Wednesday, February 14, 2007

Orang Sains berjiwa Sastera..

Hmm...saya memang suka menulis..eh, menaip....sebagai contoh..lahirnya blog ini :) dan contoh lain, banyak juga cerpen telah berjaya saya hasilkan..cerpen yang pelbagai tema. Dan sebolehnya saya cuba elakkan tema percintaan...yang tidak saya nafikan pernah juga saya hasilkan.

Kenapa saya menulis? menaip?
Untuk kepuasan sendiri...dan membuat luahan perasaan...

Jika di blog memang lebih luahan perasaan di sini...tp, di dalam cerpen..saya cuba jiwai watak...dengan cuba menghasilkan watak yang benar-benar hidup dan mampu memberi kesan kepada pembaca.

Hari ini saya masih mencari idea untuk cerpen saya...tema cerpen dan sinopsis cerpen...susah? yup memang susah...susah untuk hasilkan cerpen yang baik. Dan saya akui saya masih jauh untuk manjadi penulis yg baik...dan menulis ini merupakan hobi saya, bukan kerjaya!! Kadangkala terfikir juga...pernah saya gunakan istilah ini 'orang sains berjiwa sastera'
hehehe

Apa tidaknya...di bangku sekolah math dan sains memang ditangan dan fikiran saya...subjek biologi merupakan subjek untuk pelajar sains tulen. Di tingkatan 4, fizik, kimia dan biologi merupakan antara subjek yang saya ambil...di samping, matematik moden dan matematik tambahan. Belajar di peringkat lebih tinggi...science computer atau komputer sains pula bidang saya. Perkataan SCIENCE atau SAINS tidak pernah tinggal...tetapi, orang sains ini jugalah yang ayatnya tak kalah...dan suka jadikan menulis/menaip hobi di masa lapangnya.

Di saat kerja kurang banyak ni...saya sedang cuba menyiapkan sebuah cerpen saya...entah kenapa, idea selalu datang di saat-saat akhir. hehehe

Note : terima kasih bob atas sumbangan idea anda dan terima kasih sebab sudi membaca cerpen-cerpen saya..insyaAllah akan saya hasilkan pula novel tidak lama lagi.

0 comments: