Anak kecil main  api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur  keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai  seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus  zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir  ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa  Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan  Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Masa depan sungguh kelam,
Kan  lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi  dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan  bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga  diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah  perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
    Melayu kan gagah di  nusantara
Hmm...dah lama saya mencari lirik lagu ni. Teringat masa kat asrama dulu setiap hari sabtu ada riadah...masa perhimpunan tu kena nyanyikan lagu warisan. Ramai-ramai nyanyi. Semua warga asrama nyanyikan lagu yang sama. Selepas menyanyi baru boleh mulakan riadah. Memacam permainan..ada yang kena dengar tazkirah dan sebagainya. Rindunya kenangan tu!!!
'Ya Allah engkau tetapkanlah hati kami...dengan iman dan taqwa dariMu' ameen ya rabb!!
Note : Penang with love...
0 comments:
Post a Comment