Friday, April 20, 2007

Kemas kini tarikh!


May
26 - Walimah Razimah.
27 - Walimah Doc Nur.

June
2 - Cik A bertunang.
Norita Yusoh bertunang.
Walimah Syida(officemate).
Walimah Nurul Zafifah.
Walimah Syahidah Azman.
Walimah seorang cousin sebelah n9.
9 - Walimah Yusri (officemate).

Padatnya jadual tarikh saya semenjak kebelakangan ini. Paling menakutkan, pada tarikh 2/6 nanti. Agaknya bagaimana untuk saya bahagikan masa menghadiri walimah2 berkenaan. Cik A bertunang di Kajang, Norita bertunang di Jengka 14, Pahang , Syida kenduri di Ampang, Pipah kenduri kat temerloh, syidah Azman walimah di Ipoh dan kalau sepupu saya kawin pada tarikh yang sama...sudah pasti kenduri itu di N9. Sebenarnya saya masih tidak pasti tarikhnya, dan yang pasti mak ayah saya di perak akan turun ke n9 jika tiada halangan. Dan yang lebih pasti, ke mana mak ayah saya pergi sudah pasti kami adik beradik akan turut serta sekali memeriahkan lagi.

Hari ini hari terakhir cik nur exam, dan mungkin lepas jumaat ayah dan tazwat akan mengambil nur dan barang2nya di KMPK. Mak masih di melaka menjaga wan.


Note : rindu pada semua...

0 comments: