Thursday, August 09, 2007

Kenapa aku diuji??? Ujian???

Salam ya salam...
Tetiba hari ni, saya rasa kurang sihat...bersin dah acapkali. Dan sekarang dah terasa nak selesema. Mungkin kerana perubahan cuaca? Mungkinkah kerana faktor pemakanan sy yg tidak teratur dan tidak terjaga?? Atau pun mungkinkah kerana...mmmm macam-macam lagi la, tapi yg pasti segalanya mungkin. Alhamdulillah mak ayah saya nak datang esok. Jadi, dapatlah ubat dan kekuatan diri.

Saya terpanggil sebenarnya untuk post kan artikel kali ini kerana feedback yg banyak (lebih dari satu hehehehe) untuk artikel saya yg bertajuk HIDUP DAN RISIKO. Tak sangka hasil tulisan saya itu mendapat respond dr ramai sahabat-sahabat saya. Terima kasih kepada semua yang memberikan pendapat. Terima kasih juga kepada mereka yg membaca dan menziarah blog ini. Saya cuba membawa sahabat semua kepada hasil pemikiran saya. Apapun, terima kasih kepada Allah kerana memberi saya idea untuk terus menulis dan menulis. Alhamdulillah!!!

  1. Kenapa aku diuji??
  2. Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan??
  3. Kenapa ujian seberat ini??
  4. Bagaimana harus aku menghadapinya??
  5. Kepada siapa untuk aku berharap???
-------------------------------------------------------------------------------------------

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Kita kena yakin....dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. InsyaAllah kejayaan dan kemanisan akhirnya!!!

Note : Allah sayangkan kita!!!

0 comments: