Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati..
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah
beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah
mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga
bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang
nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut
memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak
kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta
untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain
rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu
melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya
yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak
lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak
ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak
kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan
bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng
mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya
pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng
mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak
sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan
apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang
ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum
makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah
nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa
begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak
makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .
Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut
kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa
ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak
rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam
kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun
masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal
mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku
saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah
kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN
Note : Seorang emak memang akan berkorban segalanya untuk anak-anaknya...besarnya pengorbanan mak kita. Cuba renungkan semula...sesama renungkan untuk kembali muhasabah diri. Rindu kat mak.... :)
Friday, December 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment