Salam ya salam...
Apa khabar semua? Rasa seronok pula nak bercerita....lagipun, sementara Asyraf tidur lagi tu. Boleh la saya mencuri masa sedikit. Malam semalam bukan main liat dia nak tidur, sibuk bermain ke sana sini..ke hulu ke hilir semua tempat dia nak pergi. Akhirnya saya tunggu dia penat betul. 12.30 malam baru dia tidur :D
Sepanjang Asyraf di ICU, setiap saat itu amat mendebarkan. Kecemasan di mana-mana. Semua pesakit keadaannya kritikal. Saat yang paling mendebarkan sewaktu jiran katil Asyraf, katil 12...seorang kanak-kanak berumur 2 tahun meninggal dunia, kerana demam panas. Adik Zikri itu dimasukkan ke ICU pada hari sabtu 8/8/09 (sehari selepas Asyraf masuk ICU), dan berada di dalam keadaan tidak sedar/ koma sejak itu. Sehingga pada petang Isnin....adik Zikri dijemput mengadap Kekasih yang sejati. Allah lebih menyayangi dirinya. Suasana memang cemas...macam-macam boleh terjadi di ICU.
Ahad 9/8/09..selepas 48 jam ubat sedatif mula dicabut dari Asyraf. Asyraf mula menggerakkan tangan, menguap...bergerak-gerak apabila diganggu. Alhamdulillah...walaupun masih ada kesan ubat tidur itu padanya tetapi melihat dia bergerak membuat saya berlapang dada. Dan doc mula membenarkan saya membekalkan susu kepada Asyraf, kerana dia sudah mula boleh minum.
Hari Isnin, saya dibenarkan tidur di dalam wad ICU..walau hakikatnya tak tidur sangat pun...sebabnya asyraf sudah pandai menangis...dan meragam. Kesan ubat sudah semakin hilang, dan alhamdulillah asyraf sudah bernafas sendiri, tanpa bantuan mesin. Saya menemankan dia di katil, cuba menenangkan asyraf jika dia menangis...mungkin kerana sakit dan kelaparan. Apa tidaknya doc hanya membenarkan 10ml diberikan kepada dia setiap 3 jam. Fuhhh...manalah cukup.
Selasa, doc beritahu...asyraf sudah melepasi tahap kritikal. Dan mungkin akan dibenarkan ke wad. Saya memohon kepada doc untuk direct feeding kepada Asyraf. Tak tahan melihat dia selalu menangis. Lapar. Setelah puas juga berbalah, saya dibenarkan direct feeding tapi kena demo dulu depan doc. Doc risau, sebab ada kes baby lupa cara nak breastfeed sebab puasa yang lama. Alhamdulillah...doc berpuas hati. Dan saya dibenarkan direct feeding kat Asyraf. Barulah dia diam...lapar rupanya anak ibu!!
Menjelang maghrib, Asyraf dipindahkan ke wad biasa...alhamdulillah.

2 comments:
xdpt bayangkn kalo eT kt tmpt akak...Alhamdulillah la asyraf dah ok...
salam ukhwah, bersabarla....dan bersyukur kerana asyraf dah sihat. Kekuatan mental dan iman yang teguh amat perlu dalam keadaan ini..
Post a Comment