Friday, October 16, 2009

Hospital Putrajaya : Tolong doakan bersama...

Salam ya salam..

Saya baru sahaja sampai di rumah. Pulang menziarahi seorang sahabat di Hospital Putrajaya. Sahabat yang baru saya kenali petang tadi. Sahabat yang dikenalkan oleh seorang sahabat. Kisahnya serupa dengan kisah hidup saya sekeluarga. Kisahnya memang serupa...Bezanya hanya sedikit...anak saya dulu di rawat di Hospital Serdang, anaknya di Hospital Putrajaya. Anak saya ketika itu 7 bulan lebih, anaknya pula hanya baru 3 bulan lebih.

Apa yang sama??? Anaknya kini berada di ICU. Anaknya juga mengalami pendarahan otak. Anaknya juga kemungkinan jatuh di nursery.

Kebetulan yang sama...taska anak sahabat itu berada berhampiran dgn taska anak saya.

Saya dapat bayangkan apa perasaan seorang ibu, seorang ayah dan ahli keluarga beliau. Sedih. Kecewa. Pasrah.

Mengikut cerita dari sahabat itu, anaknya baru sahaja di hantar 7 hari ke taska berkenaan. Masuk hospital putrajaya pada hari khamis lepas, 8/10. Dan dipindahkan ke ICU pada awal pagi Jumaat kerana kadar oksigen di dalam badan anaknya di tahap yang membahayakan.

Aduh...jalan cerita di hospital, semuanya hampir sama dengan kisah saya. Cuma, agak sedih dan membimbangkan, sudah hampir seminggu di ICU dan anaknya masih belum berupaya untuk bernafas sendiri. 100% oksigen masih disalurkan kepada bayi berkenaan. Dan kini, anak beliau berada di tahap kritikal.

Berdebar-debar dan menggigil jari saya sewaktu menceritakan kisah sendiri kepada sahabat itu.

Siapa yang harus disalahkan? Menuding jari bukanlah jalan penyelesaian sekarang. Mencari penyelasaian adalah yang terbaik. Saya hanya mampu memberi cadangan, menceritakan pengalaman seorang ibu iaitu saya sendiri. Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya. Wang ringgit bukanlah perkara utama, yang penting nikmat melihat anak sihat dan membesar di depan mata.

Doa saya semoga anak sahabat itu berjaya melepasi tahap  kritikal. Mampu bernafas sendiri!! Kemudian barulah cadangan seterusnya saya akan syorkan.

InsyaAllah kepada Allah kita berdoa. KepadaNya kita panjatkan pengharapan. Kita dipilih untuk diuji kerana Allah sayangkan kita.



4 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

sedih saya baca entri nih...
ibu itu mesti lg sedih...
moga2 anak itu cepat sembuh...

norulaina said...

salam.. yg sy dpt dirumuskan kat sini anak2 kecil TAK BOLE dihantar ke pusat jagaan / tempat asuhan yg ada punya ramai anak2 kecil lain... ntahlah.. semoga kwn2 sume tabah hadapinya ..

NuRuL DhiA said...

mudahan anak sahabat tu cepat sembuh. perkara2 mcm ni la buat hati kite ibu bapa risau bile tinggalkan anak dgn org lain, tp tawakal jela, mudah2an allah lindungi anak kite dr sebarang bencana, amin

* ainul AB * said...

Ya Allah... baru 3 bulan?... lagi la masih lembik dan tak berdaya. Diharapkan semoga baby tu segera pulih, dan cepat2 boleh bernafas sendiri.