Secara jujurnya penat masih terasa pagi ni, terasa tak bermaya nak pergi kerja..di tambah dengan hujung minggu yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah :)
Jumaat - Ahad:
Sampai rumah dalam 6.30pm, siapkan diri dan kemas baju. Hampir pukul 7pm, mak ayah, nyahli dan suami sampai rumah. Bertolak ke Negeri Sembilan. Singgah di seremban, beli lauk nak bawa balik ke kampung. Sampai rumah uwan dalam pukul 9 lebih. Sedih melihat keadaan uwan yang bersimen kaki sampai ke peha. Bermacam-macam bermain difikiran ni.
Hari ahad, hantar wan dan atuk ke rumah pak long di Palong, itupun susah betul nak pujuk atok. Tidak dinafikan berada di rumah sendiri merupakan persekitaran paling selesa bagi kita apatah lagi orang-orang tua. Saya faham wan dan atok tak nak susahkan anak-anak. Tetapi dalam kes ni, tak boleh tidak perlukan seseorang menjaga mereka. Dengan keadaan atok yang terbaring sahaja di tilam lebih dari 6 tahun, akibat serangan angin ahmar....dan keadaan uwan yang bersimen kakinya kerana jatuh.
Sampai di KL pukul 7 lebih, solat di rumah nyahli kat Gombak. Kemudian ke Subang, zafran tak sihat. Disahkan sakit tangan kaki dan mulut...tapi alhamdulillah baru di kategori A ikut kata doktor. So tak bahaya sangat la. Apapun, alhamdulillah nampak dah makin sihat budak tu.
Panjang cerita hujung minggu, jauh jugak berjalan..dari KL-N9-Melaka...apapun, berdoa dan berharap semoga sentiasa menjadi anak yang baik dan solehah..ameen ya rabb!!
Monday, February 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment