"Kekadang kita berdoa untuk kuat, tetapi kenapa banyak dugaan. Kekadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul. Adakala kita minta kebahagiaan tetapi huru hara jadinya. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir. Huru-hara menjadikan kita tabah. Hebat tak Allah? Semua ada hikmah."
Kalaulah manusia tahu hadis ini: "Telah berkata jibrail Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu."
maka Allah menjawab : "Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya."
Kalaulah manusia tahu hadis ini: "Telah berkata jibrail Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu."
maka Allah menjawab : "Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya."
Betul dan sememangnya sangat tepat. Siapakah kita untuk menyoal itu dan ini kepada Allah. Kenapa begini dan kenapa begitu? Tidakkah kita sedar bahawa semuanya terjadi kerana ada hikmah. Saya sendiri terfikir, adakalanya apa yang saya minta dan doakan terlalu cepat dimakbulkan. Alhamdulillah....Sehinggakan berturut-turut berita gembira yang saya terima. Masa itu, saya merasakan bahawa Allah begitu dekat dengan saya sehingga hampir semua doa saya dimakbulkan. Kenapa Allah tidak makbulkan semua doa kita? Kerana mungkin kalau semuanya terlalu cepat untuk kita kecapi sudah pasti terlalu cepat kita melupakanNya. Dalam erti kata lain, mungkin doa kita sudah tidak sepanjang atau selama sewaktu kita memerlukan sesuatu.
'Mintalah padaku..nescaya akan ku perkenankan' maksud firman Allah.
Note :
Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun... " LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN" (Surah Anbiyak) Sebar-sebarkanlah, insyaAllah Moga2 Allah akan memecahkan segala kesulitan dan kebuntuan kita semua.
0 comments:
Post a Comment