Monday, April 09, 2007

Cerita hujung minggu!

Hari ni badan rasa sakit2 je...sebab beriadah dengan exstreme kemain semalam. Berkejar-kejaran, main nyorok2, turun naik lift, berjalan ke tempat penginapan semuanya gara-gara menjaga dua orang anak kecil. hehehehehe

Sabtu malam, atas jasa baik Cik Aina...selepas hantar Cik M ke puduraya dan solat di Masjid Negara. Cik Aina menghantar ke jalan TAR, ke hotel penginapan yong and family. Swiss Hotel. Sampai2 sana, lepas letak barang..g makan malam dan jalan2 kat petaling street. Tugas dah bermula, mendukung Zafran dan memimpin Zikril..budak2 tu dah tak nak kat mak bapak diorang kalau ada mak sedara kesayangan diorang ni.hehehe

Malam tu tido dengan nyenyak sekali. Awal pagi dah breakfast di restoran President, makan roti canai..sambil menyuapkan dua beradik tu. Pastu, balik semula ke hotel...pkl 10 lebih baru keluar menuju ke Semua House.

Tugas menjaga dua beradik tu memang mencabar...tambahan si zafran yang masih kecil dan tak makan saman. Di U5 tu, tugas memang mencabar...menjaga dan memerhati zafran dan zikril..bila diorang dah penat dan bosan, bawa diorang makan ais krim dan hotdog kat food court bawah tu. Masa tu terasa macam IT (ibu tunggal) lak hehehehe jatuh saham masa tu, yela..sambil suap zafran, perhatikan zikril....bertiga je kat meja makan tu. hehehehe

Yong hantar ke rumah sewa dalam 7 lebih, diorang tumpang solat sekali...pas isyak, terus tido. Badan still sakit2 lagi ni...semua penangan jaga budak dua org tu hehehe


Note : rasa sakit2 bdn mcm main badminton kat taman u dulu hehehehe

1 comments:

norulaina said...

asik2 duk ingat main badminton yg ntah zaman bile entah hehehehhe ;-)