Wednesday, April 25, 2007

bola....



Tido bola...makan bola...semua bola hehehe

Hari ni terasa nak posting citer pasal bola...hehehe
Sebenarnya takde apa pun, cuma kat ofis ni selalu menyakat sorang kakak yang memang fanatik bola. Sanggup bangun awal pagi untuk tengok bola. EPL!!

Tabik spring la kat kak A tu!!!
Yang jadi isu sebab saya penyokong setia (setia ke?) MU atau Manchester United...dan kak A tu penyokong setia Chelsea...hehehe

Saya dan bola...
  1. Saya hanya tengok bola kalau tiada pilihan lain atau meneman ayah menyaksikan perlawanan.
  2. Hanya tengok di waktu-waktu biasa saja.(tidak termasuk waktu luar biasa, waktu awal pagi tu takla).
  3. Tak suka tengok team malaysia main.
  4. Masa world cup bebarula ni, ada gak tgk waktu luar biasa hehehehe
  5. Takla minat sangat sebenarnya..
Takde masalah pun rasanya tengok bola dan minat bola...tambahan sekarang ni semakin ramai pompuan minat bola. Cuma, ditekankan saya hanya suka-suka je. Bukan fanatik. Kalau ada pilihan lain memang saya lebih suka tengok rancangan lain berbanding bola, tapi kalau balik kampung ayah kat depan ajak teman tengok bola mak kat dalam bilik ajak teman tengok drama hehehehe.



Note : lagi kenal pemain luar dr pemain dalam...hehehe :D

0 comments: