Alhamdulillah hari ini merupakan hari kedua ramadhan, saya kurang sihat kerana gatal tekak dan batuk2. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang olehNya untuk saya merasai semua nikmat yang diberi olehNya.
Saya baru masuk pejabat hari ini. Maaf kerana sudah lama tidak
update blog. Hari Selasa lepas sehingga semalam saya masih berada di JB atas urusan kerja. 3H2M..tiga hari dua malam di sana!!! Menginap di Habitat, sebuah apartment berhampiran dengan Hyatt Hotel di JB. Dan saya juga sempat merasai bangunan kediaman saya itu terbuai-buai lantaran kerana gegaran gempa bumi di Sumatera.
Alhamdulillah saya sudah berada di KL. Pengalaman di JB selama 3H2M memang banyak untuk dikongsi...saya dapat mengenali hati budi manusia, melihat2 tempat tak kurang juga menitip ilmu2 yang dijadikan sempadan.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak lupa memberikan sms mengucapkan selamat berpuasa. Terima kasih!!! Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya..ameen ya rabb!!!
0 comments:
Post a Comment