MONOLOG...
Manusia kebiasaannya mudah jemu dengan tugas yang dilakukan. Dan pasti memberontak seandainya ia dilakukan tanpa imbuhan, tanpa gaji dan tanpa rehat. Manakala malaikat Rakib dan Atid yang Engkau tugaskan mencatit amal kebajikan dan kejahatan manusia, sentiasa akur terhadap perintahMu. Walaupun tiada rehat, tanpa gaji, tanpa rehat dan tanpa imbuhan di atas kerjanya.
Malaikat dan manusia kedua-duanya adalah ciptaanMu. Bezanya malaikat kerana tiada nafsu. Istimewanya manusia kerana berakal. Malaikat tidak pernah berfikir dua kali dalam melaksanakan tugas. Manusia pula, dengan adanya akal sering berdalih. Sedangkan akal yang Kau kurniakan padanya berperanan untuk menilai. Setiap tindak tanduk, dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besar, semuanya akan dicatit oleh malaikat, hambaMu yang taat. Peliknya manusia manusia, apa yang sepatutnya dihindari, itulah yang disenangi oleh nafsunya. Sesetengahnya sudah menjadi darah daging, hingga tidak lagi terasa berbuat salah. Malaikat Atid terus mencatit. Hari demi hari.....helaian demi helaian.....Catitan amalan kejahatan si hamba semakin tebal........Apakah mereka akan terus Kau biarkan ?
Hikmah kejadian
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang. Engkau lantas menegur hambaMu. Teguran yang berupa kesakitan, kelaparan, bala bencana, kematian dan lain-lain. Tafsirannya mungkin begini...................
Seorang hamabaMu tiba di sebuah perhentian bas lim aminit lebih lewat dari waktu yang sepatutnya. Bas yang sepatutnya dinaiki sudah bertolak. Rancangannya untuk pulang bercuti terpaksa ditangguhkan lagi. Dia dilanda kesal. Masanya terbuang....duit melayang...Tiba di rumah, dia terus membuka tv dengan rasa frust yang belum hilang. HambaMu itu tuba-tiab bungkam. Berita kemalangan yang disiarkan membuatkannya terpampan. Bas yang sepatutnya dinaiki tadi, telah tergelincir akibat hujan lebat. Ramai yang tercedera......HambaMu lantas beristighfar panjang....tentu terddetik di hatinya, "Kenapa Tuhan jadikan itu semua?"
Tuhan, Kau selamatkan dia dari bencana itu agar hambaMu itu menilai kembali ibadahnya kepadaMu selama ini. Bukankah itu tanda kasih sayangMu ? Didatangkan sedikit teguran untuk mengejutkan dirinya dari kelalaian. Kenapa dia tidak dihukum begitu sahaja ??
Dengan sifat Al-latifMu, dia masih diberi peluang untuk memperbaiki kesalahan diri.........
Si hamba yang insaf pun datang kembali mengadapMu....dengan ratap tangis. Sekian lama dikmat diberi, tapi tidak disyukuri.....harta yang melimpah, tidak diagih-agihkan. Ada mulut tetapi tidak menyebut kebaikan. Sebaliknya dengan mulut itu hati orang lain dirobek-robek.
Oh Tuhan....Engkau menyaksikan 1001 kerenah hambaMu. Tetapi bila mereka tersedar dan datang meminta keampunanMu, Engkau bagaikan tidak tahu marah....Sifat GhafarMu mengatasi segalanya.......Walaupun terkadang sikap hambaMu itu seolah-olah bagaikan Engkau tidak ada. Di saat-saat getir mereka teringat kepadaMu dan Engkau terus menyapa mereka dengan sifat RahimMu.
Oh Tuhan apakah ada yang lebih berharga dari keampunanMu.....?
'seandainya manusia faham kehendak Allah, pasti dia akur pada ketetapanNya....'
0 comments:
Post a Comment