Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 21, 2012

22 tahun...



Alkisah.....sebenarnya cerita ni berlaku pada 14/2/2012 lepas. Kiranya, cerita dah basi la...hehe sebenarnya post ni dah duk dlm draft lama. Cuma, baru nak taip...teringat ada kerja perlu diselesaikan. Semenjak dua menjak ni...kerja memang berlambak-lambak. Kalau nak cerita, sampai pencen pun tak habis hehe....

Friday, January 20, 2012

Perbaharui lesen...

Tak perasan rupanya...lesen dah mati 2 minggu...rupanya selama ni bawa kereta secara haram. Alhamdulillah pergi kerja pun tak sampai 10 min...pergi site pun jarak yang sama. 
Maka, setelah cuba mencari-cari masa...saya pergi ke pejabat pos berhampiran. Cadang memang nak perbaharui lesen 2 tahun terus. Hampir setengah jam tunggu giliran...tup tup no saya dah sampai.  

Monday, January 16, 2012

Perisa....

Salam..jom ikuti kisah di bawah..

Lelaki : Hai Kak Long, rokok ada?

Cashier Girl : Ada, nak rokok apa?

Lelaki : Winston merah ada tak?

Cashier Girl : Habis.

Tuesday, January 10, 2012

Selamat Hari Lahir..

10.1.2012: SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR ke-81 kepada YAB Dato Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan @ ulamak yang sangat mulia dan bertaqwa. Semoga Allah arRahman akan terus melimpahkan kasih sayangnya kepada TGNA untuk terus menyayangi rakyatnya. Ameen ya rabb!!






Tuesday, November 22, 2011

Budak zaman sekarang..

Assalamualaikum..

Ketika menonton perlawanan akhir bolasepak antara Malaysia dan Indonesia semalam, masa tu jugalah Asyraf keluarkan bola dan mula menendang bola. Sambil menjerit...GOOOOLLLLLLLll.....konon-konon menghayati la! Apa tidaknya, kagum tengok ibu dan ayah sama-sama berjemaah menonton tv.

Bila, adegan cemas je...saya pun berkata 'Alamak'....'Alamak'...yela, takut Indonesia menambahkan jaringan. Tiba-tiba....Asyraf berkata 'AlaIBU lah ibu....' banyak kali dia ulang...lepas tu saya terfikir...dia cakap macam tu sebab ALAMAK ke? Jadi dnegan bijaksananya Asyraf menggantikan MAK tu dengan IBU...


nota : tak terfikir lak....mcm mana dia boleh fikir mcm tu ek??

Friday, November 18, 2011

cerita sana sini

Assalamualaikum..

Lamanya tak kemaskini blog ni, maaf sangat-sangat sebab tiada kesempatan untuk melakukannya. Maaf dkt semua terutamanya....kak liza yang kerap kali melawat tapi tiada cerita terkini...terima kasih juga sebab sudi melawat...hehe jangan serik ye kak!!

Gambar kat atas tu gambar masa kami bercuti di tanah tinggi Cameron Highland....pada hujung oktober lepas.3 hari 2 malam kat sana....yang pasti, dapat la juga bawa strawberry besar balik...jadi kenangan Asyraf.

Ok. jumpa lagi.

Wednesday, October 12, 2011

Sultan Brunei Mahu Undang Undang Islam Dilaksanakan Di Negara Itu


Kenyataan Sultan Brunei seperti dilaporkan oleh brudirect.com

KUALA LUMPUR, 11 Okt:Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.Hrkh

Berita asal.


Nota : hebatla....

Friday, May 27, 2011

Erti Syukur...

Lamanya tak update blog ni...rasa macam dah bertahun...hehehe rasa je la kan...bukan bebetul pun...apapun dah hampir sebulan gak tak update ni. Nak kata sibuk, biasa je...tp lebih kepada cuba menenangkan diri ;)

Apapun, kita hayati lirik lagu UNIC kat bawah ni...

Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu ilahi -tuhan maha pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Friday, April 29, 2011

Ceritakan pada Anak: Formula Kejayaan Umat Islam

Sejarah telah membuktikan kepada kita..
Umat Islam tidak berjaya kerana harta yg banyak
Umat Islam tidak berjaya kerana kuasa & pangkat
Umat Islam tidak berjaya kerana kecanggihan teknologi

Tetapi,
Umat Islam pernah BERJAYA
sehingga dapat menawan 2/3 dunia
kerana.
mereka telah bawa KETAATAN yg SEMPURNA
pd perintah Allah dan RasulNya
dlm kehidupan mereka.

Wednesday, April 27, 2011

Si Gajah biru...

Dulu..upin..ipin...pastu BoboiBoy, sekarang ni Gajah Biru pulak. Pantang dia nampak kita berehat sikit je, mulalah si asyraf...'ibu...gajah biru'...dia dah jatuh cinta pada gajah biru pulak. Nak tak nak...dengan rela membiarkan asyraf menonton gajah biru...