Thursday, December 07, 2006

Memberi tanpa mengharapkan balasan???

Hmm..tajuk memang best!! Setuju?? Cara nak kupas ni..kena bebetul sikit...takut ada tersilap taip dan tersilap apa-apa :)

Memberi tanpa mengharapkan balasan??? Sudah pasti semestinya ialah ALLAH..kerana Dia memberi tanpa bersyarat kepada kita. Tak kiralah kita ni, baik ke..tidak ke...selalu ikut suruhanNya ke...langgar suruhanNya ke..dan tak kiralah kita ni Islam atau tidak. Betapa Maha Pemurah nya Allah yang Esa itu. Tiada siapa dapat menyangkal!!!

Cuma, adakah kita sebagai manusia mengharapkan sesuatu dr apa yg kita berikan?? Angkat tangan??? Geleng kepala?? :)

situasi 1:
Ahmad tinggal menyewa bersama rakan-rakannya. Acapkali tugas-tugas membersihkan rumah merupakan tugas yang dilakukan oleh Ahmad tanpa disuruh. Ahmad tidak sesekali merungut dengan apa yg dia lakukan.

situasi 2:
Zeta berkerja di Syarikat A, selalu pulang lewat dan datang kerja awal. Selama bertahun-tahun kerja di Syarikat A, tangga gaji Zeta tidak pernah sekali naik walau sedikit pun.

situasi 3:
Aminah, seorang ibu kepada 3 orang anak. Tugas memasak dan mengemas rumah memang akan dilakukan oleh Aminah walaupun setelah pulang dari kerja dalam keadaan penat. Tidak sedikit pun Aminah dibantu oleh suami atau anak-anaknya.

situasi 4:
Zura seorang yang murah senyuman. Di hati kecilnya sentiasa mengharapkan senyuman balasan dari insan yang diberikan senyuman oleh Zura.


Tiga situasi saya bawakan untuk kita berfikir bersama. Sejauh mana Ahmad mampu melakukan kerja tanpa mengharapkan balasan? walaupun mungkin sekadar sedikit penghargaan terima kasih daripada kawan serumahnya. Tidak tercuitkah di hati Ahmad sedikit pun? Sejauh mana Zeta sanggup bertahan kerja di Syarikat A, sedangkan pengurusan syarikat tidak sedikit pun menghargai kerja dan jasa yang dilakukan olehnya. Tidak pernahkah Zeta terfikir untuk mencari kerja di tempat lain yang lebih memberikan bayaran pernghargaan setimpal kepadanya? Sejauh manakah Aminah sanggup melakukan semua kerja itu seorang diri?

Sebagai manusia biasa sememangnya kita mengharapkan balasan dari apa yg kita lakukan. Kita lebih mengharapkan agar apa yang kita lakukan dihargai oleh insan sekeliling kita. Mungkin ucapan terima kasih dan maaf serta sentuhan yang nampak remeh itu lebih bermakna bagi 3 situasi yang saya bawakan tadi.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa prihatin dengan insan sekeliling kita..keluarga, kawan-kawan, suami, isteri, orang bawahan kita..insan tersayang kita...atau sesiapa saja. Murahkan senyuman...walaupun nampak mudah tapi perlaksanaan nya amatlah sukar.
Ucapkanlah terima kasih...maaf...berikan sentuhan (kepada yg dibenarkan je hehehe)..ianya penting kerana kita hanya manusia biasa yang sentiasa mengharapkan sesuatu kepada orang lain.



Note : kekadang orang tak senyum kat kita balik..rasa geram gak hehehehe



0 comments: