Friday, December 29, 2006
Bengkel UML
Penceramah jemputan dari UNITEN, En Azlan..teori+praktikal terus bengkel ari ni.
Satu je isu ari ni...boleh ke balik 5.30...sebab nak keja ke subang pas ni. huhuhuhu malam ni nak balik KD. tak sabar nak balik sebenarnya...dah berhari2 takde selera makan....ditambah dengan keseorangan perempuan kat ofis...so, terbantut selera nak makan.
Eh, citer pasal balik pulak...bengkel UML ni akan diterapkan dalam syarikat untuk penggunaan UML pasni. Nampak mudah, sebab guna software RS..Rational Rose.
Note : hati dah kat rumah dah ni hehehehehe
Thursday, December 28, 2006
Selamat Bejuang Aisah!!
Bersendirian..menerima hukuman meninggalkan kau sendiri hehhehee
teringat lak lagu Dato' CT...
Bukan nak nyanyi sebenarnya cuma nak cerita kesedihan rasa hati...selama ni berdua kini seorang...pergi kerja seorang, makan seorang, balik seorang...dan yang pasti apapun SEORANG.
Selamat berjuang cikgu Aisah (zikril yg panggil cikgu, secara tak langsung terikut gak).
SEmalam bermula la espisod seorang...satu-satunya pompuan di company!! hebat tak?? best ke dikelilingi lelaki-lelaki?? ada best ada tak best...rasa janggal la jugak...tapi nak tak nak perjuangan diri sendiri perlu diteruskan...berbakti kepada syarikat kesayangan!!
Didoakan semoga Aisah memulakan episod barunya di tempat baru dengan lebih ceria dan berjaya. ameen ya rabb!!
Cerita kat dia...dia tanya kenapa sedih sangat?Saya hanya menjawab...siapa yang kehilangan memang terasa sedihnya. :(
Note : patah tumbuh hilang berganti...tp tak sama dengan yg dah patah..
Wednesday, December 27, 2006
Tuesday, December 26, 2006
Siti Hajar dan Asmadi - 23 Disember!
Kami mendoakan agar dikau bahagia..
Dapat zuriat dan meramaikan umat Muhammad...
Tahniah kepada Siti Hajar dan Asmadi..!!!
Semoga perkahwinan berkekalan ke akhir hayat..ameen ya rabb!!
---------------------------------------------------------------------
Perjalanan dimulakan seawal jam 9am, sabtu...saya, kak ju, aishah dan zira..kami mengambil jalan lama..ikut jalan ulu yam. Alhamdulillah sampai ke rumah pengantin pada pukul 11 lebih. Banyak jugak kisah kelakar di rumah pengantin...hanya kami berempat je yang tahu hehehe
Apapun, thanks kak ju...sedap kek tu!!
Thanks aishah dan zira...
Note : musim orang kawin sekarang..
Friday, December 22, 2006
Doa untuk ibu dan bapa...
""Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMU kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman
kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Englau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku
berjaya kini,
keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah
mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
AMIN.."
Biography of H.E. Dr. Ahmadi Nejad, Honourable President of Islamic Republic of Iran
Dr. Mahmoud Ahmadi Nejad was born in october 28,1956 in the village of Aradan in the city of Garmsar. He moved and stayed in Tehran together with his family while he was still one-year old and completed his primary as well as his low and high secondary education there. In 1975, he successfully passed the university entrance exam with high marks and started his academic studies on the subject of civil engineering in the Science and Technology University in Tehran.
In 1986, he continued his studies at MS level in the same university. In 1989, he became a member of the Board of Civil Engineering Faculty of the Science and Technology University. In 1997, he managed to obtain his Ph.D. on transportation engineering and planning from the Science and Technology University.
Dr. Ahmadi Nejad is familiar with English language. During the years when he was teaching in the university, he wrote many scientific papers and engaged in scientific research in various fields. During the same period, he also supervised the theses of tens of students at MS and Ph.D. levels on different subjects of civil engineering, road and transportation as well as construction management.
While still a student, Dr. Ahmadi Nejad engaged in political activities by attending religious and political meetings before the Islamic Revolution. With the victory of the Islamic Revolution, he became a founder and also a member of the Islamic Association of Students in the Science and Technology University. During the war imposed on Iran, Dr. Ahmadi Nejad was actively present as a member of the volunteer forces (Basij) in different parts and divisions of the battlefronts particularly in the war engineering division until the end of the war.
Dr. Ahmadi Nejad is married and has three children- two sons and one daughter.
Career Background:
- Governor of Maku
- Governor of Khoy
- Advisor to the Governor General of Kordistan Province
- Advisor for cultural affairs to the Minister of Culture and Higher Education (1993)
- Governor General of Ardabil Province (1993-1997)
- Member of the Board of Civil Engineering Faculty of the Science and Technology University (since 1989 till present date)
- Tehran Mayor (2003-2005)
- He was elected by the Iranian people as the President during the 9th presidential election on June 24, 2005.
In addition to his academic and scientific pursuits as well as his executive positions, Dr. Ahmadi Nejad has engaged in the following careers and activities as well:
- Journalism; writing various political, social, cultural and economic articles,
- In the same career, he also held the position of managing director of Hamshahri newspaper and launched various affiliated periodicals including Neighborhood Hamshahri published and distributed in 22 areas of the city of Tehran, Hamshahri for Passengers, Diplomatic Hamshahri, Youth Hamshahri, Monthly Hamshahri and also extra pages attached to the Hamshahri newspaper for thinkers, students, etc.
- Founding and working as a member of Iran Tunnel Society,
- Working as a member of Iran Civil Engineering Society,
- Working as a member of the first central council of the Islamic Association of Students in the Science and Technology University,
- Working as a member of the first central council of the Union of Islamic Associations of University and Higher Education Institutes in Iran.
Note : His birthday..same with me!! hehehe I really adore him...
coret corat.
Alhamdulillah syukur pada Allah di atas segalanya..
Sebelum terlupa nak ucap tahniah kat firuz...sebab dapat rezeki untuk tunaika haji pada kali ni. Alhamdulillah. Didoakan semoga sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah..ameen! Jangan lupa doakan akak kat sini k!! bila agaknya dapat g haji...??? Ya Allah...rindunya padaMu...
Semalam...tak dapat tidur. Hari ni tak pasal-pasal rasa mata mcm berpasir je. Tak tau kenapa tak dapat tidur..menguap dah banyak kali. Mengantuk memang teramat sangat...tapi, tak leh nak lena. Takkan sebab buka pose semalam minum nescafe kot?? tapi memang tersiksa tak leh nak tido...banyak sangat pk kot? ke terlebih caffein?
Anyway, thanks to cik nur...cause be there when i need u!! When i need someone to share with..love u my sis!!
Note : we never be alone...Allah with us always!!! believe it!
Thursday, December 21, 2006
SMS
Kini, menghantar sms merupakan satu kemestian bagi semua pengguna telefon. Mengikut tinjauan bebaru ni, berjuta-juta syarikat telekomunikasi untung hanya dengan sms. Belum masuk call lagi tu. Tak kisah la sms tu 1 sen ke, 5 sen ke...atau pun ber sen-sen. Khidmat ini tetap akan digunakan oleh pengguna telefon.
Kekadang sebagai pengguna telefon saya terasa bosan juga kalau tidak menerima sms. Secara jujurnya, saya jarang menerima sms satu hari lebih-lebih waktu keje. Takde siapa nak antar sms pun. Kredit pun tak gerak sangat sekarang ni. takpela, ekonomi pun kurang mengizinkan.
Apapun, tangan ni memang berat nak antar sms dulu kat orang...tapi, membalas insyaAllah. Harap2 semua kawan-kawan faham :) . SMS ni pun sebagai tanda ingatan jugak kan??nak call tak mampu, jadi sms sebagai penghubung... :)
Note : kekadang dapat sms yg memang short sampai tak faham..pening gak baca hehehe
Wednesday, December 20, 2006
ayat keramat?
Alkisahnya begini...
Ada seorang manager kat ofis ni, tiap2 hari mengungkapkan..pasal suruh jadi menantu dia. huhuhu ari ni dia suruh saya panggil dia papa la. Alasannya sebab anak-anak dia panggil dia papa :) anak dia panggil papa tp apa kaitan dengan saya?
Semalam dia ckp, 'thn depan saya minang awak' ...menakutkan betul la. Yela, tiap-tiap hari dia cakap..tp, takkan nak elakkan diri dr dia kot? dah memang akan jumpa tiap2 hari kat ofis...
Note : tak nak la jadi menantu dia..
Tuesday, December 19, 2006
Sg Gabai..
Apapun, rasanya tu la 1st and last g Sg Gabai tu..sebab macam tak best je. Kerana ramai kemain orang kat situ. Semua tengok kami macam tak pernah tengok orang. Tapi, biasala kan...kena la akui anak gadis ni memang tak lari dari pandangan orang. 'wanita tu kan fitnah'.
sabda Nabi " dunia adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah
“Aku telah (sering) menyaksikan hiasan dan aku juga telah (banyak) menjumpai musuh, maka aku tidak pernah melihat musuh yang lebih besar daripada wanita” Saidina Ali
cantik wanita kerana kejernihan wajah,manis wanita kerana senyuman indah,ayu wanita kerana kesederhanaan,hebat wanita kerana kesabaran dan mulia wanita kerana keimanan yg teguh
Monday, December 18, 2006
Nasibah dan Nadzri
Selamat Pengantin Baru buat Nasibah dan Nadzri..pada 16 Dec 2006!!
Semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat..ameen ya rabb!!
Sabtu, 16 Dec 2006.
Saya, Aisyah, Ira dan Miza telah mencemar duli ke majlis perkahwinan seorang sahabat di Kajang. Perjalanan dimulakan dengan singgah ke Jusco, Balakong untuk membeli hadiah pengantin. Sebanyak dua hadiah telah dibeli....untuk Nasibah dan juga walimah cik siti Hajar mingu depan. Punyalah ramai orang kat Jusco, sehingga hilang mood nak membeli barang-barang lain.
Kemarahan membuak-buak setelah kami semua tak jumpa jalan ke rumah pengantin. Maaf kepada Aisyah, Ira dan Miza..kerana kesilapan pemandu yang memang selalu silap jalan. hehehe lastly, berkat sokongan semua kami jumpa juga jalan dan rumah pengantin..
Balik kenduri kami berempat singgah ke Sg Gabai untuk menikmati keindahan sungai. Tetapi, kami dikacau oleh mamat-mamat di sana yang terlalu terkejut melihat pengunjung sungai berkenaan memakai baju kurung dan sopan-sopan belaka. Sempat juga mereka menujukan sebuah lagu kepada kami berempat. Popular sekejab hehehehe
Perjalanan pulang, singgah sebentar makan cendol dan bihun sup di tepi jalan...kemudian antar aisyah balik kat taman Midah.
Perjalanan yg seronok dan memenatkan hehehe
Note : jauh berjalan luas pengalaman... :)
Thursday, December 14, 2006
Korean Drama -Wedding
"Wedding" is one of those rare stories that provide a glimpse into the "lived-happily-ever-after" life of a newlywed couple. A daughter of a rich family and a music college graduate, Se-na (played by Jang Nara) works as a house manager at a theater and is one day introduced to Seung-woo (played by Ryoo Shi-won) a diplomat. Soon, the two tie the knot only because they "fit" each other but as time goes by, they clash over virtually every issue due to their widely different backgrounds and life values. The marital discord grows as Yun-soo (played by Myung Se-bin), Seung-woo's childhood sweetheart came into picture. But watching Seung-woo grow aloof from her, Se-na on the contrary starts feeling attracted to him and decides to do her utmost to captivate his heart for good.
---------------------------------------------------
Rupanya semalam last episode cerita wedding. Teringat dialog Yong masa kat rumah dia hari Isnin lepas
Yong :'Siapa ajar kamu tengok cerita korea ni?'. Tergelak kecil je la saya sambil menjawab
Saya : 'Budak-budak rumah tengok, pastu wardah tertengok la jugak. Tapi, cerita dia best'. Kenapa saya katakan best?? Watak utama lelaki tu, Seung-Woo terlalu menjaga perkahwinan yang didirikannya dengan Se-na. Walau pelbagai konflik mereka hadapi dan hampir-hampir mengundang perceraian. Tetapi rumah tangga mereka dapat diselamatkan akhirnya. Ada beberapa pengajaran dapat saya simpulkan kat sini.
1. Rumahtangga itu satu ikatan yang suci, cuba selesaikan masalah sekiranya timbul.
2. Maafkan kesalah pasangan.
3. Tidak rugi salah seorang mengalah sekiranya ada perbalahan.
4. Lupakan kisah silam pasangan kita.
5. Hadapi hari mendatang dengan semangat bersama pasangan anda.
6. etc.
Banyak lagi sebenarnya, walaupun ianya cerita korea tapi banyak nilai murni dapat dilihat dalam drama ini. Sebagai contoh, adat sopan terlalu banyak diserapkan dalam cerita korea. Hormat menghormati. Melayan tetamu dengan baik. Apapun, drama ni memang banyak pengajarannya. Tak salah kita menonton cerita pukul 7malam, pastikan tunaikan kewajipan kepadaNya bila sampai masanya. Jangan abaikan solat. Jaga solat.
Hm..malas dah nak tengok cerita korea pukul 7 lepas ni. Tak nak ketagih dah hehehehe
Note : berhibur tak salah...kerana hiburan itu indah..cuma, jangan sampai lagha :)
Wednesday, December 13, 2006
Doa'
Kerajaan Cina pun larang berpakaian seksi
Apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan undang-undang mereka yang berpakaian seksi , ramailah yang melatah. Mempertahankan has asasi , kebebasan seorang wanita. Begitulah serong pandangan masyakarat kita, apabila orang Islam yang membuat peraturan yang menghentam orang Islam juga.
Tapi kenapa pada tahun 2004 , kerajaan Cina juga mengeluarkan undang-undang berpakaian seksi, media Malaysia tak melatah, media dunia tak melatah ?
Agaknya kalau kerajaan Cina mengenakan hukum potong tangan mereka yang mencuri mungkin media akan senyap. Orang Islam akan senyap, orang Melayu akan senyap.
Berikut laporan mengenai undang-undang pakaian seksi di Cina. Siapa yang ada masa, bolehlah tolong terjemahkan, dan suruh orang Melayu Islam yang melatah tadi baca.
Kalau nak ikut undang-undang kakitangan kerajaan Cina ini, mereka tidak dibenarkan berpakaian ketat sepertimana juga wanita Melayu sekarang ini yang bertudung, tapi berpakaian baju serta seluar ketat yang menampakkan susuk badan mereka.
Kalau berani persilakanlah mereka yang membela wanita berpakaian seksi ini membuat bantahan kepada kerajaan Cina pula.
click here
China bans 'sexy' female attire
Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.
Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.
They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".
The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.
The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.
Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".
'Elegant'
The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.
"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.
"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.
"When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images."
Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women.
"The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said.
Tuesday, December 12, 2006
Takziah!!!
1. Takziah buat Sihazalwa kerana ibunya telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 8 Dis 2006.
2. Takziah buat Arifah dan angah Duan kerana ibu dan bapanya telah meninggal pada minggu lepas (tak tau tarikh sebenar, mertua angah Duan).
3. Takziah buat Mak mah dan Ayah Abas kerana adik mak mah meninggal dunia bebaru ni...
Syurga itu benar..neraka itu benar..mati itu benar...dan apabila telah sampai ajal seseorang umat manusia itu, Allah tidak akan melambatkannya walau sesaat.
Wallahua'lam
Note : Semoga Allah merahmati dan mencucuri nikmat dan rahmat kepada roh-roh si mati. Ameen ya rabb!!
Flowers Are Red
Munsyid : Dawud Wharnsby Ali
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"
Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"
This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
Thursday, December 07, 2006
Memberi tanpa mengharapkan balasan???
Memberi tanpa mengharapkan balasan??? Sudah pasti semestinya ialah ALLAH..kerana Dia memberi tanpa bersyarat kepada kita. Tak kiralah kita ni, baik ke..tidak ke...selalu ikut suruhanNya ke...langgar suruhanNya ke..dan tak kiralah kita ni Islam atau tidak. Betapa Maha Pemurah nya Allah yang Esa itu. Tiada siapa dapat menyangkal!!!
Cuma, adakah kita sebagai manusia mengharapkan sesuatu dr apa yg kita berikan?? Angkat tangan??? Geleng kepala?? :)
situasi 1:
Ahmad tinggal menyewa bersama rakan-rakannya. Acapkali tugas-tugas membersihkan rumah merupakan tugas yang dilakukan oleh Ahmad tanpa disuruh. Ahmad tidak sesekali merungut dengan apa yg dia lakukan.
situasi 2:
Zeta berkerja di Syarikat A, selalu pulang lewat dan datang kerja awal. Selama bertahun-tahun kerja di Syarikat A, tangga gaji Zeta tidak pernah sekali naik walau sedikit pun.
situasi 3:
Aminah, seorang ibu kepada 3 orang anak. Tugas memasak dan mengemas rumah memang akan dilakukan oleh Aminah walaupun setelah pulang dari kerja dalam keadaan penat. Tidak sedikit pun Aminah dibantu oleh suami atau anak-anaknya.
situasi 4:
Zura seorang yang murah senyuman. Di hati kecilnya sentiasa mengharapkan senyuman balasan dari insan yang diberikan senyuman oleh Zura.
Tiga situasi saya bawakan untuk kita berfikir bersama. Sejauh mana Ahmad mampu melakukan kerja tanpa mengharapkan balasan? walaupun mungkin sekadar sedikit penghargaan terima kasih daripada kawan serumahnya. Tidak tercuitkah di hati Ahmad sedikit pun? Sejauh mana Zeta sanggup bertahan kerja di Syarikat A, sedangkan pengurusan syarikat tidak sedikit pun menghargai kerja dan jasa yang dilakukan olehnya. Tidak pernahkah Zeta terfikir untuk mencari kerja di tempat lain yang lebih memberikan bayaran pernghargaan setimpal kepadanya? Sejauh manakah Aminah sanggup melakukan semua kerja itu seorang diri?
Sebagai manusia biasa sememangnya kita mengharapkan balasan dari apa yg kita lakukan. Kita lebih mengharapkan agar apa yang kita lakukan dihargai oleh insan sekeliling kita. Mungkin ucapan terima kasih dan maaf serta sentuhan yang nampak remeh itu lebih bermakna bagi 3 situasi yang saya bawakan tadi.
Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa prihatin dengan insan sekeliling kita..keluarga, kawan-kawan, suami, isteri, orang bawahan kita..insan tersayang kita...atau sesiapa saja. Murahkan senyuman...walaupun nampak mudah tapi perlaksanaan nya amatlah sukar.
Ucapkanlah terima kasih...maaf...berikan sentuhan (kepada yg dibenarkan je hehehe)..ianya penting kerana kita hanya manusia biasa yang sentiasa mengharapkan sesuatu kepada orang lain.
Note : kekadang orang tak senyum kat kita balik..rasa geram gak hehehehe
Wednesday, December 06, 2006
counter visitor
Apapun, kita tunggu dan lihat. Terima kasih sekali lagi kepada semua yg sudi luangkan masa untuk membaca coretan, artikel, atau apa jua yang di post kan di sini.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Note:
To Dr Umar Zada : Thanks a lot for being my good friend...and also thanks a lots for eveything. Really sorry...cause I cant be as what u want. U deserve better!!! I'll always pray for u...and dont forget to contact me if u coming to malaysia :)
Tuesday, December 05, 2006
Cinta tanpa SYARAT...
(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
Ameen.
Hari ini dalam SEJARAH..
Memang tak sangka, naik motor dengan Cik Aisyah ke office hehehe
Jadi minah rempit la pulak ari tu. hehehehe pergi 2 lebih sampai lepas magrib. Balik tu singgah pasar malam...dan kemudian berjaya memaksa Cikgu Aisyah lepak kat rumah tu dulu baru dia balik.
Tapi hakikatnya ni kali kedua naik motor..pertama dengan Cik Murni ke putrajaya pakai motor Hanafiah. huhuhu ketaq gak kepala lutut. Tapi, alhamdulillah selamat sampai.
Entah kenapa rasa macam tak selamat je naik motor hehehe mungkin sebab motor tayar dia dua kot?? hehehe sedangkan kete tayar dia empat..so nampak lebih stabil sikit. hehehe
Apapun, jgn tak percaya saya pandai bawa motor...cuma lesen je takde. Tapi kenapa ramai tak percaya ek??? Ramai tak percaya kebolehanku membawa motor hehehehe takpela, bagus gak...takla susah2 nak kena bawak nanti hehehe
Note : best gak naik skuter Aisyah..sempat gak bawa keliling rumah tu hehehehe
Saturday, December 02, 2006
something..
TOday..saturday 2nd Dec 2006.
I dont have any plan for today and tomorrow. Maybe just stay at home..watching tv, reading book, and playing some game on my notebook. Ops...forgetting to write I have to finish my last touch for MMS (meeting mangement meeting). Yesterday, kak nora coming here and make review for that system. Alhamdulillah onlu a little bit task remain.
Hmm...miss my mom and dad. Also all my sisters and brother. I have plan to go home maybe next week(except lope have to go to Bahrain, so I have to go to Subang).
................................................................................
Note : miss old thing..
Friday, December 01, 2006
Hanya kerak nasi untuk MAK
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah
beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah
mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga
bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang
nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut
memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak
kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta
untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain
rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu
melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya
yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak
lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak
ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak
kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan
bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng
mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya
pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng
mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak
sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan
apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang
ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum
makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah
nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa
begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak
makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .
Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut
kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa
ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak
rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam
kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun
masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal
mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku
saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah
kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN
Note : Seorang emak memang akan berkorban segalanya untuk anak-anaknya...besarnya pengorbanan mak kita. Cuba renungkan semula...sesama renungkan untuk kembali muhasabah diri. Rindu kat mak.... :)