Monday, April 23, 2007

Cerita hujung minggu!

Alhamdulillah cerita hujung minggu kali ini berlalu dengan jayanya. Berkat kesabaran dan ketekunan menghasilkan kejayaan. J

Hari sabtu, selepas menghantar Cik M ke Pertama Kompleks (sepatutnya Cik M diturunkan kat Pudu, tapi kerana atas pertukaran tempat di saat-saat akhir Cik M diturunkan di traffic light berhampiran Pertama. Tugas seterusnya ialah saya dan Cik Aina mencari tempat untuk kami habiskan sepetang Sabtu. Cadangan demi cadangan dibuat dan akhirnya MyDin Subang Jaya menjadi destinasi kami. Saya berpura-pura mengetahui jalan ke sana walau hakikatnya tidak 100% yakin. Hasil pencarian dan hampir-hampir sesat jalan ops…bukan sesat Cuma mengambil jalan jauh ke sana akhirnya kami sampai juga ke MyDin Subang Jaya. Dan alhamdulillah berjaya mengkagumkan Cik Aina yang tidak pernah pergi ke sana. Itu kali kedua saya ke sana setelah kali pertama hanya mengikut yong dan lope. Ronda-ronda sehingga hampir pukul 4 di sana. Bijak juga saya menggunakan duit yang sedia ada dengan membeli barang-barang keperluan.

Pukul 5 petang saya sampai di rumah, manakala Cik Aina meneruskan perjalanan ke rumahnya di Kajang. Selepas solat Asar, saya memulakan operasi mengemas bilik yang memang merupakan rutin jika saya ada di rumah pada hujung minggu. Semua gara-gara untuk elak tidur selepas Asar. Selepas Isyak pula, saya menghabiskan masa menonton vcd pilihan. Dalam erti kata lain, hari sabtu saya berjaya ditempuh dengan jaya.

Ahad pula menjelma, perancangan untuk keluar bersama Cik Zira dibatalkan atas persetujuan bersama. Pagi ahad seperti biasa saya lebih gemar menonton tv cerita kartun.

9am : Oggy and Cockcroaches

9.30am : Spongebob Squarepants

10 am : Totally spies

10.30am : Mr Bean

11am : Barbie Fairytopia: Magic of The Rainbow


Hmm...apapun, masa terisi cuma terasa kekurangan sesuatu...apa ye?


Note : something to share with?

0 comments: