Friday, February 02, 2007

Berkorban Demi Cinta??

Berkorban Demi Cinta
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


Hmmm, lagu ni Hijjaz nyanyikan. Dan seperti biasa lagu-lagu dari Hijjaz memang menusuk kalbu dan menyentuh hati. Bukan lagu ini ingin saya bincangkan kat sini...tapi kaitan antara berkorban demi cinta dengan posting kali ini.

Kita sanggup lakukan apa sahaja demi untuk orang yang kita cinta. Bersusah payah demi untuk sesuatu yang kita suka...dan yang kita sayangi. Setuju??? Tolong jangan sempitkan fikiran kita dengan perkataan cinta tu sendiri. Kerana apabila soal cinta diketengahkan, pasti ramai yang berfikir cinta....cinta adalah seorang kekasih kepada kekasihnya. Buka minda dan fikiran...cinta itu terlalu luas dan subjektif. Cinta itu boleh jadi kepada manusia, binatang, bukan benda hidup dan cinta hakiki padaNya.

Ikhlaskah kita?

0 comments: