Tak tahu nak bermula dari mana. Kalau diikutkan mmg banyak perkara nak tulis dan cerita kat sini. Tapi, ada sahaja aral yang menghalang. Kekadang bila mula menaip, tertangguh dengan adanya iklan yang lama...seperti mendahulukan kerja yang sepatutnya. Natijahnya, hanya tersimpan sebagai draf sahaja.
Sedar tak sedar, syaaban pun dah nak sampai ke penghujung...tak lama lagi ramadhan pula menjelma...bagi mereka yang masih ada hutang puasa sila-sila la ganti cepat. InsyaAllah sempat.
Persediaan ramadhan...ramadhan datang dan pergi...memang benar!! Tapi, adakah kita sempat untuk bertemu dgn ramadhan akan datang?? Secara jujurnya, saya sudah berlatih puasa sunat di bulan rejab dan syaaban. Tapi, mungkin tidak sama dengan puasa setiap hari di bulan ramadhan. Selain puasa makan, semua pun kena puasa. Hati...mata....jiwa...dan sebagainya.
Bagi mereka yang masih menyusukan anak sila beritahu anak bahawa bulan puasa nanti susu akan merudum..... supaya anak kita faham situasi kita. Ni belum beritahu Asyraf lagi ni!!! dan jangan lupa ambil makanan berhasiat sewaktu sahur.
Azam ramadhan kali ni nak khatam Quran..biasanya ada tadarus di pejabat. Alhamdulillah tiada masalah jika berkumpulan, tapi bila bersorang...selalu juga kecundang!!! Dah lama tak khatam masa ramadhan bila mengaji seorang!!!
Sabar....sabar paling penting, bulan puasa nanti...latihan sabar memang tak dapat dielakkan. Jadi, sesamalah kita bersabar ye!!! Bersabar bila kena masakkan berbuka...sediakan makanan sahur...bersabar dengan rumah yang sentiasa 'kemas'...dan sabar dengan diri sendiri!!!
Nota : baju raya?? belikan baju anak jela...baju ibu dengan ayah...pakai je baju yg agak baru dan jarang-jarang dipakai... ;)
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment