“Sekuat-kuat ikatan iman ialah berkasih sayang kerana Allah, dan marah juga kerana Allah” Riwayat Imam Ahmad.
Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan. Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan, hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.
Semua orang perlukan kasih sayang...tiada siapa yang boleh hidup sorang-sorang kat bumi ni..Betul tak??
Ada kata pepatah..ke kata orang bijak pandai..'kalau kita nak orang buat baik dengan kita, kita kena dulu buat baik dengan orang'. Betul tak? Itu memang sudah menjadi hukum karma...seperti juga, kita buat jahat kepada orang, kita juga akan dibalas dengan kejahatan...
Dan lagi satu, jangan malu untuk katakan sayang...terutama kepada ibu dan bapa, adik beradik kita...dan sahabat-sahabat kita. Biar mereka tahu!!! Bahawa kita sayangkan mereka.
Rasulullah berpesan “Jika benar kita cinta dan kasih pada seseorang ucapkanlah dan sebutkanlah kepadanya. Cinta itu berputik bila pasangan/teman kita diberitahu tentang cinta dan kasih.”
Note : Alhamdulillah...terima kasih kepada semua yg menyayangi diri ini.
0 comments:
Post a Comment