Tuesday, August 28, 2007
Gerhana Penuh Bulan - 28 Ogos 2007
Artikel Asal (terbitan 1 Ogos 2007) :
Gerhana Bulan Penuh akan sekali lagi berlaku pada petang 28 Ogos 2007 ini. Berlawanan dengan gerhana yang berlaku pada Mac lalu, di mana Bulan betul-betul di dalam fasa gelap ketika ia terbenam di ufuk barat, kali ini ia berada dalam fasa gelap (totality) ketika ia terbit di ufuk timur pula.
Maklumat yang didapati dari laman web Unit Falak UDM, fasa penuh akan dapat dihayati dengan lebih lama oleh pencerap di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung, Bulan mula keluar dari fasa gelapnya pada 7.20 PM, iaitu ketika ia masih begitu hampir dengan ufuk.
Lawati laman web Unit Falak UDM untuk maklumat lebih lanjut , serta gambarajah yang cukup informatif untuk dijadikan panduan semua.
Kiraan dari perisian Skymap Pro mendapati maklumat berikut:
Circumstances of the Eclipse
Moon enters penumbra: 2007 Aug 28 15:52:00
Moon enters umbra: 2007 Aug 28 16:50:46
Start of totality: 2007 Aug 28 17:51:50
Maximum eclipse: 2007 Aug 28 18:37:12
End of totality: 2007 Aug 28 19:22:34
Moon leaves umbra: 2007 Aug 28 20:23:39
Moon leaves penumbra: 2007 Aug 28 21:22:18
Oleh itu, jelas menunjukkan di Malaysia, walaupun gerhana kelihatan, tetapi kita hanya berpeluang menyaksikan separuh masa kedua gerhana tersebut.
Laman web F.Espenak turut telah mengemaskini maklumat gerhana 28 Ogos ini. Lihat di sini.
Sekali lagi, saya sarankan agar sesiapa yang mempunyai kamera digital atau videocam, ambillah gambar foto atau video gerhana ini sebagai satu usaha untuk mengabadikan suatu fenomena dan bukti jelas kekuasaan Allah SWT.
Jom Teropong!
sumber : Falak Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment