Sunday, October 18, 2009

Kisah Asyraf : Ujian Allah I

Salam ya salam...

Apa khabar sahabat sekalian? Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya.Saya dan keluarga alhamdulillah sihat.

Terima  kasih banyak-banyak diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertanya khabar tentang Asyraf. Alhamdulillah kini saya dan keluarga sudah mampu tersenyum dan gembira seperti sebelum ini. Alhamdulillah Asyraf sudah sihat seperti biasa.

Gambar : diambil pada 14 Okt lepas.

Segala yang berlaku sebelum ini, bagaikan mimpi ngeri kepada kami sekeluarga. Ibu bapa mana yang inginkan perkara buruk terjadi kepada anaknya? Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya? Semuanya terjadi kerana ada hikmah yang tersembunyi. Semua yang terjadi kerana Allah sayangkan kita.

Semua  bermula ketika pengasuh lama Asyraf ingin berhenti. Kemudian, saya dan suami bersetuju menghantar Asyraf ke taska berhampiran kawasan rumah kami. Hari pertama berlalu dengan tanda tanya, 'seronokkah Asyraf di taska?'. Malam itu, saya dan dear telah berbincang...sekiranya Asyraf tidak serasi di taska itu kami mungkin akan mencuba alternatif lain. Hari selasa 4/8, Asyraf bangun macam biasa...siap boleh bermain di bawah meja makan ketika saya sibuk menyiapkan bekal untuk bawa ke tempat kerja.

Hmm sewaktu hantar ke taska dalam 8 lebih tu, memang tergambar wajah sedih di muka Asyraf. Dan saya sama sekali tidak menyangka itu merupakan hari bermulanya mimpi ngeri kami sekeluarga.


2 comments:

mamacivic said...

ape agaknya yg berlaku....

sue said...

apa yg telah berlaku biarkan ia berlalu.... ada hikmah di sebaliknya..

asyraf pun makin lasak, honsome, comel n makin ceria