Wednesday, December 22, 2010

2......3......

Selamat Hari Lahir Asyraf...pada 17 Disember 2010. Ulang tahun ke-2.
- semoga menjadi anak yang soleh...taat perintah Allah dan ibu ayah.
-semoga beroleh kesihatan dan kecerdasan minda selalu...


Selamat Hari Ulang Tahun buat saya dan dear, pada 22 Disember...ualng tahun ke-3.
-semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat..
-semoga perkahwinan ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang..
-semoga perkahwinan ini beroleh keberkatan......
ameen ya rabb!!
 

Sunday, December 12, 2010

12122010

Macam cantik je tarikh ni, sebenarnya baru je lepas masak...daging masak lada hitam dan tumis sayur kobis...pagi tadi masak mi goreng untuk bekal dear g keje. Tengah hari pun makan mi goreng je, malam takkan nak makan mi jugak kan..lagipun dah habis...dihabiskan oleh paksu Asyraf.


Monday, December 06, 2010

Jangan lupa baca doa awal tahun & akhir tahun..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

50%

There can be miracle....when u believe...
lagu kan? Tetiba je....teringat lagu tu...tp tajuk lak lupa...sebenarnya nak citer ni je, sebelum ni rasa sedih dan marah sebab rupanya ada 2 saman atas kesalahan speeding, ni semua angkara saman ekor. Orang cakap naik court kita boleh menang, sebab tiada bukti sah yang menunjukkan kita yang lakukan kesalahan tu. Yela, macam-macam boleh dipertikaikan kalau jadi saman ekor ni. Masalahnya tula, naik court tu....mesti kos dia lagi besar dari jumlah saman kita...nak upah peguam lagi...makan masa yang lama lagi...etc.

Hari tu nyaris2 gak nak bayar saman tu...tapi, entahlah rasa macam tak sedap hati pulak. Maka, ditangguhkan. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan PDRM, sebab baru2 ni kan ada pengurangan kos.
meh, cek paste kan apa yang tertulis kat situ..kot2 la malas nak enlarge image


Effective 1st December 2010, PDRM is offering an incentive on compound rates for all types of   
traffic summons issued –
  1. All summons issued on or before 30th November 2010 :
    • A rate reduction from the original compound
  2. All summons issued after 30th November 2010 :
    • Summons settled within 15 days will be offered a 50% incentive from the original compound
    • Summons settled within 16 to 30 days will be offered a 30% incentive from the original compound
    • Unsettled summons within the 30 days ARE NOT entitle for an incentive and will be immediately black listed

Kalau takde diskaun ni mungkin tak bayar lagi kot...bukan apa, masih rasa pelik....geram.. .2008.... 2009 ...renew roadtax takde masalah, tetiba je tahun ni tak boleh. sedangkan saman tu, tahun 2008. Pelik tak? Hmm... ayah lagi kesian, ada saman tahun 2005. Itulah, terima kasih kepada kerajaan Malaysia!!! Keranamu, kami semua bangga jadi rakyat Malaysia.



Nota : saman dah bayar...alhamdulillah.!!! bagi yang ada saman tu, cepat-cepatla bayar...tak lama lagi kan nk PRU....eh, apa kaitan??? ;)

Friday, December 03, 2010

terima kasih...

Terima kasih...kepada dear dan Kak A yang telah memberi hadiah berupa buku sempena hari lahir saya tahun ni.

Update..

Lamanya tak mencoret...bukan takde cerita, sebelum ni memang sibuk teramat sangat. Bila sekarang dah tak tersibuk, nak updata tu tak tau dah nak mula macam mana. Tulah masalahnya!! Mungkin zaman kegemilangan menaip dah tak macam dulu la kot? Mungkin....
Kerja...hmmm....macam biasa. Di sudut hati rasa nak berhijrah...tapi, takut pulak. Lagipun, ada ke sesape nak sambut salam penghijrahan ni? Lagipun, jangka panjang tetap akan berhijrah ke Ipoh. InsyaAllah 1-2 tahun lagi kot.

Asyraf....dah makin becok mulut...dah makin besar, tapi tetap rasa dia macam baby sebab masih menyusu macam dulu. Cuma, dah pandai bertanya 'Cantik tak?' setiap kali dipakaikan baju. Dah pandai memuji bila makan. Dan banyak lagi la...skill main bola pun dah semakin mantap nampaknya.

Apapun, ada cerita sedih...ada cerita gembira...semua cerita tu sebagai pelengkap diari harian dan kehidupan kita.

Nota : terasa diri dah makin tua.....tambahan bila tengok ibu ayah yang dah makin putih rambutnya!!

Wednesday, November 03, 2010

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA

Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan semua...

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Akhirnya...

Akhirnya....setelah sekian lama...dapat gak masuk ofis...rindu betul kat meja yang strategik kat ofis ni. Memang strategik betul...agaknya kalau mengepam pun mesti orang tak nampak :D

Bila dah di ofis, rutin pun macam biasa la...tak perlu rush utk pergi dan balik kerja, tak macam pergi ke site yang keluar rumah awal, dan balik pun lambat sampai rumah.

Wednesday, October 13, 2010

Pelik...tapi benar...

salam ya salam..

Lamanya tak menulis kat blog...bukan tiada cerita, tapi tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Kekangan masa, dan idea juga mungkin salah satu dari puncanya. Tetiba hari ni rasa nak luahkan perasaan...di saat-saat menanti waktu jam 5.30 ptg. Time to go home!!!

2008...takde masalah...2009 pun takde masalah...tetapi, bila tahun ni nak renew roadtax tetiba je nama jadi bertuah sebab kena saman ekor. Mengikut rekod, kesalahan dilakukan pada nov 2008, dan oct 2009. Pelik jugak tu.

Apapun, memang tengah geram...kenapa tetiba kena saman pulak tu? Memang kes aniaya betul!!!!!! Kalau ikut hati tak nak bayar saman....



Note : kesian saya...dan mereka yang mengalami nasib yang sama!!!!

Thursday, September 23, 2010

Tiga amalan beri pahala berkekalan


DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Dalam hadis ini tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwakafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewakafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.

Ini bermakna, segala amalan kebajikan untuk kepentingan awam yang dihalalkan dikira sedekah jariah. Pahala berterusan akan diterima oleh orang yang melakukan amal itu.

Kedua, ilmu yang dapat dimanfaatkan - maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.

Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Quran dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Ketiga, anak yang salih yang mendoakannya - maksudnya anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang salih dan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan doa anak yang salih kepada orang tuanya diterima Allah.

Di dalam syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.

Firman Allah bermaksud: “Ini disebabkan doa anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” – (Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).

Kesimpulannya, ketika masih hidup hendaklah kita sentiasa bersedekah dan membuat amal, khususnya pada perkara yang diberi ganjaran pahala berkekalan hingga ke hari akhirat.


Note :  mak pesan...kalau ibu bapa masih hidup pun kita boleh sedekahkan doa....

Tuesday, September 07, 2010

Selamat hari raya....

Selamat Hari Raya semua...


nota : ampun maaf di atas segala salah dan silap...

Friday, August 20, 2010

Sahaja aku berpuasa...

Sedar tak sedar kita dah nak masuk round ke-2 bulan ramadhan...sepuluh kedua. Sekejap je rasa kan?? Hari ni dan semalam asyraf tak sihat...demam...dan hari ni dan semalam juga asyraf dijaga oleh ayah. Tp tengah hari karang nak kena balik jaga asyraf sebab ayahnya nak g solat.

Semenjak dua menjak ni ada perasaan geram dekat  beberapa orang tertentu. Yela, suka sangat cari pasal dengan kita. Tapi, bila teringat kata dear 'Sahaja Aku Berpuasa' terus hilang perasaan-perasaan mazmumah tu. Huhuhu nak buat macam mana kan...saya hanya seorang manusia!!!

nota : salam takziah buat keluarga Ainul dan kak Liza yang baru sahaja kehilangan ayah kesayangan mereka semalam (19/8/10).

Thursday, August 12, 2010

jom tengok tanyalah ustaz...di tv9

Jom tengok tanyalah ustaz di tv9, bagi yang berkesempatan boleh tengok siaran langsung di tv9 atau secara online. Rancangan itu ke udara siaran langsung sepanjang bulan ramadhan ni pada jam 7 pagi. Sebelum ramadhan hanya siaran langsung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Elok juga rasanya kita bagi makan pada jiwa kita dengan rancangan ilmiah macam tu kan? ;)


Nota : hari ni ada tazkirah ramadhan....kena pergi tu...

Wednesday, August 11, 2010

sahur....

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)


Cerita pasal sahur, pagi tadi...asyraf pun bangun sama...siap boleh makan lagi. Hehehe apapun, asyraf la sebagai peneman di kala ayah bertugas dan tiada di rumah.

Salam ramadhan semua dari kami sekeluarga ;)

Friday, August 06, 2010

Kecilnya hati mereka...

Jumaat terakhir sebelum ramadhan...

Rasa nak menaip...tapi tak tahu nak bermula dari mana. Rasa nak bercerita, tapi tak tahu nak cerita dengan siapa. Sekadar peringatan  buat diri dan sahabat-sahabat sekalian...

Samada kita sedar atau tidak....hati orang yang kita sayang dan orang yang sayangkan kita ni cepat terasa dan tersentuh jika berlaku sesuatu yang tidak disengajakan apatah lagi yang disengajakan. Setuju tak?? Kekadang kita tak perasan perbuatan atau percakapan kita akan memberi kesan kepada mereka.



Emak, merupakan seorang insan yang paling sensitif jiwanya. Tambahan dengan anak yang mereka sayang. 'Kenapa kamu dah lama tak telefon mak?' tanya mak saya suatu hari. Lama?? Sedangkan saya hanya ter'skip' satu hari. Mungkin kebiasaannya saya akan menelefon setiap hari, maka apabila satu hari tidak telefon menjadikan emak ternanti-nanti panggilan saya. Aduh....takut jika emak kecil hati dengan kita!!

Emak pernah bercakap dengan saya bahawa sebagai emak...harta dan duit bukanlah satu kewajipan baginya. Cukuplah jika anak-anak selalu datang menjenguk dan bertanya khabar. Mungkin ada di antara kita mewajibkan diri memberi wang kepada ibu dan ayah mereka setiap bulan. Alhamdulillah...teruskan. Cuma, di sebalik itu jangan lupa pulang ke kampung jika ada kesempatan untuk menziarahi mereka....dan hubungilah mereka selalu.


Hmm...entry kali ni takde kaitan dengan sesiapa, cuma sekadar berkongsi cerita....ingatan untuk semua dan diri saya sendiri terutamanya.

“ Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”


Nota : tiada beza antara ibu kandung dan ibu mertua...

Thursday, August 05, 2010

Jalan-jalan KL.

KL...atau kuala lumpur...sebenarnya dah lama juga tak ke sana. Kalau urusan kerja tu ada la juga sekali sekala. Tapi, pergi jalan-jalan ni kalau takde ajakan Yong dengan Lope jarang dan susah la nak ke sana. Bukannya apa, banyak nak diambil kira kalau nak pergi...dengan jalan-jalan yang mengelirukan, apa tidaknya silap sikit masuk jalan....mahu berpeluh dibuatnya. Nak cari parking pula bukannya senang, dapat masuk tempat parking per entry tu bagus juga. Kalau kira perjam....sediakan jela duitnya.

Jumaat tu, dengar Ejan nak ke Sogo, malam tu terusulkan cadangan tu pada dear...tengok-tengok dia setuju...tapi rupanya niat dear nak ke Pertama Kompleks hehehe.

MFM...Manhattan Fisherman Market...tak pernah pun terfikir nak makan situ. Personally rasa macam tak best je hehehe tp dah tempat lain penuh nak makan, dan si kecik pun bising-bising sebab lapar...jadi makan je la kat situ hehehe.

Masa balik tu, asyraf tertidur...sambil pegang belon. Dapat belon percuma masa kat Semua House....sape entah tertinggalkan belon kat surau tu.

Nota : memang semua budak-budak sukakan bola dengan belon ke??

Wednesday, August 04, 2010

Dulu...setahun lepas...

Hari ini....pada tarikh hari ini...4 ogos 2010...sudah genap setahun berlakunya kejadian yang tidak pernah disangka dan dijangka akan berlaku kepada saya dan keluarga. Mungkin pada orang lain tarikh ini istimewa, tapi bagi saya dan keluarga ianya merupakan hari yang memang tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.
asyraf yang keletihan tertidur sewaktu perjalanan balik dari KL.

Tahun lepas, tarikh hari ini..saya dikejutkan dengan berita yang memang mengejutkan. Ujian itu alhamdulillah telah berjaya kami sekeluarga harungi. Alhamdulillah dengan ujian itu kami lebih menghargai apa yang kami ada. Malah, menjadikan kami sekeluarga lebih dekat padaNya.

Walau sudah setahun, saya masih teringat saat-saat mencemaskan itu...berada di Hospital Serdang, Wad Kecemasan, ICU...walau sudah setahun airmata masih bergenang.
Namun, kami bersyukur.....Allah masih memberi kami peluang kedua...peluang untuk membesarkan Asyraf dan melihat dia membesar seperti kanak-kanak lain. Alhamdulillah!!!

Bagi mereka yang tidak tahu cerita, sudah pasti tidak akan menyangka ianya berlaku kepada si kecil itu. Kelincahan dan keaktifannya seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa. Alhamdulillah...pembesaran dan tumbesarannya normal dan membanggakan. Mulutnya yang becok dan bising juga memang menghiburkan. ;)

Allah Maha Besar....Allah Maha Hebat....disaat insan biasa mengatakan 'tiada harapan'....Allah memberi kami harapan dan jawapan serta jalan. Sesungguhnya tiada kuasa yang dapat menandingiNya.Mintalah pertolongan kepada Allah, kerana Allah sahaja yang mampu membantu kita. 'mintalah kepadaKu nescaya akanKu perkenankan'



Nota : alhamdulillah....syukur di atas segalanya...

Thursday, July 29, 2010

Misi...masak...memasak...

Tersebutla kisah...seorang isteri teringin nak buat pizza....tapi, masalahnya tiada oven di rumah. Dengan gagah perkasanya si suami membelikan sebiji oven khas buat si isteri. Maka, bermula la operasi membuat pizza...cubaan pertama, gagal!!! Kerana pizza terlalu tebal....dan perlu dua kali bakar. Tapi, habis gak :D

Alhamdulillah cubaan kedua berjaya. Yang kelakarnya..masak je...terus dikerumun dan habis dengan sekelip mata. Nak tangkap gambar pun tak sempat hehehe kelakar pulak!!! InsyaAllah boleh cuba buat lagi lepas ni.

Misi seterusnya...nak buat kek gula hangus...doakan berjaya....cadang nak buat...hujung minggu ni!!! :D


Nota : MOU antara saya dan dear ....saya buat kek dan pizza/roti. Dear buat biskut-biskut....hehehe
full

Persediaan ramadhan...

Tak tahu nak bermula dari mana. Kalau diikutkan mmg banyak perkara nak tulis dan cerita kat sini. Tapi, ada sahaja aral yang menghalang. Kekadang bila mula menaip, tertangguh dengan adanya iklan yang lama...seperti mendahulukan kerja yang sepatutnya. Natijahnya, hanya tersimpan sebagai draf sahaja.

Sedar tak sedar, syaaban pun dah nak sampai ke penghujung...tak lama lagi ramadhan pula menjelma...bagi mereka yang masih ada hutang puasa sila-sila la ganti cepat. InsyaAllah sempat.

Persediaan ramadhan...ramadhan datang dan pergi...memang benar!! Tapi, adakah kita sempat untuk bertemu dgn ramadhan akan datang?? Secara jujurnya, saya sudah berlatih puasa sunat di bulan rejab dan syaaban. Tapi, mungkin tidak sama dengan puasa setiap hari di bulan ramadhan. Selain puasa makan, semua pun kena puasa. Hati...mata....jiwa...dan sebagainya.

Bagi mereka yang masih menyusukan anak sila  beritahu anak bahawa bulan puasa nanti susu akan merudum..... supaya anak kita faham situasi kita. Ni belum beritahu Asyraf lagi ni!!! dan jangan lupa ambil makanan berhasiat sewaktu sahur.

Azam ramadhan kali ni nak khatam Quran..biasanya ada tadarus di pejabat. Alhamdulillah tiada masalah jika berkumpulan, tapi  bila bersorang...selalu juga kecundang!!! Dah  lama tak khatam masa ramadhan bila mengaji seorang!!!

Sabar....sabar paling penting, bulan puasa nanti...latihan sabar memang tak dapat dielakkan. Jadi, sesamalah kita bersabar ye!!! Bersabar bila kena masakkan berbuka...sediakan makanan sahur...bersabar dengan rumah yang sentiasa 'kemas'...dan sabar dengan diri sendiri!!!


Nota : baju raya?? belikan baju anak jela...baju ibu dengan ayah...pakai je baju yg agak baru dan jarang-jarang dipakai... ;)

Wednesday, July 14, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita DengarShare

dipetik dari sini


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -



1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Tuesday, July 13, 2010

sometimes


Sometimes...Allah breaks our spirit to save our soul.
He breaks our heart to save our soul..
He breaks our heart to make us whole.
He sends us pain so we can be stronger.
He sends us failure so we can humble.
He sends us illness so we can take care of ourselves.
Sometimes, Allah takes us everything away from us so we can learn the value  of everything He gave us...

Allah is great....Subhanallah..Alhamdulillah....!!!

Wednesday, July 07, 2010

Tips utk jadi org cemerlang

Tips utk jadi org cemerlang - oleh Dr. Fadzilah Kamsah 

These are extra tips for all as given by Dr. Fadzilah Kamsah in the seminar... sorry, there are more but i can't fathom all!

Tatacara makan & minum

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah
(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak
(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :- BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Friday, June 18, 2010

Sukan dalam Islam

Salam ya salam...

Sekarang ni kan musim WC, nak tak nak kena juga la ambik tahu. Walaupun memang minat juga bersukan ni. Dan kekadang lebih rela tgk siaran bola dari cerita lagi. Apapun, bergantung pada siapa yang lawan la. :D Cerita pasal WC ni...Asyraf pun suka main bola. Tak caya??? Tgh malam, pakai baju tidur pun dia main. sepak sana...sepak sini :D






Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-


1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:


“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…”
(60 : al-Anfal)


2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:


“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.”
(247 : al-Baqarah)


3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:


المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير


Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(Hr Muslim –sahih)


4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:


مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.


Maksudnya:


“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”

(Hr Bukhari – sahih)
 
5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:


أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.


Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”
(Hr Abu Daud)


6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:


لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه


Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.”
(Hr Bukhari dan Muslim)


Etika sukan dalam Islam


1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).


2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.


3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.


4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:


“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)


5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:


لا ضرر ولا ضرار


Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)


6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:


لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له


Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(Hr Tabrani)


7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:


“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”


Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Mausu’ah at-Tibbiah al-Feqhian oleh Dr Ahmad Kan3an, Feqhul Lahwi Wat Tarwih dan al-Halal wal Haram oleh Dr Yusuf Qardawi dan al-Al’ab ar-Riadiah ahkamuha wa dawabituha fil Feghil Islami oleh Ali Husein Amin.

Wednesday, June 09, 2010

Dugaan...

Teringat cerita P.Ramlee dalam Pendekar Bujang Lapok.

Ini betul-betul...bukan dugaan!!!!

Cerita pasal dugaan...godaan...halangan...ujian....semua orang diuji.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Jadi, sila bersabarlah kawan-kawan dan sahabat sekalian seandainya hari ini kita telah diuji. Dengan ujian itu, menjadikan kita semakin matang...dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup.


Wednesday, June 02, 2010

Alhamdulillah..12 Rakyat Malaysia Selamat, Keluarga Dimaklumkan


Alhamdulillah...syukur sangat...untuk detail klik sini. Berkat doa semua dan yang pasti dengan kuasaNya. Apapun, kita tak boleh terus berdiam diri dan merasakan berada di dalam zon selesa. Israel memang takkan berdiam diri. Memusnahkan umat Islam adalah matlamat mereka!!!!

Apalagi yang kita boleh lakukan??? Tingkatkan ibadah...dan jangan putus berdoa. Berikan sumbangan kita juga kepada mereka.

Thursday, May 20, 2010

Mana kunci?

Salam ya salam

Tersebutlah kisah pagi tadi, sewaktu nak buka grill saya tak jumpa kunci rumah. Aduhai...mana pulak perginya sang kunci?

Baru teringat petang semalam, Asyraf main kunci tapi tak tersempat nak endahkan sebab sibuk sediakan bahan-bahan untuk makan malam. Laslytly, pagi ni kunci rumah hilang. Dahla pagi tadi, pintu sudah dikunci dari luar....lengkap mangga, gril oleh ayah asyraf. Tgh sibuk2 cari kunci tu, Asyraf sibuk duk ikut jugak. Bila kita tanya dia 'Asyraf kunci mana?' dia tanya kita balik 'Mana?' sambil terjenguk-jenguk gak tolong mencari.

Setelah puas juga berpeluh-peluh...akhirnya kunci rumah dijumpai di kaki meja makan!!!


Note : jangan bagi anak anda main benda-benda penting :)

Wednesday, May 19, 2010

Tanah tinggi...

Tanah tinggi atau highland...atau nama popularnya ialah Cameron Highland merupakan salah satu tempat percutian yang menarik dan ramai orang telah berkunjung ke sana. Apa yang menarik? Cuaca yang agak dingin berbanding tempat lain, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar boleh didapati di sana.

Beberapa minggu lepas, saya telah pulang ke Perak. Disebabkan ada kelapangan waktu, saya dan dear bercadang nak ke CH. Dari KD ke CH ikut simpang pulai lebih kurang dalam sejam je. Maka, hari Jumaat 7 Mei lepas kami berempat (saya, dear, mak dan Asyraf) ke CH.

Disebabkan hari tu Jumaat, jadi masa agak suntuk untuk berjalan..kerana berkejar untuk solat Jumaat. Apapun, best la juga g CH tu...kalau ada rezeki nanti nak tido sana. ;)

Saksikan gambar kat bawah tu..aksi Asyraf sewaktu tunggu ayah solat Jumaat.



Note : mula makan elok je, pastu dia buat jus :D

Monday, May 17, 2010

Pindah ofis...

Tersebutla kisah...sekarang dah pindah ofis...
ada kebaikan dan keburukannya...

Apapun, semoga segala urusan ini dipermudahkanNya..ameen!!


Monday, May 10, 2010

Bahaya facebook tanpa kita sedari

Dipetik dari www.zaharuddin.net

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri &kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, zaman aku ekstrem’, zaman solehah’, waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Kredit artikel daripada:
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


* info yang sangat berguna untuk semua pengguna facebook .. sangat setuju, adakalanya kite tidak sedar semasa dalam kite sibuk dan asyik berfacebook ..

Friday, April 30, 2010

Esok ada kenduri kawin..

Esok...nak g kenduri.
Lama gak tak g kenduri ni..Boleh la Asyraf jumpa opah-opah, mak-mak sedara dan sepupu-sepupu dia esok!!

Hmm....selamat hari minggu semua!

Thursday, April 29, 2010

Apa nak jadi dunia ni?

Kita dikejutkan dengan berita kematian adik Aminurasyid Amzah beberapa hari lepas. Secara jujurnya saya memang jarang tengok berita kat rumah. Sebab banyak yang tipu dari yang benar! Tapi, semalam cerita pasal adik ni dibawa kat ofis oleh ejan. Apalagi, lama gak la kami cari dan geledah untuk tahu cerita sebenar.

Apa yang dicerita kat berita tak sama dengan apa yang diwarwarkan oleh saksi utama iaitu kawan adik Aminurasyid tu. Kalau nak tau cerita sebenar boleh klik sini dan sini.

Apapun, risau dan gerun juga bila mengenangkan peristiwa ni. Mereka yang kita harapkan dapat membela nasib, tapi berlaku pula sebaliknya. Saya dah berpengalaman dalam menghadapi situasi dengan bapa2 beruniform ni. Secara jujurnya sebahagian dari mereka ni tidak amanah dengan amanah yang telah diberi. Hanya sebahagian kecil sahaja yang benar-benar ikhlas dan buat kerja.

Hmm...takziah kepada keluarga adik Aminurasyid. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...ameen ya rabb!!

Pemadam

Tersebutlah kisah...betapa kreatif dan inovatifnya budak-budak zaman sekarang.


(penceritaan semula)

Beberapa hari lepas, Z (nama samaran) telah mengadu kepada ibunya bahawa telinganya sakit. Bila diperiksa dan diteliti oleh ibu Z kedapatan sesuatu di dalam telinganya. Dengan kudrat yang ada, ibu Z telah menggunakan penyepit untuk mengambil 'sesuatu' itu.

Cuba teka apa dia? secebis pemadam telah dijumpai di dalam telinga Z. Kemudia baru Z teringat bahawa beberapa hari sebelum tu dia ada bermain pemadam di sekolah. Dan mungkin pemadam tu telah masuk ke dalam telinganya. :D

Nak gelak pun ada dengar cerita tu...selalunya kutu b*** duk dalam telinga...tapi kali ni pemadam lak. hehehe

Perhatian kepada ibu-ibu dan bapa-bapa sila awasi anak-anak anda...tambahan anak-anak yang tengah membesar, kekadang diorang tak tau bahaya ke racun ke. Kita la kena pantau...jauhi mereka dari barang-barang yang tidak sepatutnya.


Note : ada gak kes masuk biji limau dalam hidung hehehehe

Wednesday, April 14, 2010

Kelakar : Siapa yang patut disalahkan?

Siapa yang patut disalahkan?? Cikgu bahasa atau cikgu math..?????

Cikgu bahasa sila jawab....kalau hotdog apa penjodoh bilangannya???

Monday, April 12, 2010

amalkan budaya membaca!


Gambar ni diambil Ahad lepas, masa nak g Alamanda...khusyuk kemain Asyraf membaca... semoga kekal la sampai dia besar...ameen ya rabb!!

Happy birthday to u!!!

Edisi khas...

Selamat Hari Lahir ditujukan khas buat.....En Wahiddin Mohd Amir... !!!!


Dengan ucapan,
  • Semoga diberkati umur dan usiamu..
  • Semoga beroleh kejayaan dan segala yang diimpikan menjadi kenyataan!!!
  • Semoga....sentiasa ceria selalu...!!!
  • Semoga segala yang terbaik adalah untukmu...
ameen ya rabb!!!!

Note : ibu dan asyraf sayang ayah!!!

Thursday, April 08, 2010

Aduh..lamanya tak update!

Alahai..lamanya tak update. Baru nak mula menaip...teringat ada kerja kena selesaikan. Maaf...kepada sahabat-sabahat yang mungkin ternanti2 cerita terkini dari blog ini. Sebetulnya, saya memang sibuk kebelakangan ni. Tiada masa santai seperti sebelum ni, berurusan dengan J*** memang memenatkan saya dan team. Tak percaya? sila tanya ejan atau zahid ;) Di tambah pula dengan big boss yang 'baik' dan mempunyai pegangan yang 'tiada apa yang mustahil' memang kekadang menggeramkan!!! Betul!!!

Kehadiran ke pejabat pada bulan lepas memang amat menghampakan..kesibukan kena turun kat site hampir setiap hari...memang memenatkan!!!..maaf ye kawan-kawan yang mungkin menantikan saya online di gmail atau ym. Tak sempat!! Kalau online pun..sekadar invisible...tak mampu nak melayan sahabat-sahabat yang ada menegur...

Hmm...minggu lepas sempat pulang ke kampung menziarah tok dan tok wan Asyraf. Alhamdulillah mereka semua sihat. Dan gembira sangat menatap wajah cucu mereka. Sekarang ni, kami tengah cari masa untuk pulang ke KD pula. Ya Allah tak tau la bila....



Note : keje ni..sampai bebila tak habis!!

Thursday, March 25, 2010

Mari kita berzikir.....

JUMAAT
يَا الله
SABTU
لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله
AHAD
يَا حَيُّ يَا قَيُّوم
ISNIN
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
SELASA
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ
RABU
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ
KHAMIS
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan harian kita... ;)

Monday, March 22, 2010

Siapa patut dipersalahkan?

Berita yang menggemparkan saya ambil petikan dari BHOnline


17,303 anak luar nikah didaftar 2009 Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my 2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam.

Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara.

Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). “Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. “Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. “Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. “Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.


Ya Allah...jika 17000 orang setahun, maknanya purat 50 orang sehari dan dianggar 2 orang bayi luar nikah telah lahir pada setiap jam. Jumlah itu adalah yang telah didaftarkan, kemungkin lebih sekiranya termasuk jumlah yang tidak didaftarkan. Siapa yang patut dipersalahkan??? Kerajaan?Pempimpin? Ibubapa?

Saya terpanggil untuk menulis isu ini di blog setelah mendengar topik di radio ikim.fm pagi tadi. Rasa tanggungjawab, bimbang, dapat didengar dari suara pemanggil yang menelefon. Tak kurang juga perasaan yang sama bagi setiap pendengar. Itulah hakikat...itulah kenyataan. Persekitaran yang tidak sihat sedikit sebanyak mencetuskan pergaulan bebas di kalangan remaja dan muda mudi. Peranan kita sebagai individu tetap ada....individu itu mungkin seorang ibu, ayah, anak, pemimpin, pekerja, abang, kakak, dan sebagainya tidak boleh dipandang ringan.

Ingat...ingatan untuk kita semua...jika Allah nak turunkan bala kepada sesuatu kaum, takut-takut kita turut merasa bala Allah itu. Tak mustahil bukan??

Monday, March 15, 2010

Logo Haram

Halal...haram..Yang halal itu jelas yang haram itu juga jelas.

Pagi tadi semasa di dalam kereta, isu yang dihujankan di IKIM.fm ialah isu halal dan haram. Kopitiam Haram. Saya bersetuju dengan seorang pemanggil yang memberi cadangan bahawa perkenankan pula logo HARAM. Betul juga, bila ada logo haram secara tak langsung kita tahu status halal haramnya. Jika ada logo halal, tapi statusnya masih kabur susah juga.


Tak tahulah nak tuding pada siapa...siapa salah siapa benar!!! Tetapi yang pasti, di Malaysia ni masih nampak goyangnya. Tidak segah nama 'Negara Islam' itu sendiri.

Halal yang ada sekarang ni pun, tak pasti adakah secara keseluruhannya halal. Di masak oleh orang Islam juga tak semestinya halal. Entah bahan-bahannya ada yang syubhah...entah cara pembuatannya macam mana. Adoiii...takut nak fikir. Nak tak nak kena juga fikir.

Agaknya mungkin sebab tu, ramai umat di akhir zaman ni hatinya dah mati.
Hmm mati...sebab selalu makan benda-benda yang tak jelas halalnya. Siapakah yang tak buat keje?? Tepuk dada tanya iman.



note : kekadang takut memikirkan masa depan....apa jadi dengan anak-anak zaman sekarang??

Sunday, March 14, 2010

Stress..penat...

Stress...penat....seminggu dua ni..saya memang penat yang terlampau. Bermula dengan menyiapkan timesheet untuk 8 orang, bagi project grant. Lepas tu, kena turun site untuk installation...sebab tak cukup masa dan orang. Dah seminggu lebih juga la saya tak masuk ofis. Buat kerja luar!! Pergi site buat installation memang best...sebab dapat jalan-jalan. Tambahan pula saya dah semakin pakar kawasan Wangsa Maju, Keramat, dan Setapak. Macam tak caya je!!! Bukannya senang nak cari tempat. Alhamdulillah ada google maps. ;)

Ditambah pula, pergi site tu adakalanya langkah kanan...alhamdulillah. Dapat gak merasa ;)

Isnin, Selasa dan Rabu lepas kena bagi training kat Puchong. Fuh, memang penat....keluar hari masih gelap. Sampai rumah pun hari dah gelap. huhuhu Ditambah stress dengan karenah trainee yang pelbagai. Tak caya cuba tanya Ejan hehehehe sabar je la

Aduh...memang penat dan berbaloi...sebab malamnya dapat rehat..apataknya tidur pun tidur mati. Kalau ada kecemasan mesti tak sedar gak. Kaki memang lenguh toksah nak cakap..sebab sepanjang hari duk jalan keliling dewan tu.

Khamis Jumaat g site lagi, menghabiskan installation kat site. Minggu depan baru masuk ofis..