Pertemuan Bukan Milik Kita by Suarahati
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
 Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
 Kerana antara hati kita
 Telah tiada antaranya lagi
 Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
 Kita berpisah hanya sementara
 Kerana pertemuan bukan milik kita
 Jasad dan suara berjauhan sentiasa
 Namun cinta abadi
 Biar terpisah selalu menderita
 Kerana syurga menagih ujian
 Sedang neraka dipagari oleh nikmat
 Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
 Bicara kita adalah bicara sufi
 Tanpa suara dan kata-kata
 Kerana penghubung kita adalah suara hati
 Bertemu berpisah kerana Allah
   
Hmm....lagu nasyeed ni memang best! Dan terlahirnya nick suarahati@fitrahhati setelah mengenali kumpulan ini...Lagu-lagu semua best, cuma dalam simpanan berbentuk kaset bukannya soft copy...
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
2 months ago
0 comments:
Post a Comment