Thursday, May 03, 2007

Cuti yang panjang!


Alhamdulillah akhirnya kita bertemu lagi...lama jugak saya tak mencoret..hampir 5 hari rasanya..ada juga saya cuba menghantar artikel pada masa cuti tetapi line internet yang slow membantutkan saya melepaskan rindu pada dunia maya ini! Natijahnya saya tidak dapat menghantar cerita-cerita terkini untuk tatapan semua.

Terima kasih diucapkan kepada Ainul, Wan dan Adrianna kerana sudi dtg ke rumah hari Isnin lepas...last jumpa Ainul masa dia dalam pantang dulu. Adrianna pun dah besar...dah 5 bulan!! Habis Adrianna dikerjakan ari tu...yela kebetulan memang dah lama rumah tu takde baby, dan anak-anak sedara takde yang balik.... :)

Walau 5 orang je kat rumah tu, tp riuhnya mengalahkan kuantiti orang. Alhamdulillah ada nur dan wat kat rumah, kalau tak mesti boring jugak... :)

Akhirnya berjaya juga menghabiskan cuti di rumah dengan memanjakan diri pada keluarga! Rasa tak semangat nak balik semalam.... tp apa boleh buat.....ada tanggungjawab menanti!!


Note : cuti-cuti malaysia! sempat g ke gerik je hari sabtu dan ahad..

0 comments: