Wednesday, April 18, 2007

Kisah Yin!


Pada 31 March lepas kita dikejutkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak di SOGO. Saya mula perasan kisah itu selepas beberapa hari ia berlaku. Dan alhamdulillah dengan izin Allah Yin telah ditemukan semula dengan keluarga kesayangannya. Terima kasih kepada pasangan Myanmar tersebut walau tiada siapa tahu apa sebenar maksud dan niat pasangan berkenaan.

Di awal kehilangan Yin saya hampir mengatakan agak mustahil untuk Yin ditemukan kembali. Tetapi, tiada yang mustahil sekiranya Allah telah mentakdirkan Yin dijumpai kembali. Perasaan gembira dan bersyukur sudah pasti bagi ibu dan bapa Yin. Malah rakyat Malaysia juga mendoakan untuk mereka.

Pada Sabtu lepas saya di bumi Melaka kerana ingin menziarah nenek saya di sana...berita mengenai Yin dipulangkan kembali kepada ibu dan bapanya saya lihat di Buletin Utama malam berkenaan. Entah kenapa waktu itu saya telah mengemukakan teori bahawa pasangan Myanmar itu mempunyai niat jahat. Dan teori saya dibuktikan benar ketika saya melihat Buletin Utama pada hari Isnin. Mungkin teori saya silap...tapi, teori saya juga berdasarkan logik dan pengamatan seorang insan daif.

Posting kali ini bukanlah untuk menyatakan siapa salah dan siapa benar...dan bukan untuk menghukum sesiapa. Cuma, pesanan kepada semua...bagi mereka yang bergelar ibu dan bapa, jaga anak-anak anda baik2. Kita tidak tahu niat jahat orang lain. Dan tidak mustahil perkara buruk terjadi kepada kita. Apapun syukur kita kepada Allah kerana memakbulkan doa-doa kita. Cuma, bagi yang bersalah diharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera agar tiada lagi berlaku di masa hadapan.


Note : anak adalah harta ibu dan bapa...

0 comments: