Monday, December 18, 2006
Nasibah dan Nadzri
Selamat Pengantin Baru buat Nasibah dan Nadzri..pada 16 Dec 2006!!
Semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat..ameen ya rabb!!
Sabtu, 16 Dec 2006.
Saya, Aisyah, Ira dan Miza telah mencemar duli ke majlis perkahwinan seorang sahabat di Kajang. Perjalanan dimulakan dengan singgah ke Jusco, Balakong untuk membeli hadiah pengantin. Sebanyak dua hadiah telah dibeli....untuk Nasibah dan juga walimah cik siti Hajar mingu depan. Punyalah ramai orang kat Jusco, sehingga hilang mood nak membeli barang-barang lain.
Kemarahan membuak-buak setelah kami semua tak jumpa jalan ke rumah pengantin. Maaf kepada Aisyah, Ira dan Miza..kerana kesilapan pemandu yang memang selalu silap jalan. hehehe lastly, berkat sokongan semua kami jumpa juga jalan dan rumah pengantin..
Balik kenduri kami berempat singgah ke Sg Gabai untuk menikmati keindahan sungai. Tetapi, kami dikacau oleh mamat-mamat di sana yang terlalu terkejut melihat pengunjung sungai berkenaan memakai baju kurung dan sopan-sopan belaka. Sempat juga mereka menujukan sebuah lagu kepada kami berempat. Popular sekejab hehehehe
Perjalanan pulang, singgah sebentar makan cendol dan bihun sup di tepi jalan...kemudian antar aisyah balik kat taman Midah.
Perjalanan yg seronok dan memenatkan hehehe
Note : jauh berjalan luas pengalaman... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ho...kwn along kawen kajang katne, along?
jusco balakong? la..dkt nor ngan umah mak..my super sista keje kat dlm tulah..
org ramai sbb jusco wat sale murah giler smpai januari 2..
mak bli set cadar (yg skali ngan comforter tu), utk kenuri ba-am la..harga asal rm500something gak la..pastu diskaun tinggal rm160..murah gile, ek?lawa lak tu..
so..moral of the story, nnti mai kenuri ek..
adios..
insyaAllah :) takde aral along sampai nanti :)
Post a Comment