Thursday, April 18, 2013

Tiada kaitan pun...

Tahun 2013 merupakan tahun pertama Asyraf pergi ke sekolah...walaupun baru sahaja menyambut ulang tahun pada bulan Disember 2012, iaitu 4 tahun. Namun Asyraf tetap didaftarkan sebagai 5 tahun. Takpela...nak buat lagu mana. ;)

Tiap-tiap pagi menangis waktu hantar ke sekolah!! Dalam dilema juga sebagai seorang ibu ni. Nak tak nak, kenala kuatkan semangat dan keraskan hati. Yela, biasala air mata anak-anak ni untuk psiko ibu dan bapa. Yang paling kelakar, dari awal tahun sampai sekarang...jika di tanya kepada Asyraf...siapa nama kawan-kawan Asyraf?  Jawapannya tetap sama....mail, ehsan, fizi...upin, ipin, mei mei..jarjit...gulp....macam kenal je kan??

Wednesday, April 03, 2013

Sudah Bubar

Akhirnya....yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia kunjung tiba juga. Terima kasih PM kesayangan rakyat...kerana mengumumkan pembubaran parlimen pada jam 11.30pagi tadi secara langsung di semua saluran televisyen kerajaan. (saya dengar secara online).

Perang bendera memang dah lama...cuma parlimen je baru bubar hari ni. Apapun, kita tunggu tarikh pilihanraya pulak ye!!

1 tahun..

Susanti (watak dalam upin dan ipin) menyanyikan untuk upin upin..

"Panjang umurnya..panjang umurnya...sekarang..."
Alhamdulillah 1 April 2013, genap umur Hadif setahun....Ibu doakan semoga Hadif menjadi anak yang soleh, sentiasa dalam kesihatan yang baik...dan yang paling penting mengikut perintah Allah dan rasul!

Seperti biasa...Yope Asyraf paling beria...masa nak potong kek tu...hehe
Terima kasih kepada mak long dan pak long sekeluarga sebab sudi hadir hadiri jamuan makan-makan tu...