Monday, February 05, 2007

Mata Mengantuk??


'Awak ngantuk ke?' sapa seorang rakan kepada saya.
'Eh..takla' mestila nafikan walau hakikatnya saya mengantuk hehehe kantoi la kan kalau ngaku.
'Kenapa?' saya bertanya...tak puas hati, sebab masa tak ngantuk ni dia bertanya pulak. Masa kita ngantuk tak tanya hehehe
'Takdela, nampak mata layu semacam je..' tambah kawan saya tu lagi.

Sudah kerap kali juga saya ditanya soalan yang serupa, atau berbau maksud yang sama. Kenapa? bukan kehendak saya untuk mempunyai mata mengantuk ni? hehehehe

Apapun, ramai juga orang yang terkecil hati...terpikat mungkin....terberi hati...ter ter macam lagi kerana mata anugerah Allah ni. Terkecil hati kerana disangkanya saya menjeling....mungkin kerana bukaan mata yang kecil dan bila kita melihat satu benda dengan sekilas sahaja ia seakan menjeling? betul ke? tapi itulah hakikatnya...

Saya bukan nak membela ahli-ahli persatuan mata mengantuk/kecil/kuyu..cuma, berpendapat...apa yang kita lihat tu tidak semuanya benar. Memang mata tidak berbohong, tapi cuma jangan tersalah anggap dengan apa yang kita lihat. Setuju???




Note : ngantuk ni sebenarnya....heheheh

0 comments: