Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Terima kasih di atas nikmat yang tidak terhingga. Semenjak dua menjak ni banyak perkara berlaku dan terjadi. Esok lusa dah nak masuk bulan May. Ramai jugak orang penting yang lahir bulan May ni. Antaranya....mak 18 May, yong 8 may..dan zhafran 4 may.
Dah lama juga saya tak bercerita kat blog ni. Tak sompek!! Walhal terlalu banyak yang nak diceritakan. Minggu lepas saya memang sibuk....sibuk dgn kerja dan juga bukan kerja.
Hmm...hari minggu yang bosan. Tak sangka pulak di rumah sewa tu saya tinggal sensorang sejak Khamis. Selalunya saya yang meninggalkan warga rumah tu. Kali ni terbalik pulak. Ira balik bertunang. Miza g kursus. Alhamdulillah jugak Khamis malam Jumaat tu diteman oleh Cik M. Lepas tu, terus sorang dan sorang.
Saya hanya memerap kat rumah. Di kala kebosanan itu, sempat jugakla siapkan kerja-kerja rumah. Mengemas, menyapu, memasak, dan sebagainya. Bila dah boring....mula saya mencari mangsa untuk ditelefon. Mangsanya ialah dear dan mak. hehehehe Habis juga la rancangan tv yang saya tgk. Semalam saya tertarik menonton satu rancangan bertajuk 'How clean is your house?'
Terkejut jugak tgk rancangan tu. Tak sangka, teruknya rumah-rumah diorang. Kotor. Teruk. Jijik. Saya terfikir, macam mana diorang boleh duduk kat rumah macam tu. Dengan dapur yang bersepah. Sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk. Bilik yang berselerak dengan baju-baju. Bilik air yang kotor. Pengotor ke orang putih ni? Mungkin hanya sebahagian kot. Alhamdulillah kita sebagai orang Islam..kebersihan memang disarankan. Malah menjaga kebersihan tu sebahagian daripada iman.
'Allah sukakan kebersihan dan benda-benda yang cantik'.
Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan. Dari kebersihan itu melambangkan diri kita. Kekadang ada benarnya juga orang kata, nak tahu perangai sebenar seseorang itu tengok bilik air dia. Kalau bersih bilik airnya insyaAllah dia memang permbersih. Patutla mak suka bebel-bebel dok suruh bersihkan bilik air selalu. Terima kasih mak!!
Note : marilah kita sama-sama menjaga kebersihan...sebelum terlupa, aina nya b'day 2 may ni.
0 comments:
Post a Comment