk dibasuh (sepatutnya plan balik keje nak basuh), so terpaksa la tunggu balik keje ari ni baru basuh...

Citer pasal baju issue gak...baju ira hilang sidai kat ampaian depan tu...sian dia..baju keje pulak tu..alhamdulillah sangat kebetulan masa yg sama memang sidai baju kat depan, tapi nampaknya baju ira yg terpilih...macam mana nak sidai baju balik karang? nak tos kan dulu dalam bilik air...sidai dalam rumah?? ala leceh la pulak....camno ek??

okla...nak gi present sistem sat...jumpa lagi..insyaALlah

Petua: Mencuci hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat

Painting on Human Hand..



































Tuesday, January 17, 2006

Kasih Sayang by Raihan


assalamualaikum..

Hmm...alhamdulillah ari ni sihat...semalam tido awal jugak la selepas layan mata tengok citer LOST kat channel 8....konon-konon nak cover tidur hari weekend bebaru ni...alhamdulillah rasanya ari ni tak ngantuk macam semalam...so, leh la siapkan Sistem yg tak siap2 lagi ni...tak sabar nak siapkan cepat...leh la apply cuti for raya cina nanti...

tetiba teringat kat lagu raihan...sebenarnya teringat lagu rindu padamu by yasin..tp tak jumpa plak liriknya..so, paste lagu raihan ni dulu la....sebab lirik dia best...lagu dia best...dan yg paling best Raihan best!!! minat raihan sejak dia The Zikr dulu...dan sampaila sekarang...setia pada yg satu la katakan...kumpulan nasyid lain suka gak...selagi namanya lagu nasyid..insyaALlah suka je!! ni pun tengah dgr ikim.fm kat http://ikimfm.blogdrive.com

Ok...hayati lirik kasih sayang kat bawah..

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Monday, January 16, 2006

perwatakan ikut bulan Islam...wallahua'alam

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan
mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

perbandingan saiz bumi dgn planet lain

Perbandingan saiz bumi dengan planet lain

Planet_Bumi

Sekarang... bandingkan Bumi dengan Uranus & Neptune
Uranus_Neptune


Sekarang bandingkan Bumi dengan Matahari...Bumi_Matahari


Bumi hanyalah setompok titik hitam bila dibandingkan dengan Matahari
Dimanakah letaknya diri anda??
Sekarang bayangkan Pencipta Alam Semesta ini???


Renung baik2... jangan dok megah sangat...

kasih sayang mengikut bulan

Kasih sayang mengikut bulan lahir........


Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi
tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
------------------------------------------------------------------

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

----------------------------------------------------

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

-----------------------------------------------------

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

----------------------------------------------------------

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

----------------------------------------------

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

--------------------------------------------

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-------------------------------------------------

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

--------------------------------------------------

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

------------------------------------------------------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

----------------------------------------------

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

---------------------------------------------------

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

no tittle...

assalamualaikum...

Alhamdulillah ari ni sihat sejahtera je...cuma, ngantuk sesangat...semalam ingat habis kelas dapat la barang terlelap beberapa minit sebelum asar...tgk2 masa kat BTS nyah called...ayah dah ada kat KL rupanya...menginap kat grand sesason hotel. Ajak jumpa ayah..pastu nak gi ofis....nak guna internet...memang penat betul semalam..yela ingat balik kelas dapatla rehat..rupanya tak dapat rehat...tapi takpela dapat jumpa ayah dan pastu g rumah yong...makam malam kat sana..
sampai rumah dah hampir pkl 1 pagi..solat..sidai baju...pastu tido la...

rasa tak larat sangat nak g keje tadi....yela, restless...
tp dah sampai ofis ni takla ngantuk apa sangat..biasa je...kojer banyak la...hehehe

Friday, January 13, 2006

what is love....and what is marriage

A student ask a teacher, "what is love?"
The teacher said, "in order to answer your question, go to the padi field and choose the biggest padi and come back. But the rule is: you can go throught them only once and cannot turn back to pick."

The student went to the field, go thru first row, he saw one big padi,but he wonders....may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one... but may be there is a even bigger one waiting for him. Later, when he finished more than half of the padi field, he start to realise that the padi is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regreted !!!! So, he ended up went back to the teacher with empty hand.

The teacher told him, "...this is love... you keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person...."

"What is marriage then?" the student asked.

The teacher said, "in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go throught them only once and cannot turn back to pick." The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher.

The teacher told him, "this time you bring back a corn.... you look for one
that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.... this is marriage."

Thursday, January 12, 2006

setahun dah rupanya..



Assalamualaikum..


Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...sedar tak sedar dah setahun rupanya usia blog ni...rasa tak percaya la pulak...cepat betul masa berlalu kan??? ok karang edit lagi..

Nasihat Imam Syafie.....

EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata:

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Hidup - 3 hari 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian ALlah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan ALlah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat ALlah s.w.t.

Wednesday, January 11, 2006

salam Aidiladha

Salam AidilAdha buat semua...

welcome 2006

Assalamualaikum...

alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya....syukur sesangat dapat diberi peluang olehNya untuk meneruskan hidup di muka bumi bertuah ini...alhamdulillah...

Wednesday, January 04, 2006

tandatangan..dan undi..

Hari ini merupakan hari terakhir untuk menghantar bantahan IFC, sehinga semalam hanya 30K tandatangan berjaya dikumpul. Tetapai sebaliknya berlaku untuk NGO bukan Islam mereka berjaya mengumpul 50K tandatangan dalam masa yang singkat.

Persoalannya ialah di manakah rakyat Malaysia yang sayangkan Islam. NEGARA ISLAM yang digembar gemburkan tidak ke mana. Di manakah kesedaran umat Islam kini?

Teringat perbualan dengan seorang teman sepejabat...untuk mendapatkan satu tandatangannya saya telah berbahas dengannya hampir 10 minit. Ya, hanya kerana satu tandatangan. Mungkin nilai 1 itu nampak kecil tapi jangan lupa bahawa dari 1 itulah jadinya 100...1000...1000 000...

....sambungannya nanti...