skip to main |
skip to sidebar
Gambar di atas adalah pemandangan dari tingkat 16, diambil dari balkoni tempat penginapan sy semasa kat JB minggu lepas.
Cerita di sebalik gambar.
Rabu, 12 September (1930)
Saya berada di dalam bilik, sedang bersiap untuk solat jamak maghrib dan Isyak. Kedengaran dari luar suara teman-teman saya. Tak lama kemudian, terdengar mereka bertiga memanggil saya dari luar. Suara mereka seakan cemas.
'Wardah..keluar'
Saya pelik, dan berfikir kenapa. Saya bertanya tp tidak terdengar jawapan daripada mereka. Bila saya keluar, kelihatan ruang tamu sudah kosong. Dgn tv masih terpasang dan pintu tidak tertutup. Saya terfikir 'ada kebakaran ke?' Saya ke balkoni..melihat ke bawah seandainya ada kereta bomba atau apa-apa. Tidak kelihatan! Cuma, sewaktu di balkoni saya terasa bangunan terbuai...dan saya terasa pening. Ya Allah, ada gempa bumi ke? Saya bertanya di dalam hati.
Saya berlari ke bilik, mengambil handbag dan telefon bimbit. Berlari keluar. Naik lift. Semasa di dalam lift saya terfikir 'Ya Allah macam mana kalau tetiba lift ni stuck?' Dan saya hanya mampu berdoa sehingga ke tingkat bawah. Kepala lutut dan badan saya meremang kerana masih terasa gegaran sewaktu di bawah.
Alhamdulillah tiada apa-apa yg berlaku. Syukur!
Nota : gempa bumi di sumatera, tempiasnya terasa pada kita!! Cuma terfikir....mesti kita dapat tempias juga kalau saudara atau sahabat2 kita membuat dosa atau kebaikan. Seandainya Allah nak turunkan azab atau nikmat mesti kita tak terkecuali kan??? nauzubillah!!!
0 comments:
Post a Comment