Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...Apa khabar sahabat2 sekalian? Kami sekeluarga sihat cuma dear yang batuk2 semenjak dua menjak ni. Apapun, semoga nikmat sakit yang Allah berikan tu sebagai penghapus dosa-dosa kita...ameen ya rabb!!
baginda bersabda: “Bersikap luruslah dan hampirkanlah dirimu kepada Allah. Sesungguhnya pada setiap apa yang menimpa seorang Muslim itu adalah sebagai kifarat (denda untuk menghapuskan dosa) sehingga sebarang duri yang mencucuk kaki dan sebarang bahaya yang menimpanya.”
Cerita hari cuti...hujung minggu yang agak mendatar, kerana dear kerja.Hari Sabtu, saya dan kawan pejabat ke kenduri seorang teman pejabat kami di Cheras. Alhamdulillah asyraf tak meragam. Ikut perancangan, mamariq pun turut serta, tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir.
Semalam pula, saya dan asyraf hanya duduk di rumah...melangsaikan hutang-hutang kerja rumah. Terdetik nak buat kuih buah sepang (sopang), kebetulan ada inti di dalam freezer. Kuih ni, popular di negeri sembilan..cara buatnya amatlah mudah.
Saya mengambil peluang, ketika asyraf tidur nyenyak pukul 3pm..sambil menonton jurassic park kat tv..hehehe cara membuatnya ialah...
Selepas asar, saya pun masak...untuk makan malam dan bekal bawa ke pejabat esoknya. :D
Nota : best gak sesekali buat kuih ni..hehehe
Saya mengambil peluang, ketika asyraf tidur nyenyak pukul 3pm..sambil menonton jurassic park kat tv..hehehe cara membuatnya ialah...
- tepung pulut diuli dengan air, sehingga elok ulian (betul ke bahasa?)
- gunakan pati santan, buh garam sesedap rasa..dah sediakan loyang atau bekas-bekas yang sesuai. Saya gunakan bekas yang tahan dalam microwave tu..letakkan santan yang dah bergaram td kat dalam bekas.
- gunakan plastik untuk membentuk buah sepang, plastik tu buh minyak masak sikit bg mengelakkan melekat.
- bubuh inti.
- kukus.
- siap.
- makan hehehe
Selepas asar, saya pun masak...untuk makan malam dan bekal bawa ke pejabat esoknya. :D
Nota : best gak sesekali buat kuih ni..hehehe
4 comments:
cam sedap kuih tu, tak pernah makan!
nanti blh cuba resepi ni... :)
boleh...kalau rajin lagi, buhla pewarna..pandan yang dh diblend ke..so, cantikla lagi..
kuih ape ni? karipap ijau? x pnah nampak pon
(buat byk2 jual kat abg lan)
nama kuih ni...buah sepang (sopang), asal n9..dalam dia ada inti kelapa (mcm pau/ketayap).
Post a Comment