Secara jujurnya, saya tidak mahu berkongsi kesedihan saya dengan orang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sekiranya ia berita gembira, sebagai contoh berita kelahiran, kejayaan, kesyukuran ...alangkah indah sekali jika dikongsi bersama semua orang lain. Tetapi, ini berita sedih...anak saya sekarang berada di icu. Berada di dalam keadaan kritikal.
Kedatangan ibu, ayah, kakak-kakak, adik, ipar duai, kawan-kawan ayah mak, sepupu sepapat, saudara mara secara tidak langsung memberi semangat dan kekuatan kepada saya. Disamping ada Dia sebagai tempat mengadu yang utama. Alhamdulillah ujian ini saya dan dear terima dengan sabar...dan tabah...walaupun memang berat dan tak tertanggung perasaan.
Hari ke-3 di icu, saya mendapat kekuatan daripada emak untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai kisah asyraf. Minta mereka doakannya bersama.InsyaAllah apabila lebih ramai berdoa, lebih cerah harapan itu. Saya pun mula menghantar sms (tidak termasuk kawan sepejabat...sebab depa mmg dah tau), ramai yang respond...terima kasih. Salah seorang sahabat saya Syifak nama panggilannya, menelefon dan bertanya cerita sebenar.
Dia menawar bantuan, ye..salah satu usaha. Dia mengesyorkan Asyraf diberi makan lingzhi...dan yang paling mengharukan dia sanggup datang dari Subang bersama anaknya pukul 2330 malam tu semata-mata untuk menghantar ubat. Allah huakbar!!!! Hampir 4-5 tahun juga tak jumpa Syifak walaupun kami dah banyak kali bercadang untuk berjumpa. Dan akhirnya kerana Asyraf kami berjumpa.
Berbekalkan niat untuk menolong Asyraf, dia sanggup datang di luar waktu melawat. Membuat rayuan kepada security untuk berjumpa saya di ruang menunggu ICU. Mungkin orang lain pernah dengar lingzhi, tapi bagi saya itu pertama kali. Syifak menegaskan ubat itu wajib diberi kepada Asyraf walau macam mana pun secepat mungkin. Time is running. Sebab tu dia sanggup datang dari Subang untuk menghantar ubat itu, walaupun sewaktu dia menelefon maghrib tu hanya bertanya khabar.
Saya memang dah berbincang dengan dear untuk berusaha apa cara sekalipun demi Asyraf. Tidak boleh semata-mata mengharapkan ubat-ubat hospital. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Bantuan tiba dnegan segera.
Selepas Syifak pulang, saya membuka kapsul ubat itu dan membancuh dengan susu, kemudian meminta kepada nurse yang bertugas malam itu memberikan susu berkenaan kepada Asyraf. Oksigen yang bersih dan pengaliran darah yang mencukupinya perlu segera sampai ke otak Asyraf. Pahitnya ubat itu hanya Allah yang tahu. Tetapi waktu itu Asyraf feeding melalui tube. Jadi tidak memberi masalah terhadap rasa.
Alhamdulillah keesokan harinya Asyraf sudah berak, berak yang hitam..tanda-tanda lingzhi sudah mula bekerja di dalam badannya. Dan sisa toksid itu suda mula dibuang dari badan. Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment