Wednesday, August 08, 2007

Berbuat baiklah kepada orang lain!!!


Banyak sekali hadith Rasulullah s.a.w tentang kemurahan hati wanita; ada yang mengajak bersikap pemurah dan berderma; ada yang memuji; dan sebagainya. Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa para sahabat menyembelih seekor kambing, kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, "Apa yang tersisa darinya?" Aisyah menjawab, "Tidak ada yang tersisa melainkan baunya." Rasulullah s.a.w seperti membenarkan: "Bukankah yang tersisa adalah seluruh dagingnya selain baunya?"Dengan ucapannya itu, Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada keluarganya bahawa apa yang mereka dermakan, pahalanya akan kekal sampai hari qiamat, semetara yang tersisa di dunia, kemudian mereka memakannya, maka pahala mereka tidak akan bermanafaat di akhirat. Ini adalah isyarat yang sangat mulia agar sering bersedekah untuk meraih keredhaan Allah.

Rasulullah s.a.w pernah menasihati Asma', saudara perempuannya Aisyah untuk bersedekah agar menambahkan kemurahanNya padanya. Kata Asma', Rasulullah pernah berkata kepadaku:

Janganlah kamu perhitungkan, kerana kamu akan dibalasi oleh sikapmu itu sendiri. (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Dalam satu riwayat disebutkan:
Bersedekahlah, berdermalah, atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama. Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikan kalian, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama pula. (Hadith riwayat Muslim)

(dipetik dari buku Janganlah Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)

0 comments: