Monday, March 15, 2010

Logo Haram

Halal...haram..Yang halal itu jelas yang haram itu juga jelas.

Pagi tadi semasa di dalam kereta, isu yang dihujankan di IKIM.fm ialah isu halal dan haram. Kopitiam Haram. Saya bersetuju dengan seorang pemanggil yang memberi cadangan bahawa perkenankan pula logo HARAM. Betul juga, bila ada logo haram secara tak langsung kita tahu status halal haramnya. Jika ada logo halal, tapi statusnya masih kabur susah juga.


Tak tahulah nak tuding pada siapa...siapa salah siapa benar!!! Tetapi yang pasti, di Malaysia ni masih nampak goyangnya. Tidak segah nama 'Negara Islam' itu sendiri.

Halal yang ada sekarang ni pun, tak pasti adakah secara keseluruhannya halal. Di masak oleh orang Islam juga tak semestinya halal. Entah bahan-bahannya ada yang syubhah...entah cara pembuatannya macam mana. Adoiii...takut nak fikir. Nak tak nak kena juga fikir.

Agaknya mungkin sebab tu, ramai umat di akhir zaman ni hatinya dah mati.
Hmm mati...sebab selalu makan benda-benda yang tak jelas halalnya. Siapakah yang tak buat keje?? Tepuk dada tanya iman.



note : kekadang takut memikirkan masa depan....apa jadi dengan anak-anak zaman sekarang??

2 comments:

* ainul AB * said...

cadangan yg baik tu. Nmpk logo haram sah2 la haram... klo takde logo ni kita was2.

penulis said...

satu cadangan yang menarik..mungkin boleh dipraktikkan..