Tuesday, December 22, 2009

Anniversary

salam ya salam

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...Sedar tak sedar dah dua tahun kami berkahwin.


Banyak kenangan pahit dan manis telah dilalui bersama-sama. Terima kasih kerana ada disisi ketika diperlukan!!! Hari ini ulangtahun kami, beberapa hari lepas Asyraf pula setahun...alhamdulillah syukur kepada Allah..memberi kami peluang untuk menambahkan lagi seri hari-hari kami dengan adanya permata hati itu.


Tiada apa yang lebih penting melainkan doa agar rumahtangga ini berkekalan ke akhir hayat..dan bahagia selamanya...ameen ya rabb!!!

Wednesday, December 09, 2009

Jusco Equine...

Salam..

Lepas g kenduri ila hari tu, bawa Asyraf ke jusco. Sementara menunggu dear ambik barang tertinggal dalam kereta..saje la letakkan Asyraf dalam kereta mainan kat tepi pintu jusco tu. Suka benar dia main.Sebenarnya sepanjang kat kenduri ila tu dia tidur...tapi elok smpi jusco dia bangun. Tak sempat pun nak tangkap gambar dan salam dengan ila masa balik...sebabnya...tak larat memangku Asyraf yang tengah tido.  Hanya sempat habiskan makanan je hehehehe

eh eh....


Hmm


senyum...suka hati dapat main....

satu...dua....tiga...

Salam ya salam...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...Semalam rasa perit-perit tekak ni...natijahnya hari ni asyik batuk je banyak kali. Nampaknya Allah nak ambik nikmat sihat daripada saya...insyaAllah sebagai kifarah dosa tu. Ameen ya rabb!!

Sebenarnya cerita asyraf tak habis lagi...cerita sedih. Ada dalam draft tu...tinggal nak click button post je. Tapi, biasala...bila dah tertangguh lama...berat pulak nak tekan button tu. Sabar ye sahabat sekalian. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca cerita Asyraf. Tak kurang juga yang turut risau, memberi kata-kata semangat...malah mendoakan. Asyraf alhamdulillah dah sihat. InsyaAllah dah sepenuhnya.

Tetapi, temujanji di Hospital serdang memang tak habis-habis lagi. Biasala..doc nak pantau. Tak nak tutup kes macam tu je. Dan tak sangka, hari tu kata seorang therapist kes Asyraf jadi study case diorang dalam meeting. Glemer juga saya dan Asyraf...

Ok...ni nak cerita sikit...saya baru je mengajar anak bujang saya ni lagu

satu...satu...Asyraf sayang Allah..
dua...dua...sayang rasulullah...
tiga-tiga.....sayang ibu ayah...
satu dua tiga....sayang semuanya...




Hmm tengok la.....lupa nak pesan...sila abaikan persekitaran dalam gambar tu ye. Di mana ada Asyraf, di situlah ada selerak hehehehe


Aduhai...memang terhibur tengok keletah dia...mulut terkumat-kamit...ikut kita nyanyi...memacam lagu saya dengan dear nyanyikan. Memacam jugakla lagu yang kami reka cipta...hehehe ada rezeki nanti boleh la saya kongsi sesama lagu2 untuk asyraf. :)



Note : tak sabar nak tunggu dia berjalan...berdiri dgn memanjat...memang dah pakar tu...

Wednesday, November 18, 2009

Kisah Asyraf : Wad

sambungan lagi...

Salam ya salam...
Alhamdulillah segala syukur kepada Allah di atas segalanya..

Alhamdulillah berat doa semua, dan dengan izinNya Asyraf di pindahkan ke wad biasa..5B katil 11 pada maghrib 11 Ogos 2009. Bila dah masuk wad automatiknya salah seorang je dibenarkan menjaga anak. Ibu atau ayah. Dan pastinya, saya kena jaga Asyraf...sebab...Asyraf bf. Bayangkan tidur didalam baby cot dengan Asyaf. Muat lak tu hehehe

Masuk wad magrib tu, jadi tumpuan gak sebab special case. Masa tu kat badan Asyraf dah tak banyak wayar-wayar dah. Air tak perlu masuk dah sebab dia dah bf. So dah senang la nak angkat kalau dia meragam dan nak bf dia. Malam tu dia memerap dengan saya sepanjang malam...punyalah rindu agaknya..almaklumlah dah banyak hari dia berpuasa. Tak henti-henti dia menyusu..sehinggakan diapers dia  penuh dan bocor kena cadar hospital hehehehe Alhamdulillah malam tu dia tidur lena.

Esoknya,doc datang dan beritahu saya perlu berbuat sesuatu untuk anak. Meminta cuti untuk satu tempoh masa yang lama kepada majikan. Siapa yang sanggup menjaga bayi yang tidak sihat? Di sini ibu dan bapa memainkan peranan paling penting....berkorban. Korbankan kerjaya untuk menjaga anak tersayang.

Sepanjang di wad Asyraf sihat dan tidak demam. Selera makannya juga amat memberangsangkan. Mampu menelan bubur dengan baik. Kencing dan berak juga tiada masalah. Cuma, Asyraf selalu merengek-rengek di waktu malam. Sewaktu di wad, baru saya perasan ada dua kesan/parut di belakang kepala Asyraf. (gambarnya nanti akan di upload kemudian) Jadi memang pasti Asyraf terjatuh dan terhantuk sesuatu. Kesan hentakannya juga pasti kuat...jika tidak, tidak mungkin akan terdapat kesan yang seperti itu. Memang saya tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jatuh. Jatuh setinggi mana. Sekuat mana. Dan bagaimana. Bila mengenangkannya hati saya jadi sedih dan ngeri...tak dapat saya bayangkan!!

Terpandangkan Asyraf saya amat sedih...memikirkan bagaimana nasib dan keadaannya pada hari esok. Alhamdulillah ada suami, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai yang tak putus-putus memberikan semangat. Ujian ini juga menjadikan saya semakin dekat denganNya. Ya, padaNya sahaja tempat saya berkongsi segala rahsia hati saya.

Pagi Jumaat...hari ketiga Asyraf di wad. Doc dah beritahu di awal pagi..jika tiada apa-apa insyaAllah Asyraf sudah dibernarkan keluar pada hari ini. Keadaannya yang baik juga menjadi faktor utama untuk dibernarkan keluar disamping keadaan di hospital yang terdedah dengan penyakit dan virus lebih membimbangkan jika Asyraf ditahan lebih lama.

Sedang menunggu pihak hospital sediakan dokumen yang sepatutnya, saya menyanyikan lagu 'cak cekur dang gamit...mintak cekur bagi kunyit' kepada Asyraf. Tiba-tiba....Asyraf tersenyum. Ya Allah gembiranya hati....seakan Allah memberikan satu tanda...ada sinar harapan kepada saya. Dia tersenyum....itulah senyuman pertama yang saya rindukan setelah hampir 2  minggu dia di hospital. Semasa di ICU, saya merindukan suara tangisan Asyraf...lantaran doc yang memberikan Asyraf ubat tidur untuk berehat selama 48 jam. Kini,senyuman pula hadir di bibirnya. Alhamdulillah....terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah petang itu, Asyraf sudah dibenarkan keluar.

Asyraf 11 bulan...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...apa khabar semua?  Alhamdulillah  kami sekeluarga sihat sejahtera...terima kasih kepada sahabat-sahabat yang prihatin, memberi komen, bertanya khabar dan sebagainya.

Alhamdulillah..semalam Asyraf genap 11 bulan. Alhamdulillah...syukur Asyraf dah sihat seperti biasa. Development pun alhamdulillah tak delay...dan yang pasti..dia semakin nakal!!!


InsyaAllah ada kesempatan saya akan bercerita lagi sambungan cerita...yang sememangnya panjang. Yela, nak menaip kena ada feel gak hehehe 






Note : terima kasih Allah di atas segalanya...

Saturday, November 07, 2009

Kisah Asyraf : ICU III

sambungan lagi..

Salam ya salam...

Apa khabar semua? Rasa seronok pula nak bercerita....lagipun, sementara Asyraf tidur lagi tu. Boleh la saya mencuri masa sedikit. Malam semalam bukan main liat dia nak tidur, sibuk bermain ke sana sini..ke hulu ke hilir semua tempat dia nak pergi. Akhirnya saya tunggu dia penat betul. 12.30 malam baru dia tidur :D

Sepanjang Asyraf di ICU, setiap saat itu amat mendebarkan. Kecemasan di mana-mana. Semua pesakit keadaannya kritikal. Saat yang paling mendebarkan sewaktu jiran katil Asyraf, katil 12...seorang kanak-kanak berumur 2 tahun meninggal dunia, kerana demam panas. Adik Zikri itu dimasukkan ke ICU pada hari sabtu 8/8/09 (sehari selepas Asyraf masuk ICU), dan berada di dalam keadaan tidak sedar/ koma sejak itu. Sehingga pada petang Isnin....adik Zikri dijemput mengadap Kekasih yang sejati. Allah lebih menyayangi dirinya. Suasana memang cemas...macam-macam boleh terjadi di ICU.

Ahad 9/8/09..selepas 48 jam ubat sedatif mula dicabut dari Asyraf. Asyraf mula menggerakkan tangan, menguap...bergerak-gerak apabila diganggu. Alhamdulillah...walaupun masih ada kesan ubat tidur itu padanya tetapi melihat dia  bergerak membuat saya berlapang dada. Dan doc mula membenarkan saya membekalkan susu kepada Asyraf, kerana dia sudah mula boleh minum.

Hari Isnin, saya dibenarkan tidur di dalam wad ICU..walau hakikatnya tak tidur sangat pun...sebabnya asyraf sudah pandai menangis...dan meragam. Kesan ubat sudah semakin hilang, dan alhamdulillah asyraf sudah bernafas sendiri, tanpa bantuan mesin. Saya menemankan dia di katil, cuba menenangkan asyraf jika dia menangis...mungkin kerana sakit dan kelaparan. Apa tidaknya doc hanya membenarkan 10ml diberikan kepada dia setiap 3 jam. Fuhhh...manalah cukup.

Selasa, doc beritahu...asyraf sudah melepasi tahap kritikal. Dan mungkin akan dibenarkan ke wad. Saya memohon kepada doc untuk direct feeding kepada Asyraf. Tak tahan melihat dia selalu menangis. Lapar. Setelah puas juga berbalah, saya dibenarkan direct feeding tapi kena demo dulu depan doc. Doc risau, sebab ada kes baby lupa cara nak breastfeed sebab puasa yang lama. Alhamdulillah...doc  berpuas hati. Dan saya dibenarkan direct feeding kat Asyraf. Barulah dia diam...lapar rupanya anak ibu!!

 Menjelang maghrib, Asyraf dipindahkan ke wad  biasa...alhamdulillah.

Kisah Asyraf : Bantuan Allah I

sambungan

Secara jujurnya, saya tidak mahu berkongsi kesedihan saya dengan orang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sekiranya ia berita gembira, sebagai contoh berita kelahiran, kejayaan, kesyukuran ...alangkah indah sekali jika dikongsi bersama semua orang lain. Tetapi, ini berita sedih...anak saya sekarang berada di icu. Berada di dalam keadaan kritikal.


Kedatangan ibu, ayah, kakak-kakak, adik, ipar duai, kawan-kawan ayah mak, sepupu sepapat, saudara mara secara tidak langsung memberi semangat dan kekuatan kepada saya. Disamping ada Dia sebagai tempat mengadu yang utama. Alhamdulillah ujian ini saya dan dear terima dengan sabar...dan tabah...walaupun memang berat dan tak tertanggung perasaan.

Hari ke-3 di icu, saya mendapat kekuatan daripada emak untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai kisah asyraf. Minta mereka doakannya bersama.InsyaAllah apabila lebih ramai berdoa, lebih cerah harapan itu. Saya pun mula menghantar sms (tidak termasuk kawan sepejabat...sebab depa mmg dah tau), ramai yang respond...terima kasih. Salah seorang sahabat saya Syifak nama panggilannya, menelefon dan bertanya cerita sebenar.
Dia menawar bantuan, ye..salah satu usaha. Dia mengesyorkan Asyraf diberi makan lingzhi...dan yang paling mengharukan dia sanggup datang dari Subang bersama anaknya pukul 2330 malam tu semata-mata untuk menghantar ubat. Allah huakbar!!!! Hampir 4-5 tahun juga tak jumpa Syifak walaupun kami dah banyak kali bercadang untuk berjumpa. Dan akhirnya kerana Asyraf kami berjumpa.


Berbekalkan niat untuk menolong Asyraf, dia sanggup datang di luar waktu melawat. Membuat rayuan kepada security untuk berjumpa saya di ruang menunggu ICU.  Mungkin orang lain pernah dengar lingzhi, tapi bagi saya itu pertama kali. Syifak menegaskan ubat itu wajib diberi kepada Asyraf walau macam mana pun secepat mungkin. Time is running. Sebab tu dia sanggup datang dari Subang untuk menghantar ubat itu, walaupun sewaktu dia menelefon maghrib tu hanya bertanya khabar.

Saya memang dah berbincang dengan dear untuk berusaha apa cara sekalipun demi Asyraf. Tidak boleh semata-mata mengharapkan ubat-ubat hospital. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Bantuan tiba dnegan segera.

Selepas Syifak pulang, saya  membuka kapsul ubat itu dan membancuh dengan susu, kemudian meminta kepada nurse yang bertugas malam itu memberikan susu berkenaan kepada Asyraf. Oksigen yang bersih dan pengaliran darah yang mencukupinya perlu segera sampai ke otak Asyraf. Pahitnya ubat itu hanya Allah yang tahu. Tetapi waktu itu Asyraf feeding melalui tube. Jadi tidak memberi masalah terhadap rasa.

Alhamdulillah keesokan harinya Asyraf sudah berak, berak yang hitam..tanda-tanda lingzhi sudah mula bekerja di dalam badannya. Dan sisa toksid itu suda mula dibuang dari badan. Alhamdulillah.

Tuesday, November 03, 2009

Kisah Asyraf : ICU II

sambungan

Salam ya salam

Lama pulak terhenti cerita...mula ingat tak nak sambung..sebab dah penat bercerita pasal ni.. tapi memandangkan dah dibuka. Kena juga la tutup. Ye dak??

Ok...berbalik cerita kat icu, saya dan dear berkampung kat bilik menunggu. Waktu melawat je mesti masuk menjenguk, tak waktu melawat pun saya minta juga jasa baik mak guard tu tlg benarkan masuk. Sedih, sayu, pilu je tengok Asyraf kat katil 11 tu. Wayar berselirat sana sini, baik je dia baring atas katil. Memang la baik...doc tidurkan dia 48 jam. Nak rehatkan otak dia. Dan doc siap pesan, kalau boleh jangan sentuh dia..sebab tak nak ada rangsangan dari luar...huhuhu ibu mana yang sanggup tak usik anak kan? saya usik juga. Cium. Cakap2. Ngaji. dan sebagainya.

Selama beberapa hari tu saya mula terngiang-ngiang suara dia menangis, walhal dia ditidurkan. Sebak je rasa. Jadi popular lak kat situ, sebab ada 2 je kes bayi, sorang lagi baby tu suspect H1N1...tapi baby tu dalam bilik kaca.

Ini merupakan dugaan paling besar untuk saya dan dear, tidak sesekali menyangka akan diuji sebegini berat. Malah, saya sudah boleh menerima apa jua yang bakal berlaku. Redha dan pasrah. Saya mendoakan yang terbaik untuknya. Walaupun mungkin ianya berat untuk dihadapi.

Friday, October 23, 2009

Kisah Asyraf : ICU I

sambungan..

Khamis, 6/08/09..menjelang petang Doc tak  puas hati sebab kenapa asyraf kena fit, hampir-hampir juga Doc mengesyorkan untuk diambil air tulang belakang kerana menjangkakan Asyraf diserang meningitis, jika lakukan prosedur itu virus lebih senang dikenal pasti. Selepas zohor datang 2 orang pakar mata. Dr Mukhlisah dan sahabatnya membuat pemeriksaan pada Asyraf. Ketika itu, asyraf diberi antibiotik..dia tidur. Rindu nak susukan dia.

Doc memeriksa Asyraf, mendapati ada internal bleeding di matanya. Di kedua-dua belah mata. Masa tu, saya tak mampu menahan perasaan, membayangkan apa sebenarnya terjadi kepada Asyraf. Kenapa teruk sehingga sebegini? Saya cuba membayangkan kesakitan yang dialaminya. Sehinggakan pada malam sebelum tu, dia menangis sepanjang malam. Ya Allah...tangisan yang sayu dan amat memilukan hati. Tidur hanya beberapa minit. Menangis berpanjangan.

Petangnya, doc decide nak buat sekali lagi CT-Scan. Seperti yang mereka jangka. Result +ve. Malam tu, Asyraf semakin kerap diserang fit. Akhirnya Doc decide Asyraf perlu dimasukkan ke ICU untuk diberikan bantuan pernafasan. Menurut Doc, kadar O2 yang tidak cukup di otak itu menyebabkan Asyraf diserang sawan, tambahan pula badannya semakin pucat kerana hb yg semakin berkurangan. (menunjukkan darah pergi ke otak akibat pendarahan tu).

Saya menelefon dear yang ada di rumah pada pukul 2am, memintanya datang ke hospital dgn kadar segera. Kami berdua tidur di ruang menunggu ICU menanti doc membuat pemeriksaan dan memberikan bantuan kepada Asyraf. Saya telah sms semua ahli keluarga memberitahu keadaannya.


 Pagi Jumaat tu, pukul 9am, kami diminta masuk. Dr Nora, Ketua Jabatan memberitahu keadaan Asyraf yang sebenarnya. "Anak puan, keadaannya kritikal tetapi stabil. Stabil kerana kami memberi 100% bantuan di sini. Saya terpaksa berterus terang bahawa peluang untuk anak puan kembali seperti sedia kala amatlah tipis. Bahkan kebiasaannya kes sebegini berkakhir dengan kematian. Kalau hidup pun, jadi cacat."



 Tanpa segan silu kami menangis di hadapan Doc. Mengenang nasib Asyraf yang tidak diketahui. Kemudian Doc menyambung lagi.
"Kami tidurkan dia selama 48 jam, untuk bagi otak dia rehat.Lepas tu kita tunggu progress badan dia. Setakat ni di ICU dia dah tak fit lagi. Kami juga dah masukkan darah kepada dia. Apapun kita tunggu."

Kami membuat police report seperti yang disuruh doc.
Menjelang petang Jumaat, sudah semakin ramai yang datang menziarah, kawan pejabat, sepupu, saudara mara, malah kawan-kawan mak ayah.


bersambung...

Note : terima kasih kepada Kak Aya kerana mengambil gambar Asyraf sewaktu di icu. Ada juga kenangan di situ,

Thursday, October 22, 2009

Takziah

Salam ya salam...

Takziah di ucapkan kepada sahabat saya Khadijah dan Ramadhan yang baru sahaja kehilangan anak mereka pada jam 0620 tadi. Allah lebih sayangkan Nurfatimah, dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk dia. Bersabarlah, kerana pasti ada himah di atas segalanya...


Note : Saya baru pergi melawat thari semalam di icu, saya tak sangka akhirnya begini...kerana saya menjangkakan sebaliknya...detail here and here.

Tuesday, October 20, 2009

Kisah Asyraf : Ujian Allah II

Sambungan...
Di bawah ini saya ceritakan serba sedikit apa yang berlaku.

4 Ogos 2009 (Selasa)
-8.00am, hantar Asyraf ke taska.
-10am telefon taska tanya pasal Asyraf, mereka kata awal-awal masa hantar tadi Asyraf menangis sedikit, tapi kemudian dia ok, dan skrg dah tidur.
-3.56pm dpt phone called dr nursery beritahu Asyraf kejang, sebab dia menangis dari pagi.
-4 pm dpt phone called dr owner beritahu Asyraf menangis dari pagi.
-tak lama lepas tu dpt phone called dr nursery beritahu Asyraf dah tidur.
-Saya smpi ke taska dalam pukul 4.30pm, taska beritahu Asyraf tidur dan suruh saya
ambil sendiri.
-terkejut bukan kepalang saya melihat Asyraf yang pucat terbaring atas toto, dan bila mengangkatnya terasa badannya lembik longlai. Masa tu, dah seram sejuk badan...tapi saya tidak memikirkan perkara yang buruk.
-di dalam kereta Asyraf macam mamai je, seakan nak tidur. Saya cuba sedaya untuk mengejutkan dia, tetapi tetap kelihatan dia nak tidur.
-Saya dan dear ke Bahagian Kecemasan di Hospital Serdang.
-Asyraf di tahan di wad. Ketika itu, memang dia selalu menangis. Tangisannya kedengaran terlalu sayu, seakan memberitahu yang dia di dalam kesakitan.

5 Ogos 2009, Rabu.
-g KPJ (Kajang Sentosa Medical centre) buat ct scan, result normal.
-malam di wad, suhunya terlalu panas sehinggakan perlu dijaram dengan kain basah.

6 Ogos 2009, Khamis
- kena fit, pakar mata dtg cek ada internal bleeding kat both of eyes.
-Buat ct scan(rescan) kat hospital serdang, result (bleeding at the back of head), internal bleeding.
-menjelang tgh malam lagi kerap kena fit sebab O2 tak cukup kat otak akibat dari pendarahan tu.

7 Ogos 2009, Jumaat
- masuk ICU pukul 3am kerana pernafasan tidak normal.
- doc pakar beritahu khabar tidak gembira. "Tiada harapan untuk Asyraf kembali normal". Menurut doc keadaan Asyraf kritikal tetapi stabil (stabil kerana fully supported).
- doc berikan ubat tidur, tidurkan dia selama 48hrs, utk bagi otak dia rehat. Dan tunggu progress badan dia.

9 Ogos 2009 , Ahad
- asyraf mula sedar, gerakkan kaki tangan mata, menguap bila diganggu.

10 ogos 2009, Isnin
- mula sedar, dan bantuan yang diberi dicabut satu persatu.

11 ogos 2009, Selasa
- dpt kebenaran direct feeding, alhamdulillah
- lepas maghrib keluar icu, dpt wad biasa wad 5B, katil 11.

14 ogos 2009, Jumaat
- discharge.

bersambung...

Monday, October 19, 2009

Karnival Wanita & Keluarga ISMA

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yg tinggal di kawasan Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan lain2 yg x jauh dari Bangi (yg jauh2 nk dtg pun silakan..)

jemput dtg beramai2 memeriahkan hari “Karnival Wanita & Keluarga” anjuran ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) cawangan Hulu Langat.

Maklumat program seperti di bawah:-

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)

Tempat : Masjid Al Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Masa : 8.30 pagi – 1.00 tgh





Jemputlah beramai-ramai ;)



Note : menarik....tp tak dpat datang..sebab nak g antar Asyraf berubat kat Behrang.

Sunday, October 18, 2009

Kisah Asyraf : Ujian Allah I

Salam ya salam...

Apa khabar sahabat sekalian? Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya.Saya dan keluarga alhamdulillah sihat.

Terima  kasih banyak-banyak diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertanya khabar tentang Asyraf. Alhamdulillah kini saya dan keluarga sudah mampu tersenyum dan gembira seperti sebelum ini. Alhamdulillah Asyraf sudah sihat seperti biasa.

Gambar : diambil pada 14 Okt lepas.

Segala yang berlaku sebelum ini, bagaikan mimpi ngeri kepada kami sekeluarga. Ibu bapa mana yang inginkan perkara buruk terjadi kepada anaknya? Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya? Semuanya terjadi kerana ada hikmah yang tersembunyi. Semua yang terjadi kerana Allah sayangkan kita.

Semua  bermula ketika pengasuh lama Asyraf ingin berhenti. Kemudian, saya dan suami bersetuju menghantar Asyraf ke taska berhampiran kawasan rumah kami. Hari pertama berlalu dengan tanda tanya, 'seronokkah Asyraf di taska?'. Malam itu, saya dan dear telah berbincang...sekiranya Asyraf tidak serasi di taska itu kami mungkin akan mencuba alternatif lain. Hari selasa 4/8, Asyraf bangun macam biasa...siap boleh bermain di bawah meja makan ketika saya sibuk menyiapkan bekal untuk bawa ke tempat kerja.

Hmm sewaktu hantar ke taska dalam 8 lebih tu, memang tergambar wajah sedih di muka Asyraf. Dan saya sama sekali tidak menyangka itu merupakan hari bermulanya mimpi ngeri kami sekeluarga.


Friday, October 16, 2009

Hospital Putrajaya : Tolong doakan bersama...

Salam ya salam..

Saya baru sahaja sampai di rumah. Pulang menziarahi seorang sahabat di Hospital Putrajaya. Sahabat yang baru saya kenali petang tadi. Sahabat yang dikenalkan oleh seorang sahabat. Kisahnya serupa dengan kisah hidup saya sekeluarga. Kisahnya memang serupa...Bezanya hanya sedikit...anak saya dulu di rawat di Hospital Serdang, anaknya di Hospital Putrajaya. Anak saya ketika itu 7 bulan lebih, anaknya pula hanya baru 3 bulan lebih.

Apa yang sama??? Anaknya kini berada di ICU. Anaknya juga mengalami pendarahan otak. Anaknya juga kemungkinan jatuh di nursery.

Kebetulan yang sama...taska anak sahabat itu berada berhampiran dgn taska anak saya.

Saya dapat bayangkan apa perasaan seorang ibu, seorang ayah dan ahli keluarga beliau. Sedih. Kecewa. Pasrah.

Mengikut cerita dari sahabat itu, anaknya baru sahaja di hantar 7 hari ke taska berkenaan. Masuk hospital putrajaya pada hari khamis lepas, 8/10. Dan dipindahkan ke ICU pada awal pagi Jumaat kerana kadar oksigen di dalam badan anaknya di tahap yang membahayakan.

Aduh...jalan cerita di hospital, semuanya hampir sama dengan kisah saya. Cuma, agak sedih dan membimbangkan, sudah hampir seminggu di ICU dan anaknya masih belum berupaya untuk bernafas sendiri. 100% oksigen masih disalurkan kepada bayi berkenaan. Dan kini, anak beliau berada di tahap kritikal.

Berdebar-debar dan menggigil jari saya sewaktu menceritakan kisah sendiri kepada sahabat itu.

Siapa yang harus disalahkan? Menuding jari bukanlah jalan penyelesaian sekarang. Mencari penyelasaian adalah yang terbaik. Saya hanya mampu memberi cadangan, menceritakan pengalaman seorang ibu iaitu saya sendiri. Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya. Wang ringgit bukanlah perkara utama, yang penting nikmat melihat anak sihat dan membesar di depan mata.

Doa saya semoga anak sahabat itu berjaya melepasi tahap  kritikal. Mampu bernafas sendiri!! Kemudian barulah cadangan seterusnya saya akan syorkan.

InsyaAllah kepada Allah kita berdoa. KepadaNya kita panjatkan pengharapan. Kita dipilih untuk diuji kerana Allah sayangkan kita.



Wednesday, October 14, 2009

Salam Aidilfitri...

Salam ya salam....

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...
Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah....

Lamanya tak menaip kat blog...sampaikan hampir terlupa nak mula dari mana.
Tak terlewat rasanya nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua..maaf di atas salah silap dan segalanya...

Rasanya cukup dulu sebagai permulaan...insyaAllah nanti akan saya ceritakan kenapa lamanya blog ini tidak dikemaskini.

Akhir kalam...assalamualaikum.

Tuesday, August 04, 2009

Pahala mentaati ibu bapa melebihi jihad fisabilillah

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." (Surah Al-Isra' ayat 23)


Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: "Kamu dan hartamu milik ayahmu." – (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

Penulis ialah Mufti Perlis

cerita cerita cerita...penat dan sakit kepala.

Salam ya salam...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya..di saat ini di ketika ini, rasa mengantuk yang amat sangat ditambah dengan sakit kepala. Nila nak cerita kenapa..(mungkin la kot)

Semalam...hari pertama Asyraf di sekolah baru. Masa sampai kat nursery nak ambik dia nampak muka cembeng semacam je...pemerhatian kasar ; dah dimandikan...dipakaikan dgn baju tidur, bedak bertempek kat muka dia, lepas tu..komen pengasuh asyraf...dia tak kuat nyusu. Tak kuat? pelik gak...tapi bubur yang dibekalkan saya pagi tu habis. Kiranya mungkin asyraf tak kuat minum, tp makan habis lak...banyak tu. Takpe...takpe..

Sesampai kat rumah...memang la dia melepaskan rindu..tak nak langsung lepaskan ibu dia...bergayut je. Dan badan dia panas semacam. Demam ke? Risau gak...tp tengok dia mcm ok dan tak merengek2...jadi saya pejamkan mata sebelah..tak dapat nak bermalas2 dgn dia sebabnya...ada tetamu nak datang. Dengan memakai baju dan tudung g keje tu saya memasak. Memandang tetamu yang ramai nak datang (adik2 ipar, dan keluarga kakak ipar), maka saya memasak sambal tumis udang, goreng ikan dan sayur buncis goreng campur tauhu. Alhamdulillah semua lauk habis..tinggal ikan goreng je sikit. Nasi pun tak banyak berlebih. Okla tu kan...ikut mak cakap...biar berlebih dari tak cukup.

Tetamu balik pukul 11.30pm, lepas tu saya dan dear mula mengemaskan rumah. Secara jujur, saya tak sanggup tinggalkan rumah berselerak..tambahan esoknya kami berdua kerja. Biar penat sikit malam tu, asalkan tak pening kepala esoknya dengan rumah yang berselerak. Alhamdulillah malam tu asyraf dah kurang panas. Baru nak dibuai mimpi, tetiba Asyraf menangis...sambil mata terpejam. Puas didodoi, dipujuk, ditepuk, tetap menangis...akhirnya saya dan dear buat keputusan untuk tidur di ruang tamu. Dan kami tiga beranak beralih tempat tidur pada jam hampir pkl 2am. Alhamdulillah Asyraf dah tak meragam sehingga ke subuh. Bangun pagi tadi, rasa sakit sgt kepala dan rasa penat.

Sakit tu, sampai skrg..rasa nak terbang je balik rumah...rehat.

Thursday, July 30, 2009

pengasuh....nursery...

salam..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...

hari selasa seperti biasa menghantar asyraf ke rumah pengasuh. Pagi tu dia menangis pula, mungkin sebab sudah 4 hari asyik berkepit dengan saya. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita yang memang tak disangka..Pengasuh Asyraf nak minta berhenti! Alasannya memang munasabah...cuma, saya masih terkejut. Sepanjang perjalanan ke pejabat...otak saya ligat berfikir...siapa nak jaga asyraf??? Ingin dicari pengasuh bukannya mudah. Tambahan bagi saya yang tidak mengenali sesiapa di kawasan  berhampiran rumah.

Selepas penat berfikir...dan berbincang...saya membuat keputusan menghantar Asyraf ke taska berhampiran rumah kami. InsyaAllah esok merupakan hari terakhir asyraf di rumah pengasuh...maka bermulalah perjalanan asyraf di taska pada isnin depan. Asyraf pun sudah semakin besar...sudah 7 bulan lebih. InsyaAllah dia mampu sesuaikan diri.

Terima kasih kepada kak haza atas maklumat yang diberi. Maka, saya tidak perlu lagi keluar awal untuk pergi kerja. Dan tidak perlu risau jika anak menangis di dalam kereta kerana perjalanan yang jauh. Kerana taska itu berhampiran dengan rumah kami.

Alhamdulillah...Allah telah memudahkan perjalanan hidup saya....alhamdulillah...



Note : semua ibu bapa iinginkan yang terbaik untuk anaknya...insyaAllah itu yang terbaik untuk masa ini..

Monday, July 20, 2009

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Salam ya salam...

Untuk renungan bersama.

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Berdua lebih baik??

Salam ya salam...

Alhamdulillah segala syukur bagi Allah di atas segalanya...malam tadi sebelum tidur..batuk teruk sangat...hampir setiap minit jugak la batuk dan batuk. Puas jugak nak cuba batuk perlahan-perlahan..tp, yela..macam mana nak batuk perlahan ek? ;) Ingat nak gak makan madu sebelum tidur, tp sebab dah ada kat bilik atas..malas pulak nak turun.

Alhamdulillah...bangun pagi tadi semua batuk hilang. Masa tidur tak taula batuk ke tak. Tak perasan. Cuma, banyak kali juga la asyraf bangun menyusu. Dari pemerhatian...sejak mula makan sekarang, asyraf memang agak kurang menyusu waktu siang...tp malam??? Masih macam dulu..selalu bangun untuk menyusu.

Hmmm..berdua lebih baik??  Berdua dengan asyraf lebih baik dari bertiga dengan ayahnya?? Semalam tidur berdua dengan asyraf, begitu juga dengan malam sebelum tu...
Seperti biasa jika hanya berdua dengan asyraf..asyraf akan menggunakan sepenuhnya katil kami untuk tidur...dia akan berpusing 360 darjah. Kepala kejap di situ..kejap di sinun.. :D

Secara jujurnya, bertiga memang lebih baik...ada ayah, ayah boleh tolong tengokkan asyraf...boleh la ibu masak, bahagikan susu, lipat kain, basuh dan sidai baju...duk tengok tv dengan tenang dan sebagainya. Ada ayah juga, tidakla kami jadi berdua sahaja.

Jika berdua dengan asyraf...kemana-mana ibu akan bawa asyraf...masak..(tak boleh tinggalkn sorang2 tanpa pengawasan yang rapi) solat....lipat kain...dan sebagainya.


Note : ngantuknya hari ni....berperang dengan asyraf semalam...

Tuesday, July 14, 2009

Maksud Allah Siapa Yang Tahu..


Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezaliman nya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja
yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"

Tuhan pun berfirman ,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!" Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukuman nya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan i man kita
apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya
kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah
keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam
sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar
hidup kita bahagia hingga ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

Monday, July 13, 2009

Roda Kereta Firaun ditemukan dilaut merah

Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya?

Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan dibawah ini.

Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmus eum.com/ron- wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah.

Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.





Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.
Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di laut Merah.
Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.







Selain itu,ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan,yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas. 

 
Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka.
Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja.

Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas,

Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.


Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.
Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter.
Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat.


Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).
Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.

Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!!sungguh luar biasa,

Thursday, July 09, 2009

Kepentingan Menjaga Solat


Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” [Riwayat at-Tirmidzi]

Huraian:

i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Monday, July 06, 2009

Kita Berbeza...

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita;

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga;

Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus;

Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya;

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang  wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak;

Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan;

Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wan ita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda;

Wan ita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit , surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi..

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wan ita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wan ita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Note : Betul..betul...betul...

Friday, July 03, 2009

update dan update.....

Salam ya salam...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya...pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Julai...bulan depan dah puasa...tahun lepas berdua, tahun ni bertiga. Asyraf pun dah masuk..enam bulan setengah. Alhamdulillah ketika bulan puasa nanti, asyraf dah 8 bulan...menyusu pun sudah tidak sebanyak 6 bulan pertama. Alhamdulillah stok di dalam fridge pun amat menggalakkan.

Saya memperkenalkan solid food kepada asyraf seawal usianya 5 bulan setengah..setelah melihat keupayaannya yang menggalakkan terhadap makanan. Sudah pandai menelan. Amat berselera melihat orang lain makan. Malah, sudah pandai makan sendiri. hehehe pegang biskut suap ke dalam mulut sendiri.


Mengikut kata kak nah, pengasuh asyraf...asyraf memang kuat makan. Dan amat berselera ketika makan. Wah, agaknya ikut siapakah itu? :D Alhamdulillah...kebiasaannya saya memasak bubur asyraf 2/3 hari sekali. Setakat hari ini, saya telah memberi asyraf makan...puri/puree kentang, puri labu, puri pear, bubur nasi + carrot, bubur nasi + carrot + kentang, bubur nasi + carrot + ikan bilis , dan  bubur nasi + carrot + sawi.




Kepandaian asyraf? 
- amat pandai menangis apabila ditinggalkan sorang2. Memadai duduk berhampiran dengan dia, tanpa perlu dukung atau meribanya.
- amat suka hati apabila bermain dengannya.
- sudah pandai menyembur2. (air liur)
- meniarap keliling rumah.
- pandai melangkah jika kita pegang tangannya.
- jika berdukung, sudah pandai mengadap ke depan.
- mulut yang amat bising, tidak boleh duduk diam walaupun sekejap.
- duduk degan bantuan.
- tengok tv...semestinya. Terutama cartoon dan discovery cha.
- gigi dah tumbuh seawal 4 bulan...dan kini dah mempunyai 2 btg gigi. (bawah)
- etc

Hmm...tak sabar pula nak tunggu asyraf berjalan..Habislah nanti barang-barang ibu dan ayah kat rumah. :)


Note : untuk melihat perkembangan asyraf dengan lebih detail..sila lihat blog asyraf yang dibuat khusus oleh ayahnya. Ibunya jarang nak cerita dalam blog ni. :)

Dilema...

Salam ya salam...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...Alhamdulillah saya juga telah sihat dari batuk dan selesema. Batuk tu...saya minum madu satu sudu sebelum tidur...selesema pulak...saya masukkan air ke lubang hidung setiap kali nak ambik wudhuk...memang pedih...dan amat sakit. Yela, masukkan air sehingga terasa pedih di kepala...huhuhu tak tau nak gambarkan mcm mana. Apapun, alhamdulillah...sembuh tanpa perlu makan ubat dari klinik.

Dilema saya setiap hari ialah...HARI NI NAK MASAK APA? Betul...soalan itu memang menjadi soalan rutin bg diri saya. Saya yakin ramai juga surirumah sepenuh masa atau surirumah separuh masa (bekerja + buat kerja rumah) seperti saya mengalami dilema yang sama. Alhamdulillah beruntung sangat bagi mereka yang mempunyai maid di rumah. Tetapi, bagi saya...tetap bersyukur kerana mampu memasak...menjaga anak...bekerja di pejabat setiap hari. Penat??? Memang penat...tetapi, penat itu hilang apabila melihat wajah anak dan wajah suami yang berpuas hati dengan masakan kita. :)

Secara jujurnya, saya memulakan kerjaya memasak ni setelah berkahwin...kerana sebelum berkahwin saya lebih pandai memasak secara teori berbanding praktikal..hehehe kenapa? tak percaya ke?? Kini, saya telah mempraktikalkan semua ilmu teori saya dan turut belajar memasak dari yang lebih pakar...seperti mak, yong, kawan-kawan dan tak lupa internet :D

Alhamdulillah bersyukur juga mendapat suami yang suka makan...dan pandai meminta apa nak makan. ;) Dengan itu, saya telah cuba menyiapkan diri untuk memenuhi permintaan suami dengan menu2 yang diminta. Mencari resepi kat internet, tanya mak dan yong...tanya kawan-kawan...semuanya untuk membuat yang terbaik...huhuhu

Paling lemah, bila tak tau nak masak apa....kan best kalau ada menu. Hari ni masak lauk A dengan sayur A. Hari esok lauk B dengan sayur B. Lusa...dan seterusnya...dilema betul la...huhuhu


Note : tips memasak...masak je dgn suka hati dan ikhlas....barulah terserap kasih sayang tu dalam masakan..hehehe ye ke??


Tuesday, June 30, 2009

Tasik paling dalam.


Tasik Baikal yang terletak di bahagian selatan timur Siberia (Rusia) adalah tasik paling dalam di dunia. Jarak kedalaman bahagian tengah Tasik Baikal mencapai sehingga 1,637 meter manakala panjangnya sejauh 620 kilometer dan lebarnya ialah 32 hingga 74 kilometer.

Oleh kerana kandungan air di tasik tersebut terlampau banyak ditambah pula dengan kandungan air dari hujan ribut semasa musim luruh menyebabkan tasik tersebut tidak membeku sehingga ke bulan Januari.
Tasik tersebut menjadi tempat tinggal bagi haiwan-haiwan yang unik seperti anjing laut Baikal yang hanya dapat ditemui di kawasan air yang bersih dan segar. Air di Tasik Baikal sebenarnya memang bersih dan segar kerana ia dilimpahi dengan air dari pelbagai anak sungai yang mengalir ke dalamnya.

Rujukan di sini



15 Kebaikan Sujud Dalam Perspektif Islam..

Salam ya salam..

Segala puji bagi Allah di atas segalanya..Nak cerita pasal kebaikan sujud, walaupun mungkin ramai yang dah tau. Tapi, anggaplah sebagai peringatan kepada diri kita yang lupa dan lalai. Ok, sekadar berkongsi kepada semua sebagai ingatan bersama.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.




Note : setiap yang Allah perintahkan mesti ada hikmahnya...cuma kekadang kita je yang tak tau...atau buat-buat lupa.

Thursday, June 25, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ilmu yang berguna patut dikongsi bersama walaupun sekadar peringatan.

Jangan lenggahkan solat ya.......banyak yang kita akan kerugian...
Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai.

Bayangkan kalau khasiat" ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah!

Rahsia Solat Awal Waktu
Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Note :  sekadar berkongsi dengan semua...

Monday, June 22, 2009

Semalam...

Salam ya salam..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...Apa khabar sahabat2 sekalian? Kami sekeluarga sihat cuma dear yang batuk2 semenjak dua menjak ni. Apapun, semoga nikmat sakit yang Allah berikan tu sebagai penghapus dosa-dosa kita...ameen ya rabb!!

baginda bersabda: “Bersikap luruslah dan hampirkanlah dirimu kepada Allah. Sesungguhnya pada setiap apa yang menimpa seorang Muslim itu adalah sebagai kifarat (denda untuk menghapuskan dosa) sehingga sebarang duri yang mencucuk kaki dan sebarang bahaya yang menimpanya.”

Cerita hari cuti...hujung minggu yang agak mendatar, kerana dear kerja.Hari Sabtu, saya dan kawan pejabat ke kenduri seorang teman pejabat kami di Cheras. Alhamdulillah asyraf tak meragam. Ikut perancangan, mamariq pun turut serta, tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir.

Semalam pula, saya dan asyraf hanya duduk di rumah...melangsaikan hutang-hutang kerja rumah. Terdetik nak buat kuih buah sepang (sopang), kebetulan ada inti di dalam freezer. Kuih ni, popular di negeri sembilan..cara buatnya amatlah mudah.
Saya mengambil peluang, ketika asyraf tidur nyenyak pukul 3pm..sambil menonton jurassic park kat tv..hehehe cara membuatnya ialah...
  • tepung pulut diuli dengan air, sehingga elok ulian (betul ke bahasa?)
  • gunakan pati santan, buh garam sesedap rasa..dah sediakan loyang atau bekas-bekas yang sesuai. Saya gunakan bekas yang tahan dalam microwave tu..letakkan santan yang dah bergaram td kat dalam bekas.
  • gunakan plastik untuk membentuk buah sepang, plastik tu buh minyak masak sikit bg mengelakkan melekat.
  • bubuh inti.
  • kukus.
  • siap.
  • makan hehehe
Ringkas je. Kuih ni memang sedap..dan popular di kalangan orang negeri sembilan. Tak taulah kat negeri lain popular ke tak.

Selepas asar, saya pun masak...untuk makan malam dan bekal bawa ke pejabat esoknya. :D


Nota : best gak sesekali buat kuih ni..hehehe

Friday, June 19, 2009

Renungan petang Jumaat

Assalamualaikum wbt,

Satu renungan tajam bagi ibubapa dalam mendidik anak-anak. Semoga bermanfaat.

P/S: Di fwd oleh teman, sumber asal tidak dinyatakan, setelah dicari sumbernya di sini.

-------------------------------------------------------------------------

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembanturumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana?Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanyakerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang
lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan,pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah
soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri
perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup
kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan
isteri saya, adalah mad'u pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah
seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu
lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman,bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Maafkan Abi dan Ummi!

--------------------------

Nota : terkesan juga membacanya :|