Wednesday, February 28, 2007
Makanan Seimbang? Cuaca?
Hmm...semenjak dua menjak ni, sy selalu pening-pening kepala...dan akan terasa lebih sakitnya bila sujud dan rukuk. Kenapa ek? Dan dah dua hari juga saya mengambil beberapa pil untuk elakkan kesakitan itu. Setiap hari setiap kali bangun pagi, saya berdoa semoga kesakitan/kepeningan kepala saya ini akan hilang dan sembuh.
Masalah ini telah diajukan kepada Doc Nur, sms dia semalam. Dan mungkin Doc Nur oncall sehingga sekarang dia masih belum membalas sms sy. Masalah ini juga telah diceritakan dan ditanya kepada mak,yong dan nyahli serta cik nur. Pelbagai nasihat dan pandangan yang diberikan oleh mereka. Alhamdulillah masih ramai lagi insan yang menyayangi saya berada di sekeliling saya. Alhamdulillah syukur di atas nikmat ini Ya Allah.
Mungkinkah faktor cuaca?
Mungkinkah faktor pengambilan makanan tidak teratur oleh saya?
Mungkinkah kerana faktor suka memikirkan sesuatu perkara secara mendalam menjadi faktor? Mungkikah dan mungkinkah??
Pelbagai andaian dan langkah drastik perlu diambil...segalanya demi kesihatan yang berkualiti. Bila badan sihat...hati senang, nak beribadah pun tiada masalah. Betul tak?? Bukanlah maksud saya kalau tidak sihat tidak boleh beribadah..cuma, kesihatan itu juga satu nikmat...bila kita sihat tiada sebab untuk kita tidak beribadah kepadaNya dengan patuh dan taat.
Nampaknya saya perlu kembali menghitung-hitung kembali apa puncanya....
Doc Umar menasihatkan supaya saya banyakkan mengambil air, minum air banyak-banyak.
Emak menasihatkan, jaga makan..jgn skip waktu makan..
Yong menasihatkan supaya tidur secukupnya..
Nyahli menasihatkan supaya saya kembali memakai spek mata...spek silau saya tu... huhuhu dah lama tak pakai spek tu sebenarnya. Sebab takde masalah rabun, cuma silau je.
Cik nur menasihatkan supaya jaga kesihatan..
Ramai yg memberi nasihat....bagi mereka yang membaca posting kali ini jangan risau kerana saya bukanlah pening sepanjang masa..cuma ada waktu2 sahaja. InsyaAllah, sama-sama tolong doakan kesihatan saya.
Lupa nak beritahu...Doc Umar merupakan seorang sahabat baik saya yang berada di US, he was a doctor. Kenalan saya di dunia maya.
Saya yakin Allah sayangkan saya...!!!!
Note : thank you Allah for everything! gambar : sorang lagi kumpulan Hitam! hehehehe
Gadis bertudung hitam..
Hitam itu perilys..hehehe
Gambar di atas merupakan gambar dua wanita bertudung hitam yang memakai baju hitam dan berkulit hitam hehehe sebenarnya bukan nak cerita pasal dua gadis hitam tu pun...tak berminat nak cerita dan sy pasti anda semua pun tak berminat nak tau. Betul tak?
Apa ada pada wajah??
Apa ada pada kecantikan?
Apa ada pada paras rupa?
Secara jujurnya bagi saya kecantikan itu ada subjektif. Setiap manusia itu adalah cantik. Setuju tak? Sebab bg saya, kalau diperhatikan bebetul....kita pandang wajah kawan-kawan kita, pasti kita akan akui 'cantik dia ni' 'handsome dia ni'. Betul tak? Setiap manusia itu berbeza, dan diciptakan oleh Allah dengan kesempurnaan dan kecantikan.
Kecantikan paras rupa memang dinilai manusia secara lahiriah, tetapi seterusnya kecantikan perangai dan personaliti menjadi ukuran kepada kita. Setiap manusia akan memandang kecantikan pada awalnya...bila sudah kenal/berkawan paras rupa bukan keutamaan kerana kita akan nilai kebaikan dan hati budinya. Betul tak?
Note : sedap mata memandang hehehe
Tuesday, February 27, 2007
Merempit...hehehe
InsyaAllah saya cuba pula menyiapkan cerpen dalam tempoh terdekat ini, semuanya untuk mengelakkan berlakunya bertungkus lumus di saat-saat akhir hehehe tapi itulah yang selalu saya lakukan.
Tajuk kat atas tu, merempit....hehehe best je tajuk. Itulah nak cerita semalam, selepas maghrib dalam pukul 8pm ( terlepas tengok Buletin Utama). Saya dan zira pergi ke Pekan SB dengan menaiki motor hehehe kenapa gelak? tak percaya ke?? hehehe percayalah kerana ianya adalah benar dan segalanya benar. hehe
Dengan semangat dan tekad yang tinggi motor telah dibawa oleh Cik Mawar dengan gagahnya. Dan nak dijadikan cerita, eh saya lupa cerita apa tujuan sya naik motor memalam tu kan?
Tujuan
1. Pergi kedai telefon (repair hp Sony)
2. Pergi Shell untuk mengepam tayar :)
Sampai kat kedai tu, setelah negotiate serba ringkas, telefon pun dibaiki. Dalam jangka masa tu saya telah melepakkan diri di dalam kedai tu dengan membaca majalah dan berbual dengan pekerja perempuan kat kedai tu. Diorang sangka umur sy 20!!! hehehe saya dah biasa dengan penekaan umur yang muda tu sebenarnya. Tak percaya? tanya la Cik M, Cik Aina, anez, zira, Cik Ira dan ramai lagi...
Alhamdulillah telefon selamat dibaiki...kosnya RM35 (tupun setelah berjaya dalam proses tawar menawar). Masa nak balik tu, motor tak mau hidup...dan pelanggan kat kedai makan cina tu (kedai makan sebelah kedai telefon), cuba mengorat saya..dan sy memang tak sangka dingorat oleh diorang. Masa kat Shell pun, ada teruna-teruna..yg cuba menegur kami berdua.
Moral of the story sy memang serik nak naik motor memalam....tak sanggup. Kalau tak kerana emergency jangan harap. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan tiada gangguan lain kecuali gangguan cakap-cakap dari diorang je.
Pelik pun ada, kenapa waktu malam ramai pulak lelaki nampak saya :) siang diorang tak nampak. Apapun, pesanan kepada jejaka-jejaka di luar sana, tak perlu susah-susah mengorat saya kerana...sy ni insan jenis takde perasaan. Buang tenaga dan masa je.
Hmm...itulah serba sedikit kisah...wanita tu memang fitnah. Fitnah terbesar. Jadi, bg wanita-wanita semua, marilah kita bersama-sama menjaga maruah dan aurat kita...di mana bumi dipijak di situ syariat dijunjung!!!! InsyaAllah Allah akan melindungi kita....selagi kita mematuhi segala arahanNya...
Note : naik motor tak pakai helmet hehehe
Monday, February 26, 2007
Kebaikan TIDUR dan kajiannya!!
Dipetik dari blog http://pauhfc.wordpress.com/
Berikut adalah beberapa kajian saintifik mengenai tidur dan permasalahannya:
1) Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998)
2) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid)
3) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)
4) Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
sumber rujukan:”Tidur Mengikut Sunnah dan Penemuan Sains”-Dr Danial Zainal Abidin.
Tidur merupakan ibadah selagi mana kita tidak berlebih-lebihan dengannya. Dengan tidur, kita juga telah menunaikan hak pada badan dengan memberikan kerehatan padanya.
Berikut adalah beberapa hadis mengenai saranan tidur:
1)Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)
2)Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”
(Bukhari-Muslim)
3)Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.”
(Bukhari-Muslim)
QAILULAH
Jika mahu diceritakan sunnah Rasulullah saw ketika tidur memang sangat banyak. Tetapi, kali ini, aku hanya mahu berkongsi bagi yang belum mengetahui dan memperingatkan bagi yang telah mengetahui tentang satu sunnah tidur dari Rasulullah saw iaitu qailulah. Secara umumnya, qailulah adalah tidur sekejap diwaktu tengah hari.
Masih terdapat lagi segelintir yang memandang serong amalan ini tanpa mengetahui amalan ini juga sebenarnya diamalkan oleh Rasulullah saw.Malah ada yang mengatakan amalan tidur tengah hari menggambarkan sikap malas.Mungkin mereka belum tahu hikmahnya lagi.
Walaubagaimanapun, aku tak jumpa hadis yang mempunyai matan penuh mengenai amalan sunnah ini. Hanya 2 sumber aku jumpa biasa digunakan untuk menyandarkan amalan ini pada Rasulullah saw.
1) Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
2)Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”
Berikut pula adalah beberapa lagi penemuan sains yang berkaitan dengan qailulah:
1) Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News: ‘Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,’ from eFuse)
2) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’
3) Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’ Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’
4) Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)
sumber rujukan:”Tidur Mengikut Sunnah dan Penemuan Sains”-Dr Danial Zainal Abidin.
Sudah jelaslah kepada kita bahawa qailulah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Kajian saintifik telah membuktikannya. Yang disentuh disini hanyalah mengenai qailulah. Itu belum lagii sunnah-sunnah tidur dan bangun tidur yang lain. Aku pasti akan lebih banyak hikmah yang bakal kita temui.
Walaubagaimanpun, suka sekali lagi dingatkan bahawa qailulah adalah tidak terlalu lama. Sekadar 20-30 minit sahaja untuk memberi kerehatan pada badan. Lebih elok jika kesempatan rehat itu kita gunakan untuk mempersiapkan badan untuk mendirikan malam. Oh! Aku sendiri pun memang sangat liat nak bangun mendirikan malam. InsyaAllah kita cuba sama-sama amalkan sunnah ini untuk membantu kita bangun pada malam harinya.
Sekian Wasallam.
Aurat wanita lebih. Adilkah?
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.
"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.
"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.
"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.
"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.
Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.
Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."
Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.
"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.
Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.
Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.
Firman Allah SWT :
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)
Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :
إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )
Perempuan Lebih Sukar?
Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :
"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.
"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.
"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.
Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.
"Benar, InshaAllah.." Kata saya.
Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut
إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :
إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
Imam An-Nawawi pula berkata :-
الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة
Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"
Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)
Hukum Asal & Fitrah
Hasilnya, yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; Malah ini kerana menurut hukum Islam yang asal, kerja mencari nafqah adalah merupakan tanggungjawab utama kaum lelaki. Bertepatan dengan tugasan asalnya itu, secara umumnya kaum lelaki diberikan lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)
"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.
Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan amat sukar untuk dielakkan. Namun, pandangan bebas saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.
Adakah kita sedar bahawa punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini kemungkinan berpunca dari rumahnya?.
Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbadning kanak-kanak wanita.
Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, jika tidak, ia berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya. Nauzubillah.
Kerana itu, rumah dan pendidik di rumah terbaik adalah seorang ibu. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan si anak lelaki. Iaitu samada ia mampu menggunakan tenaga fitrahnya yang gagah untuk mentadbir dunia dengan adil dan baik atau sebaliknya. Jika tidak, akan berterusanlah kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.
Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan pshcologi itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang hampas dan sisa buat anak-anaknya.
Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangkan panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?
"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menapoous pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"
"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.
Nabi SAW bersabda :
لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد
Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )
Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki.
Akibatnya berbondong wanita bekerja, kemudiannya apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.
Wanita dan Wangian
Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.
" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.
Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.
Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :
أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية
Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)
Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?
"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.
Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, tika itu...janganlah ia marahkan si lelaki tersebut.
Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.
Nabi SAW pernah bersabda :
ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها
Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)
Akhir kata ; Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Note: Jangan bertanya kenapa ianya jangan sekiranya sudah Allah katakan jangan..
Cerita hujung minggu!
Jumaat - Ahad:
Sampai rumah dalam 6.30pm, siapkan diri dan kemas baju. Hampir pukul 7pm, mak ayah, nyahli dan suami sampai rumah. Bertolak ke Negeri Sembilan. Singgah di seremban, beli lauk nak bawa balik ke kampung. Sampai rumah uwan dalam pukul 9 lebih. Sedih melihat keadaan uwan yang bersimen kaki sampai ke peha. Bermacam-macam bermain difikiran ni.
Hari ahad, hantar wan dan atuk ke rumah pak long di Palong, itupun susah betul nak pujuk atok. Tidak dinafikan berada di rumah sendiri merupakan persekitaran paling selesa bagi kita apatah lagi orang-orang tua. Saya faham wan dan atok tak nak susahkan anak-anak. Tetapi dalam kes ni, tak boleh tidak perlukan seseorang menjaga mereka. Dengan keadaan atok yang terbaring sahaja di tilam lebih dari 6 tahun, akibat serangan angin ahmar....dan keadaan uwan yang bersimen kakinya kerana jatuh.
Sampai di KL pukul 7 lebih, solat di rumah nyahli kat Gombak. Kemudian ke Subang, zafran tak sihat. Disahkan sakit tangan kaki dan mulut...tapi alhamdulillah baru di kategori A ikut kata doktor. So tak bahaya sangat la. Apapun, alhamdulillah nampak dah makin sihat budak tu.
Panjang cerita hujung minggu, jauh jugak berjalan..dari KL-N9-Melaka...apapun, berdoa dan berharap semoga sentiasa menjadi anak yang baik dan solehah..ameen ya rabb!!
Friday, February 23, 2007
woman and apple..
Women are like apples on a tree....
The best ones are at the top of the tree.
Most men don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt.
Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren't as good, but easy...
So the apples at the top think something is wrong with them, when in reality, they're amazing. They just have to wait for the right person to come along, the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree..
Ikhlas kah kita?
Ikhlaskah kita melakukan kerja di pejabat?
Ikhlaskah kita berteleku di dalam kelas?
Ikhlaskah kita melakukan ibadah kepadaNya?
Ikhlaskah kita memasak untuk suami dan anak-anak kita?
Ikhlaskah kita sedekahkah senyuman kepada orang lain?
Ikhlaskah kita menyayangi orang lain?
Ikhlaskah kita menghulurkan sedekah?
Ikhlaskah kita bersahabat dengan sahabat kita?
Ikhlaskah kita dengan segala yang kita lakukan???
Ikhlas itu sukar untuk diukur dengan mata kasar dan penilaian kita yang sentiasa melakukan dosa ini. Adakah benar jika kita mengatakan ianya ikhlas...sebenar-benarnya ia ikhlas dari diri kita. Adakah cukup dengan pengamatan mata kasar kita sahaja sudah cukup menunjukkan bahawa kita kenal wajah mereka yang ikhlas, dan perbuatan orang yang ikhlas. Benarkah??
Ikhlas itu lahir dari dalam hati, yang kemudian dilahirkan kepada perbuatan seseorang tanpa mengharapkan sebarang balasan dari apa yang dilakukan dan juga tidak memperkatakan apa yg dilakukan olehnya kepada orang lain.
Sukarnya untuk ikhlas?
Sukarnya untuk mendidik hati ini?
Sama-samalah kita cuba ikhlaskan diri kita di dalam melakukan sebarang kerja harian kita. Sama-samalah kita cuba ikhlaskan diri kita dalam segala hal....
Biarlah ianya tidak nampak oleh manusia lain..tapi jgn risau, ianya dinilai oleh Allah.
Note : ikhlas dariku...
Haram iklan makanan segera tidak boleh atasi masalah penyakit kronik - Fomca
Thu | Feb 22, 07 | 11:09:12 AM | |
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) – Langkah kerajaan untuk mengharamkan iklan makanan segera tidak boleh menyelesaikan peningkatan masalah penyakit kronik yang dihidapi rakyat, kata Bendahari Agung, Persatuan pengguna-pengguna Malaysia (Fomca), Yusuf Abdul Rahman. Katanya, sebelum ini masalah makanan segera atau ringan sudah lama disuarakan oleh pihak yang prihatin seperti Fomca dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Bagaimanapun katanya, hanya apabila bilangan rakyat yang mengidap penyakit kronik seperti diabetis, obesiti, jantung dan sebagainya sudah mencecah jutaan orang barulah kerajaan sibuk untuk mengambil tindakan sehingga mahu diharamkan iklan produk-produk tersebut. Menurut beliau, walaupun langkah tersebut adalah salah satu cara, tetapi ia tidak dapat mengatasinya. Sebaliknya beliau membidas sikap kerajaan sendiri yang tidak proaktif terhadap masalah tersebut. Media melaporkan, Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek berkata, bahawa cadangan pemberhentian iklan makanan segera akan dibawa ke kabinet secepat mungkin. Katanya, walaupun iklan makanan segera menyumbang perolehan RM100 juta setahun tetapi kesihatan rakyat lebih utama. Dalam pada itu Yusuf berkata, kerajaan sepatut sedar bahawa penyakit tersebut bukan kerana makanan ringan sahaja tetapi gaya hidup masyarakat yang kurang mengamalkan bersenam dan memakan makanan berlemak seperti nasi lemak pun boleh membuat kesihatan terganggu. “Contohnya pengambilan nasi lemak setiap pagi ini pun akan menambah lemak dan kolestrol, jadi takkan kerajaan hendak haramkan juga nasi lemak apabila terbukti ia penyebab pelbagai penyakit,” soalnya. Oleh kerana itu katanya, yang penting ialah cara seseorang mengendalikan kehidupan sehariannya di mana perlu mengambil makanan seimbang dan rajin bersenam. Katanya, nampak sangat kerajaan hanya akan sedar apabila ramai yang mengidap penyakit kronik dan tidak kurang juga yang meninggal sedangkan isu tersebut sudah lama berlaku. - mr |
Semak Saman Anda!
Cepat sebelum terlambat, Taipkan SM
dan sms ke 32244.
Contoh :
SM 811028055230
caj RM2 setiap msg terima.
Note : cek jgn tak cek :)
Thursday, February 22, 2007
idea...ooo idea..
Bagi sesiapa yang sudi membantu saya memberi idea...sebab saya bakal hasilkan banyak lagi cerpen. Saya amat alu-alukan idea dari anda semua. Saya hanya perlukan idea...sebab terpaksa akui diri ini memang kekeringan idea.
Menulis ini untuk kepuasan diri sendiri, dan saya juga cuba selitkan serba sedikit pengajaran di dalam setiap cerita saya. dengan menulis ini juga, kita berdakwah..Allahhuakbar!!
Terima kasih juga kepada sesiapa yg pernah membaca cerpen saya di dalam majalah. Nama majalah terpaksa di rahsiakan.. :) dan juga nama pena.
Doakan saya semoga sentiasa diberi ilham untuk terus menulis...dan menulis...ameen ya rabb!!
Note : mata pena itu juga senjata!!
KL-KD-KL-JK-KT-KL
KD = Kuala Dipang, Perak
JK = Jengka, Pahang
KT = Kuala Terengganu, Terengganu
Perjalanan yang jauh untuk satu percutian CNY yang tak sepanjang mana. Km di kereta sudah menjangkau seribu lebih natijah dari perjalan yang jauh. Penat di badan toksah nak kira....tapi Alhamdulillah perjalanan jauh itu berjaya...dan segalanya dipermudahkan urusan.
Program ERAT kali ini, memang betul2 mengeratkan..
Untuk laporan lanjut perlu dengar cerita dari bibir saya sendiri hehehehe
Nota : jauh berjalan luas pandangan..jauh berjalan, menyaksikan pemandangan ciptaan Tuhan..
Wednesday, February 21, 2007
Sirah - Rasulullah S.A.W Dgn Sebiji Limau
Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan
'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.
Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.
"selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari"-Saidina Ali
Wednesday, February 14, 2007
Orang Sains berjiwa Sastera..
Kenapa saya menulis? menaip?
Untuk kepuasan sendiri...dan membuat luahan perasaan...
Jika di blog memang lebih luahan perasaan di sini...tp, di dalam cerpen..saya cuba jiwai watak...dengan cuba menghasilkan watak yang benar-benar hidup dan mampu memberi kesan kepada pembaca.
Hari ini saya masih mencari idea untuk cerpen saya...tema cerpen dan sinopsis cerpen...susah? yup memang susah...susah untuk hasilkan cerpen yang baik. Dan saya akui saya masih jauh untuk manjadi penulis yg baik...dan menulis ini merupakan hobi saya, bukan kerjaya!! Kadangkala terfikir juga...pernah saya gunakan istilah ini 'orang sains berjiwa sastera'
hehehe
Apa tidaknya...di bangku sekolah math dan sains memang ditangan dan fikiran saya...subjek biologi merupakan subjek untuk pelajar sains tulen. Di tingkatan 4, fizik, kimia dan biologi merupakan antara subjek yang saya ambil...di samping, matematik moden dan matematik tambahan. Belajar di peringkat lebih tinggi...science computer atau komputer sains pula bidang saya. Perkataan SCIENCE atau SAINS tidak pernah tinggal...tetapi, orang sains ini jugalah yang ayatnya tak kalah...dan suka jadikan menulis/menaip hobi di masa lapangnya.
Di saat kerja kurang banyak ni...saya sedang cuba menyiapkan sebuah cerpen saya...entah kenapa, idea selalu datang di saat-saat akhir. hehehe
Note : terima kasih bob atas sumbangan idea anda dan terima kasih sebab sudi membaca cerpen-cerpen saya..insyaAllah akan saya hasilkan pula novel tidak lama lagi.
Monday, February 12, 2007
DOSA YANG LEBIH HEBAT DARI BERZINA
wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Iamelangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa as terkejut. "Saya takut mengatakannya. " jawab wanita cantik."Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa
terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... cekik lehernya sampai...... tewas", ucap wanita itu seraya menagis sejadi-jadinya. Nabi musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia menghardik," Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.
Perempuan berewajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? " Nabi Musa
terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.
Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH > Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadist Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.
Dalam hadist yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.
Note : Solat itu tiang agama...jangan tinggal dan abaikan...
Sales Tracking
Friday, February 09, 2007
Sirah - Cinta Sejati
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu,
turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama
mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-
orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
Thursday, February 08, 2007
TIOBE Programming Community Index for February 2007
February Headline: Programming Language D reaches Status "A"
The TIOBE Programming Community index gives an indication of the popularity of programming languages. The index is updated once a month. The ratings are based on the world-wide availability of skilled engineers, courses and third party vendors. The popular search engines Google, MSN, and Yahoo! are used to calculate the ratings. Observe that the TIOBE index is not about the best programming language or the language in which most lines of code have been written.
The index can be used to check whether your programming skills are still up to date or to make a strategic decision about what programming language should be adopted when starting to build a new software system. The definition of the TIOBE index can be found here.
Position Feb 2007 | Position Feb 2006 | Delta in Position | Programming Language | Ratings Feb 2007 | Delta Feb 2006 | Status |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 1 | Java | 18.978% | -3.45% | A | |
2 | 2 | C | 16.104% | -2.23% | A | |
3 | 3 | C++ | 10.768% | -0.53% | A | |
4 | 5 | PHP | 8.847% | -0.07% | A | |
5 | 4 | (Visual) Basic | 8.369% | -1.03% | A | |
6 | 6 | Perl | 6.073% | -0.63% | A | |
7 | 8 | Python | 3.566% | +0.90% | A | |
8 | 7 | C# | 3.189% | -0.78% | A | |
9 | 10 | JavaScript | 2.982% | +1.47% | A | |
10 | 20 | 10 * | Ruby | 2.528% | +2.12% | A |
11 | 11 | SAS | 2.326% | +1.13% | A | |
12 | 9 | Delphi | 2.077% | +0.10% | A | |
13 | 12 | PL/SQL | 1.628% | +0.66% | A | |
14 | 21 | 7 * | ABAP | 1.205% | +0.83% | A |
15 | 22 | 7 * | D | 1.205% | +0.84% | A |
16 | 14 | Lisp/Scheme | 0.722% | +0.10% | A-- | |
17 | 17 | Ada | 0.661% | +0.15% | B | |
18 | 13 | COBOL | 0.656% | -0.08% | B | |
19 | 15 | Pascal | 0.596% | +0.05% | B | |
20 | 36 | 16 * | Transact-SQL | 0.543% | +0.38% | B |
Wednesday, February 07, 2007
mutiara kata.
1..2......3.......4........
Terasa malas betul nak bangun pagi tadi....seawal jam 5.30 pagi. Subuh semakin lambat pula sekarang...6.10 pagi baru terdengar azan dari surau Desa Tasik...suara azan yang bersahut-sahutan. Dan hari ini masuk hari ketiga pergi kerja degan berdikari....berdiri atas kaki sendiri...hehehehe
Awal jugak sampai ofis, buat milo..dan makan sepotong kek...(kek bekalan kenduri hari ahad lepas). Alhamdulillah...cukup untuk bekalan sehingga ke tengah hari. Bekalan untuk tengah hari dah ada....hehehehe beli kat rumah tadi.
Cepat sungguh masa berlalu....sedar tak sedar..kita sudah melangkah ke pertengahan bulan Februari. Dalam masa sehari macam2 boleh berlaku...malah, saya sendiri...banyak sangat perkara pantas berlaku semenjak dua menjak ni. Perkara pantas yang terkadang mendebarkan diri. Dan secara jujurnya, ada seorang sahabat cik M yang menjadi teman setia...tukang gelakkan saya. Takpe M, hari ini hari awak....gelakkan la saya hehehehe
Tapi semuanya terasa pantas dan terlalu cepat.....Cuma, satu je harapan....semoga semuanya dipermudahkan Allah dan berjalan seperti yang dirancangkan...ameen ya rabb!!
Note : menghitung hari..... :)
Tuesday, February 06, 2007
Seperti biasa...
Pagi ni pulak tetiba boss dev minta buatkan satu simple system, EDMS system.
Wah..tetiba je keje datang berlambak2 hehehehe
Satu kena siapkan secepat mungkin..
Kedua kena siapkan before khamis...
Seperti biasa....kebz an ku terserlah hehehehe
Note : EDMS...SMTools...
Monday, February 05, 2007
Mata Mengantuk??
'Awak ngantuk ke?' sapa seorang rakan kepada saya.
'Eh..takla' mestila nafikan walau hakikatnya saya mengantuk hehehe kantoi la kan kalau ngaku.
'Kenapa?' saya bertanya...tak puas hati, sebab masa tak ngantuk ni dia bertanya pulak. Masa kita ngantuk tak tanya hehehe
'Takdela, nampak mata layu semacam je..' tambah kawan saya tu lagi.
Sudah kerap kali juga saya ditanya soalan yang serupa, atau berbau maksud yang sama. Kenapa? bukan kehendak saya untuk mempunyai mata mengantuk ni? hehehehe
Apapun, ramai juga orang yang terkecil hati...terpikat mungkin....terberi hati...ter ter macam lagi kerana mata anugerah Allah ni. Terkecil hati kerana disangkanya saya menjeling....mungkin kerana bukaan mata yang kecil dan bila kita melihat satu benda dengan sekilas sahaja ia seakan menjeling? betul ke? tapi itulah hakikatnya...
Saya bukan nak membela ahli-ahli persatuan mata mengantuk/kecil/kuyu..cuma, berpendapat...apa yang kita lihat tu tidak semuanya benar. Memang mata tidak berbohong, tapi cuma jangan tersalah anggap dengan apa yang kita lihat. Setuju???
Note : ngantuk ni sebenarnya....heheheh
EDMS
Penat betul mencari maklumat pasal benda Allah ni...dah la takde keje sangat ni...rasa nak terpejam je mata ni...hehehe
Citer hujung minggu!
Sabtu, seawal 10.30 bertolak dari subang...antar yong dan family kat Bandar Tasik Selatan. Diorang nak naik erl ke KLIA. Lepas antar diorang balik rumah sewa, angkut barang sampai 2x. Yela dah lama berkampung kat subang. Pastu iron baju..dan dalam pkl 1 keluar. G Cheras Jaya pulangkan cd hanafiah..g jusco beli hadiah untuk kawan dia, yang kawin esok. Balik rumah pkl 7 pm.
Ahad, keluar pkl 11.30...kemudian sampai 12.30 kat komuter Shah Alam...pastu g kenduri. Hari ni berpeluang berkenalan dengan kawan2 dia...alhamdulillah ada kawan. Dan dapat kawan baru.
Paling tak sangka boleh pulak jumpa anak mak teh Serting, dan terjumpa Suzaini dan Bak... apalagi, jumpa dan jawab jela soalan yang ditanya hehehe
Terisi juga masa hujung minggu...apapun tak sabar nak balik KD raya cina nanti. :)
Note : Ya Allah, permudahkan segala urusanku dan keluargaku...ameen ya rabb!!
Friday, February 02, 2007
Berkorban Demi Cinta??
Munsyid : Hijjaz
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya
Hmmm, lagu ni Hijjaz nyanyikan. Dan seperti biasa lagu-lagu dari Hijjaz memang menusuk kalbu dan menyentuh hati. Bukan lagu ini ingin saya bincangkan kat sini...tapi kaitan antara berkorban demi cinta dengan posting kali ini.
Kita sanggup lakukan apa sahaja demi untuk orang yang kita cinta. Bersusah payah demi untuk sesuatu yang kita suka...dan yang kita sayangi. Setuju??? Tolong jangan sempitkan fikiran kita dengan perkataan cinta tu sendiri. Kerana apabila soal cinta diketengahkan, pasti ramai yang berfikir cinta....cinta adalah seorang kekasih kepada kekasihnya. Buka minda dan fikiran...cinta itu terlalu luas dan subjektif. Cinta itu boleh jadi kepada manusia, binatang, bukan benda hidup dan cinta hakiki padaNya.
Ikhlaskah kita?
Bukan cinta Biasa???
Dugaan betul...
Pagi tadi bergerak 6.30 dr subang...antar lope kat LRT. Pastu balik rumah, ambik pass keje...pastu dtg ofis..pastu gi bank ambik duit sat...pastu g perodua..nak servis kete. Alhamdulillah pkl 10 dah selesai. Pastu g giant kat taman impian ehsan tu sat. beli kerisik...entah tetiba je dapat arahan minta beli kerisik hehehe sebab cadang nak g subang lagi. Esok baru balik sg besi..pepagi nak balik sg besi. Sebab ada program ERAT :)
Hmm...Tajuk macam best je....bukan cinta biasa!!!
Entah kenapa dua tiga menjak ni ada perkara yang sedang hangat difikirkan dan dibincangkan...dan perlu didalamkan perbincangan. Almaklumlah perkara besar. Tolong doakan semoga semuanya berjalan lancar....ameen!!!
Note : cinta luar biasa....tak pernah bercinta???