Wednesday, August 04, 2010

Dulu...setahun lepas...

Hari ini....pada tarikh hari ini...4 ogos 2010...sudah genap setahun berlakunya kejadian yang tidak pernah disangka dan dijangka akan berlaku kepada saya dan keluarga. Mungkin pada orang lain tarikh ini istimewa, tapi bagi saya dan keluarga ianya merupakan hari yang memang tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.
asyraf yang keletihan tertidur sewaktu perjalanan balik dari KL.

Tahun lepas, tarikh hari ini..saya dikejutkan dengan berita yang memang mengejutkan. Ujian itu alhamdulillah telah berjaya kami sekeluarga harungi. Alhamdulillah dengan ujian itu kami lebih menghargai apa yang kami ada. Malah, menjadikan kami sekeluarga lebih dekat padaNya.

Walau sudah setahun, saya masih teringat saat-saat mencemaskan itu...berada di Hospital Serdang, Wad Kecemasan, ICU...walau sudah setahun airmata masih bergenang.
Namun, kami bersyukur.....Allah masih memberi kami peluang kedua...peluang untuk membesarkan Asyraf dan melihat dia membesar seperti kanak-kanak lain. Alhamdulillah!!!

Bagi mereka yang tidak tahu cerita, sudah pasti tidak akan menyangka ianya berlaku kepada si kecil itu. Kelincahan dan keaktifannya seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa. Alhamdulillah...pembesaran dan tumbesarannya normal dan membanggakan. Mulutnya yang becok dan bising juga memang menghiburkan. ;)

Allah Maha Besar....Allah Maha Hebat....disaat insan biasa mengatakan 'tiada harapan'....Allah memberi kami harapan dan jawapan serta jalan. Sesungguhnya tiada kuasa yang dapat menandingiNya.Mintalah pertolongan kepada Allah, kerana Allah sahaja yang mampu membantu kita. 'mintalah kepadaKu nescaya akanKu perkenankan'



Nota : alhamdulillah....syukur di atas segalanya...

2 comments:

Rizziela said...

Kenapa dengan Ashraf?

Adzrien Shoppe said...

betul wardah..bila org lain kata tiada harapan, jgn kita sbg keluarga berputus asa. tengok saja berapa tahun hayat arwah ayah kak liza selepas diberitahu ada kanser tiroid, kata 'mereka' ada hanya beberapa bulan aje, tapi usaha kak ina, mak & yg lain telah memanjangkan tempoh menjangkau 2 tahun. byk yg berlaku begitu..Alhamdulillah atas kesembuhan Asyraf yg buat akak happy & lega sekarg.