Thursday, August 30, 2007

Menghitung hari...Merdeka??



Menghitung hari...detik demi detik...saat ku nanti... apa ntah lirik lagu tu. Hehehe Memang tak pernah pass bab lirik lagu.

Patut ubah title tu dari menghitung hari ke menghitung masa atau jam. Apakah yang dinantikan sangat oleh saya? Kalau orang lain mungkin sibuk menanti detik kemerdekaan yang ke-50. Tapi bagi saya yang lebih penting ialah 'Esok nak balik kampung'!!!
Rasa dah lama betul tak balik ke KD. Jumpa parents pun masa 30 june (antar cik nur ke LCCT) dan pada 13 Ogos lepas (konvo nyahli). Mak ayah pun dah bising suruh balik. 'Macam mana wardah nak balik mak, banyak sangat halnya weekend'. Nak tak nak, kena ambik kesempatan di hari kemerdekaan yang jatuh pada hari Jumaat. So, dapat la cuti sekali.

Semperna kemerdekaan yang bakal menjelang ini saya ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua. Cuma, merdekakah kita dalam erti kata merdeka yang sebenar? Cukupkah sekadar menggantung bendera di kenderaan, gantung di bangunan, ucapan kemerdekaan dan sebagainya. Tepuk dada, tanya hati!!!


Nota : sambut merdeka kat mana?? duk santai dgn keluarga je la hehehehe


0 comments: