Friday, August 03, 2007

Hidup dan risiko...!!!!

Alhamdulillah..hari Jumaat..hari penghulu segala hari..
Untuk kesekian kalinya selepas beberapa hari di rumah, itulah kali pertama dlm minggu ni saya sempat menghabiskan masa sambil bertukar-tukar fikiran dan pendapat dgn Cik I. Kebetulan saya jarang berada di rumah sewa, dan pelbagai lagi aral yang menyebabkan ahli rumah itu jarang sekali berkumpul.

Isunya....hidup dan risiko!!

Setiap hari kita mempunyai dua pilihan, pilihan A atau B. Dan sudah pasti setiap pilihan kita itu ada risiko dan ada kita tak tahu sama ada adakah itu yang terbaik untuk kita. Tetapi, kita terpaksa juga memilih salah satu dari pilihan kita itu untuk meneruskan kehidupan. Betul??

Isu semalam ialah, soal teman hidup...Cik I bertanya kepada saya

Soalan : Macam mana kita nak tahu dia adalah jodoh kita?




Alamak bestnya soalan....macam mana saya nak jawab sedangkan saya juga tak tau akan jawapannya. Macam mana kita nak tahu. Kita tak tahu masa depan kita...dan yg lebih pasti saya pun tak kahwin lagi.

Jawapan : Saya tanya cik I balik. Macam mana kita nak tahu kalau kita tak cuba. Betul tak? Macam mana kita nak tahu itu yang terbaik untuk kita kalau kita tak sanggup tanggung risikonya. Sekadar berharap dan berserah??? Berharap dan berserah tanpa sebarang usaha juga tidak ke mana. Begitu juga dengan apa jua sebarang situasi. Kita takkan tahu pengakhiran sesuatu itu selagi kita tak cuba. Sebab itu saya katakan hidup ini penuh dengan risiko. Dan kita kena berani untuk menanggung risiko. Semuanya kerana kita tak tahu bagaimanakah akhirnya segalanya. Kita perlu berdoa pada Allah banyak-banyak semoga dia yang kita maksudkan itu adalah sebenar-benarnya jodoh kita.

Segalanya adalah rahsia..hanya Allah sahaja yang tahu. Apapun kita kena yakin...semua yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita walau mungkin ianya bukan perkara yang baik.


Nota: semoga kita sentiasa bersangka baik dengan Allah....

6 comments:

Anonymous said...

Try and error...ekekeke...kje gile!
Camne nak tau? kalo kita nak kat dia, mak ayah 2-2 belah pihak dah setuju, awk ngn dia pun elok je... maknanya itulah jodoh kite... (begitulah kataku dgn jujur...hehe)

wardah said...

memang try n error la tu..cuma istilah dia lembut sikit... ada je orang kawin, tp tak berjaya. Dan kita takkan tahu berjaya ke tak selagi kita tak cuba. So mcm tu la...ada faham ke? Siapa sanggup bg jaminan..apa akhirnya sesuatu cerita kehidupan kita?

Juragan said...

Boleh sy mencelah sikit?

Ini cuma pendapat saya
http://houseof26.blogspot.com/2007/08/di-persimpangan-dilema.html

Anonymous said...

Manusia hanya disuruh berusaha, Usaha yang maksima, Allah beri yang terbaik untuk kita.

Unknown said...

try and error ek...mcm sistem lak..klu error xleh jln baikki error test lg..klu error melambak wat je sistem baru..mcm tu ek??

Anonymous said...

Risiko adalah suatu yang boleh di congak/kira, jika terlalu besar sehingga menidakkan redha Allah maka sebaiknya tinggalkan risiko tersebut dan beralih ke risiko yang lain. Kata Saidina Umar kepada seorang sahabatnya " beralihlah dari qada' ini kepada qada' yang satu lagi...". KITA BOLEH BUAT PILIHAN, PILIH YANG TERBAIK. Wallahu'alam