Tuesday, November 28, 2006

adakah cinta perlukan sebab????

Hmm...macam best je tajuk ni??

Saya letakkan msg tu kat gmail chat sya...dan mendapat respond dr beberapa orang respondan

Puan Angah : cinta tanpa sbb lbh tulus dan ikhlas. why? cuz bile semua tu dah takde nnti cinta pun hilang..
Cik M : emmmm..

Cik Eila : ya dan tidak. kekdang cinta perlukan sebab..kekadang tak.
En Wahid : Yup.


Hmm..pendapat saya....cinta memang perlukan sebab. Dan kita cintakan orang atau sesuatu tu pun memang bersebab. Sebagai contoh, isteri cintakan suami kerana suami itu adalah suaminya, yang akan menjaganya, menangungnya anak beranak dan merupakan tempat isteri bergantung. Suami cintakan isteri kerana isteri adalah isterinya, insan yg menjaga makan pakainya, menjadi tempat mengadu di kala ada masalah. Anak cintakan ibubapa keran ibubapa itulah yg mendidik, menjaga dan tempat bermanja. Kekasih cintakan kekasihnya kerana pandai mengambil hati, selalu beri hadiah, menyayanginya, tempat dia mengadu dan bercerita. Seorang pekerja cintakan kerjanya kerana kerja itu bergaji. dan sebagainya.....

Cuba bayangkan seandainya seorang suami melayan isteri dengan buruk, ibubapa suka mendera anak-anaknya, seoarang kekasih curang kepada kekasihnya, majikan menganiaya pekerjanya. Adakah cinta itu masih ada?
Jawapannya, pasti cinta yg sebelum ini besar dah semakin mengecil dan mengecil dan dalam satu jangka masa ianya akan hilang dan pergi begitu sahaja. Betul tak? Raise ur hand if u agree with me??? hehehe

Jadi kesimpulan yg dapat sy buat..cinta memang memerlukan sebab. Sebab itulah menjadikan kita semakin cintakan sesuatu atau seseorang. Menjadikan kita lebih menghargai dan dihargai...
seandainya sebab2 itu hilang??? Sekiranya sebab itu hilang...to be continued!!!



Note : hargaila sesuatu yg kita miliki... :)

0 comments: