Wednesday, September 19, 2007

Cerita dan cerita...



Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke-7 umat Islam di Malaysia dan kawasan yg sewaktu dengannya berpuasa!! Rasa cepat je masa berlalu kan? Dunia akhir zaman..masa terasa pantas berlalu. Usia bertambah setiap masa.

Tetiba hari ni rasa semangat je nak balik raya, sibuk plan dengan cousin bincang pasal balik raya. So, ada gak la peneman nanti. Takdela risau sangat!!

Seperti biasa....bila sebut pasal raya, terasa semangat berkumpul ahli keluarga tu yang tak sabar tu!! Jumpa mak ayah..rindu kat diorang..kumpul adik beradik...walaupun tak semua dapat berkumpul. Yang pasti, tahun ni cik nur tak balik beraya...sebab dia tak cuti, dan dia bercadang untuk balik akhir tahun dan thn depan. Dengar2 mak kata nak ajak beraya kat N9, tp berita terkini yang didengari..wan dgn atok ada kat Bukit Jalil rumah makcik. Tak pastila, sampai raya ke tak.

Kuih raya dah ada ditempah, walau mak kata tak nak..tp tetap tempahkan jugak. Yela, seorang ibu tu mesti dia kata tak nak. Sebab dia tak nak susahkan anak dia. Bagi anak pula terasa bahagia bila melihat wajah mak dan ayah gembira. Itu yang saya rasakan bila melihat wajah mak dan ayah sewaktu menghadiahkan sesuatu pada mereka. Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka menenangkan hati kita.

Citer pasal bulan ramadhan ni pulak, setakat ni memang tak pernah beli lagi juadah kat bazaar ramadhan. Walaupun sekadar membantu teman serumah memasak, dan tugas serta peranan saya tu kecil sahaja. Terasa seronok pula bergotong-royong di dapur tu.




Nota : Selamat berpuasa kepada semua!!!

0 comments: