Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga En Jazimin Abdul Jalil di atas kematian anak beliau. Ini mengikut sumber yang saya dapat daripada Berita Harian dan Harian Metro. Kalau berita itu salah, salah la saya. Dan kalau berita itu benar...maka benarlah saya!!!
Sedih?? Sebagai seorang insan saya berasa amat sedih dengan berita ini. Apatah lagi bagi keluarga terdekat adik Nurin. Pelabagai andaian yang saya dapat daripada rakan-rakan saya, ada yang tidak percaya dan tidak kurang juga yang turut berasa sedih dengan berita itu. Saya bukan di sini untk mengulas cara kematian, kekejaman atau pun terperinci mengenai kes adik Nurin. Sebab takut ada kesilapan fakta dan sebagainya.
Cuma, secara peribadi saya merasakan nyawa manusia kini sudah tiada nilai!!! Setiap hari ada berita mengenai pembunuhan. Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, dewasa atau kanak-kanak. Semuanya sama sahaja. Bahaya ada di mana-mana. Di rumah? Di luar rumah? Tempat kerja? Tempat letak kenderaan?Taman? dan sebagainya...semua boleh terjadi.
Di mana tempat selamat kita? Terlalu subjektif untuk dijawab. Atau atau sebenarnya semua tempat itu tidak selamat?
Di manakah silapnya? Kenapa nyawa sudah semakin tiada harga?Apakah jenayah sudah semakin berleluasa? Mengikut statistik memang semakin bertambah setiap tahun. Adakah ini menandakan kesilapan di mana-mana?
firman Allah " dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam itu kebanyakkan dari jin dan manusia...mereka mempunyai hati..tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat2 Allah...dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakan untuk melihat tanda2 kekuasaan allah...dan mereka mempunyai telinga tapi mereka tidak mempergunakan untuk mendengar ayat2 Allah..mereka ini umpama binatang ternakan...bahkan mereka lebih sesat lagi.mereka inilah orang yang lalai "
Semoga kita lebih berhati-hati walau di mana kita berada.
“Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat, sempurnakanlah ajalku dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang soleh” Yusuf :110
3 comments:
saya pun harap that information is incorrect...but what can we do if the DNA test itself says they are the parents to that girl...very sad..after i know the news i almost drop my tears...oh GOD its her who was inside the bag. As the parents belive she is still alive somewhere and saya harap kepada semua org janganlah hancurkan harapan mereka dgn tuduhan yang tak sepatutnya
Yup...I aggreed with u! Everything have a pro and contra rite? And we as a muslim also have to pray and believe that something good beside that!! Allah knows the best for us!!!
Kesian kat Nurin. Kecil2 lagi dah diperlakukan macam tu. Diharap pembunuh (setan) yg kejam tu akan tertangkap, dibawa ke muka pengadilan & dikenakan hukuman setimpal. Kita torture dia mentally & physically exactly like what he did to her. Rotan sampai lunyai, letak atas kerusi elektrik pastu pancung!
A blog dedicated to arwah,
http://nurinjazlin.blogspot.com
Post a Comment