Wednesday, August 15, 2007

Jatuh Cinta???




“Sederhanakanlah engkau akan dunia, pasti Allah mencintai engkau dan sederhanakanlah engkau akan apa yang ada pada manusia, pasti manusia mencintai engkau.” (HR. Ibnu Majah)


Alhamdulillah segala puji bg Allah di atas segalanya. Saya berasa mengantuk sekarang ni. Sudah berhari2 tidak balik ke rumah sewa. Sudahlah rumah sewa hanya ada 3 orang, hilang seorang tinggal berdua. Saya selalu menjadi mangsa di rumah sewa. Mangsa ditinggalkan. Kerana, saya selalu keluar pergi kerja paling lambat, dan balik dari kerja paling awal. Berikutan kerana jarak pejabat dan rumah hanya 5 minit perjalanan. Hampir 5 km. Alhamdulillah jarak yang dekat memang banyak kelebihannya. Ok tutup bab ini. Kita buka bab lain.


Jatuh cinta?? Cinta?? Secara jujurnya saya tidak suka membicarakan hal peribadi seperti ini secara umum. Apatah lagi di dalam blog ini. Tetapi, saya tetap mengaku bahawa saya memang sedang bercinta dan sudah berpunya!!! Sudah lama...sejak dulu.... Cinta sesama manusia, cinta dengan alam, cinta dengan binatang dan sebagainya.

Saya teringat kisah seorang sahabat(maaf saya lupa namanya), apabila beliau ditanya kenapa tidak berkahwin. Beliau hanya menjawab 'ruang di hatinya tiada untuk mencintai manusia, kerana sudah dipenuhi dengan cintanya pada Allah'. Subhanallah..tingginya cinta beliau kepada Allah.

Ada orang yang bercinta umpama menukar baju. Dan tak kurang juga yang cinta terlalu mahal bagi dirinya. Malah ada juga yang tidak mengaku dirinya bercinta. Cinta dan perasaan itu lumrah bagi setiap insan.

Teringat lagu Nadamurni...
Rindu itu adalah..
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu...


Bila difikir-fikir betapa jauhnya diri kita dengan Dia...rasa sedih dan takut. Layakkah kita untuk mendapat cintaNya. Kerana dalam masa yang sama kita terlalu mengejar cinta lain selain cinta kepadaNya. Berapa peratuskah perasaan cintakan Allah di dalam hati kita?? Sekadar mengaku dan mengungkapkan mungkin tiada masalah. Tetapi, bagaimana pula dengan sebenar-benarnya?? Kita mengaku cinta pada Allah, tetapi perbuatan dan tingkah laku kita tidak menunjukkan kita cinta kepadaNya. Tepuk dada tanyalah iman kita sendiri!!!

Pesanan buat diriku yang lupa..
*Cinta Allah adalah cinta hakiki!!!
*Cinta Allah tiada galang gantinya!!!

Tidak salah untuk bercinta sesama manusia, jadikan cinta sesama manusia itu sebagai jambatan untuk menggapai cinta dan redhaNya.

Nota : tepuk dada tanya iman...kekadang kita terlalu melebihkan hal2 lain berbanding yang sepatutnya...

0 comments: