Ikhlaskah kita menolong rakan kita yang di dalam kesusahan?
Ikhlaskah kita melakukan kerja di pejabat?
Ikhlaskah kita berteleku di dalam kelas?
Ikhlaskah kita melakukan ibadah kepadaNya?
Ikhlaskah kita memasak untuk suami dan anak-anak kita?
Ikhlaskah kita sedekahkah senyuman kepada orang lain?
Ikhlaskah kita menyayangi orang lain?
Ikhlaskah kita menghulurkan sedekah?
Ikhlaskah kita bersahabat dengan sahabat kita?
Ikhlaskah kita dengan segala yang kita lakukan???
Ikhlas itu sukar untuk diukur dengan mata kasar dan penilaian kita yang sentiasa melakukan dosa ini. Adakah benar jika kita mengatakan ianya ikhlas...sebenar-benarnya ia ikhlas dari diri kita. Adakah cukup dengan pengamatan mata kasar kita sahaja sudah cukup menunjukkan bahawa kita kenal wajah mereka yang ikhlas, dan perbuatan orang yang ikhlas. Benarkah??
Ikhlas itu lahir dari dalam hati, yang kemudian dilahirkan kepada perbuatan seseorang tanpa mengharapkan sebarang balasan dari apa yang dilakukan dan juga tidak memperkatakan apa yg dilakukan olehnya kepada orang lain.
Sukarnya untuk ikhlas?
Sukarnya untuk mendidik hati ini?
Sama-samalah kita cuba ikhlaskan diri kita di dalam melakukan sebarang kerja harian kita. Sama-samalah kita cuba ikhlaskan diri kita dalam segala hal....
Biarlah ianya tidak nampak oleh manusia lain..tapi jgn risau, ianya dinilai oleh Allah.
Note : ikhlas dariku...
Friday, February 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment