Tiadalah hawa nafsu kecuali selalu memperturutkan apa yang dibiasakan oleh yang bersangkutan. Jika diperturutkan kemahuannya, ia akan ketagihan dan jika tidak, ia tidak menuntut.
Apakah engkau telah melihat dirimu sendiri dan bertanya seberapa besar engkau mencintai Rasulullah s.a.w? Apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w dan meninggalkan apa yang telah dilarangnya?Perhatikanlah kembali perasaan anda dan arahkanlah perasaan anda mula-mula ditujukan kepada Allah s.w.t kemudiannya kepada manusia (Nabi Muhammad s.a.w) yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan. Ingatlah selalu bila anda menginginkan kedudukan yang tinggi di syurga suatu hadith daripada Rasulullah s.a.w:
"Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya" (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Di antara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala yang diperintahkan olehnya. Jadi, bagaimana sesorang menganggap dirinya telah mencintai Rasulullah s.a.w, sementara dia sendiri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Baginda, tidak mengikuti sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya.
(dipetik dari buku Janganlah Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
4 days ago
1 comments:
"Cinta yang benar itu benar
Cinta yang salah itu salah...."
Jika yang dicintai/disukai itu satu yang benar maka mencintainya adalah benar dan dibolehkan begitulah sebaliknya jika kita suka kepada sesuatu yang salah seperti cinta dalam menuruti hawa nafsu dan kemaksiatan maka perasaan cinta itu sendiri merupakan cinta yang salah apatah lagi melakukan perkara yang salah/mungkar tersebut.
Post a Comment